Benang Hijau Warehouse Sale 2017 Kini Berlangsung!

4/02/2017

Benang Hijau Warehouse Sale 2017 Pahang Edition | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun lepas, aku berpeluang untuk ke Pembukaan Butik Benang Hijau di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Sekarang, Benang Hijau sedang mengadakan road tour untuk warehouse sale bagi semua koleksi mereka. Buat peminat koleksi pakaian Muslimah Benang Hijau tegar, peluang keemasan untuk mendapatkan tudung, blouse dan jubah BH dengan harga diskaun memang tidak boleh dilepaskan. Diskaun sampai RM100 pun ada tau!


Harga Tudung serendah RM10!
Harga Blouse serendah RM20!
Harga Jubah serendah RM50!

Apa ni? Niaga nak untung ke nak rugi. Tudung berkualiti tinggi pun jual RM10 je? Blouse cantik RM20 je? Jubah sopan menawan RM50 je? Biar betul....

Sebenarnya, promosi sebegini hebat oleh Benang Hijau diadakan untuk menghargai semua peminat mereka yang sudah sekian lama memberi sokongan. Apabila berasa teringin nak beli pakaian cantik dan sopan, mesti datang butik. Jadi, inilah masa Benang Hijau give something in return supaya semua orang boleh merasai sendiri pengalaman mengenakan koleksi anggun daripada Benang Hijau. Sesuailah dengan slogan Benang Hijau yang berbunyi, 

'Inspirasi Wanita Anggun'.

Benang Hijau Warehouse Sale Pahang Edition Tinggal Sehari Sahaja Lagi!


Jualan Gudang Benang Hijau Pahang Edition sudah bermula dari 31 Mac 2017 lagi. Jadi, tinggal hari ini sahaja untuk korang semua pakat-pakat rebut peluang untuk dapatkan koleksi pakaian Muslimah daripada Benang Hijau dengan harga diskaun dan menjunam! Kalau ada koleksi yang sudah lama berkenan di hati tapi rasa tak mampu 2 bulan lepas, korang boleh grab sekarang sementara stok masih ada. Nak highlight juga, STOK SANGAT TERHAD.

Personal shopper Benang Hijau di Pahang.

Buat mereka yang terlepas untuk ke BH Warehouse Sale sebelum ini di Johor, Kelantan dan Kota Bharu, korang boleh menghubungi trusted personal shoppers Benang Hijau untuk meminta mereka membeli dan pos untuk korang. Senaraikan sahaja koleksi idaman korang melalui Whatsapp personal shoppers yang selalu diupdate di instagram Benang Hijau.

Jom kita tengok koleksi pakaian Muslimah dari Benang Hijau yang dijual dengan harga promosi sepanjang Benang Hijau Warehouse Sale Pahang Edition. :D

Promosi Koleksi Pakaian Muslimah Benang Hijau Warehouse Sale Pahang Edition di Kuantan, Pahang


Blouse Nana yang simple but nice. Daripada RM89, menjunam kepada RM50. Jimat RM39!

Blouse Azalea untuk yang daring. Dari RM129 kepada RM20, Jimat RM109!

Blouse Nina untuk yang sweet. Dari RM99 menjadi RM35. Jimat RM65!

Jubah Hana yang elegan dan sopan. Dari RM139 menjadi RM50. Jimat RM89!

Tudung Maira yang klasik. Dari RM29 menjadi RM10! Boleh beli banyak terus.







Amacam? Suka tak dengan koleksi Benang Hijau yang menanti korang di Kuantan, Pahang? Pada aku, koleksi pakaian di butik Benang Hijau sememangnya eksklusif, berkualiti tinggi dan dijual pada harga yang sangat berpatutan. Patutlah semua orang sudah mampu bergaya dengan koleksi mereka. Memang harga mampu milik. Tambah pula dengan adanya diskaun melampau macam sekarang ni. Lagilah mampu jadinya. Semua orang kena adalah sekurang-kurang 10 helai koleksi Benang Hijau.

Orang Ramai Tidak Melepaskan Peluang Datang ke Butik Benang Hijau

Lihatlah gelagat para wanita anggun yang datang ke butik Benang Hijau di setiap negeri. Semua teruja untuk mendapatkan koleksi cantik dan anggun yang diidam-idamkan. Tambah pula, bulan puasa sudah dekat. Tak lama lepas tu raya. Bolehlah buat melaram hari raya Aidilfitri nanti. Memang peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Anak lelaki pun dibawa sekali. Manalah tahu pendapat dorang lebih bernas.

Tak perlu berebut. Koleksi Benang Hijau semuanya cantik.

Sampai ke luar butih koleksi Benang Hijau sempena warehouse sale kali ini.

Pilih jangan tak pilih.

Semua nampak excited dengan perbagai pilihan tudung, blouse dan jubah yang disediakan di butik Benang Hijau. Semua fokus untuk mendapatkan rekaan, warna dan corak yang terbaik. Aku faham. Dorang semua tengah rambang mata sebab semua nampak cantik. :D

 Aktiviti Menarik di Benang Hijau Warehouse Sale Pahang Edition


Peminat yang mengunjungi Butik Benang Hijau di Kuantan, Pahang bukan sahaja berpeluang untuk mendapatkan tudung, blouse dan jubah yang cantik pada harga promosi, terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan untuk mereka sepanjang jualan berlangsung. Yang pasti, hadiah yang cukup menarik disediakan untuk semua pemenang.


Selepas membeli jubah dan tudung di Benang Hijau, jangan lupa pakai, ambil gambar dan post ke Instagram dengan hashtag #benanghijau dan #bhootdcontest. Untung-untung menang, dapat hadiah.


Lucky draw pun ada untuk mereka yang bertuah. Jadi, jangan cepat sangat nak balik okay? Manalah tahu nama anda bertuah dengan Benang Hijau.


Kalau tak menang dua-dua, dah bawa balik Benang Hijau Mini Calendar yang comel ini pun ok juga.


Peringatan untuk semua. Pertukaran atau pengembalian wang tidak dibenarkan sama sekali sepanjang warehouse sale ini berlangsung.

Peta Lokasi Butik Benang Hijau di Kuantan, Pahang


Tak tahu lokasi sebenar Butik Benang Hijau di Kuantan? Anda bolehlah rujuk peta di bawah ini.


Dibuka pada:
- Ahad hingga Khamis dari 10 pagi hingga 7 malam.
- Jumaat hingga Sabtu dari 10 pagi sampai 10 malam

Alamat:
Butik Benang Hijau, Tingkat 1,
GioMall, Jalan Tunku Ismail,
25000 Kuantan, Pahang.

Landmark:
- Kompleks Belia dan Sukan Pahang
- Berjaya Megamall

Nak senang, guna Waze atau Google Maps. Cari 'Benang Hijau Kuantan'. Insya Allah jumpa.

Lokasi dan Tarikh Benang Hijau Warehouse Sale Tour



Setakat ini, Benang Hijau Warehouse Sale di Selangor, Johor dan Kelantan sudah tamat. Sekarang, tengah berlangsung Benang Hijau Warehouse Sale di Pahang. Untuk orang Kedah, jangan lupa kosongkan jadual anda dari 7 April hingga 9 April 2017 nanti untuk Benang Hijau Warehouse Sale Kedah Edition pula. They are coming to you Kedahan! Tak sabarlah tu. :D 

Beraya Dengan Koleksi Pakaian dan Tudung Cantik dari Benang Hijau! 



Di sini, aku ingin kongsik koleksi kegemaran Benang Hijau yang menjadi kegemaran aku. Bagi aku, semua helaian ini sangat sesuai untuk digayakan semasa Hari Raya nanti. Bolehlah bergaya time melawat saudara mara. Manalah tahu, boleh jumpa jodoh di sana. Bolehlah nampak cantik dan bergaya.

Laura Blossom


BH Royal Satin Series



Lily Glamrose

Sakura Blossom


Bukan setakat Hari Raya sahaja, koleksi Benang Hijau ini memang sangat cantik sampai ada yang menjadikannya pakaian bridesmaids untuk majlis perkahwinan juga tau. Time raya nanti mesti banyak majlis kahwin. Sesuai sangatlah pakai koleksi Benang Hijau pergi kenduri. Syoknya!

Cantikkan?

Jawatan Kosong, Pereka Fesyen di Benang Hijau


Benang Hijau sekarang sedang mencari pereka fesyen yang berbakat untuk menjadi fashion designer bagi koleksi mereka yang akan datang. Jadi, kalau korang berminat dan berbakat, bolehlah menghubungi mereka di alamat email, 'hr@benanghijau.com'

Terjah Laman Sosial Benang Hijau Untuk Koleksi Terbaru

Laman web rasmi
Whatsapp +60167718940

Facebook: 

Instagram:
Official @benanghijau
Kelantan @benanghijauwakafcheyeh
Terengganu @benanghijaukualaterengganu
Pahang @benanghijaukuantan

--------------------------------------------------

Inilah sahaja perkongsian aku tentang Benang Hijau Warehouse Sale untuk kali ini. Sekali lagi diingatkan, hari ini adalah hari terakhir Pahang Edition dan akan datang, akan menyusul Kedah Edition pula. Manfaatkan warehouse sale daripada Benang Hijau ini untuk menambahkan koleksi pakaian Musliman yang anggun dan cantik pada harga diskaun dan terlajak murah ini tahu. Sekian dulu. Wassalam.


You Might Also Like

2 click here, you comment, you are awesome

FOLLOWERS

SUKA BELI SINI

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan di blog ini adalah daripada pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan oleh orang lain yang menggunakan maklumat daripada blog ini. Sekian.