Tuesday, April 04, 2017

Cara Membuat Sambal Goreng Pedas dan Sedap

Edit Posted by with 4 comments
Cara Membuat Sambal Goreng Pedas dan Sedap | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Satu perbezaan ketara antara aku dengan Nik, dia jenis kurang suka makanan pedas, dan aku pula, makin pedas makin aku suka. Sebab tulah bila datang Johor, jadi stress sikit sebab makanan kurang pedaslah bagi aku. Bila aku pesan buat pedas-pedas pun tak pedas, apatah lagi kalau lupa nak pesan. Bila tak de rasa pijar sikit kat lidah, aku mudah hilang selera makan.


Jadi, bila aku nampak post orang share kat Facebook, mestilah kena masukkan dalam blog. Jarang-jarang ada resepi di blog orang tak pandai masak macam aku ini tapi sebab takut hilang, aku gagahkan juga. Kalau bolehlah aku buat sendiri di rumah untuk buat stok seminggu. Hehehe

Resepi Sambal Goreng Sedap dan Pedas Sehingga Menjilat Jari


sambal goreng, resepi sambal goreng, cara buat sambal goreng

Bahan-bahan untuk membuat sambal goreng sedap


  • Bawang besar saiz sederhana 2 
  • Cili hijau 6 dan Cili Merah 4
  • Cili Padi merah sikit (kalau nak pedas)
  • Ikan bilis sikit
  • Belacan sikit
  • Asam Jawa (agak agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk, air dia toskan)
*Semua bahan bahan nih blend kering.

sambal goreng sedap, cara membuat sambal goreng sedap 

Cara-cara memasak sambal goreng sedap

  • Tumis bahan-bahan yang sudah diblend kering di dalam 1 senduk minyak  sampai garing. Minyak kena lebih untuk mengelakkan bahan tumis menjadi tidak garing.
  • Apabila sudah betul-betul garing, masukkan air asam jawa yang sudah ditoskan.
  • Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  • Masukkan hirisan bawang dan matikan api.
  • Buang lebihan minyak di dalam sambal dengan sudu.
sambal goreng sedap, resepi sambal goreng sedap, cara buat sambal goreng

Sambal goreng sedap dan pedas sedia dihidangkan! Eh, eh, jaga air liur nak keluar tepi bibir tu. Aku tahu la sambal goreng ni, nampak pun sudah menyelerakan. Buat perut terasa lapar padahal baru lepas makan. Betul tak? 

Sambal goreng ini sangat enak dan sesuai dimakan dengan nasi atau bubur. Kalau aku pula, makanlah apa-apa pun, memang sesuai letak sambal goreng. Memang sedap, pedas, dan menyelerakan. Selamat mencuba! 

Wassalaam.


4 comments:

  1. Sering seringlah posting soal masakan mbak, aku lagi ngoleksi resep masakan nih,

    ReplyDelete
  2. fae tak tahan pedas tapi soemtime bila tgk org makan pedas2 kdg nmpk menyelerakan

    ReplyDelete
  3. sedapyaaa salin resepi ea. airah dgn suami dedua suka pedas

    ReplyDelete
  4. Sedapnye la hai.

    Terbalik pulak kite ye.. Sy jenis yg tak makan pedas, husband plak kne ade mknan yg pedas2 ni. Hehe

    ReplyDelete