Kembali Muda Remaja Tanpa Kantung Mata dengan Beauty Bounce - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, April 05, 2017

Kembali Muda Remaja Tanpa Kantung Mata dengan Beauty Bounce

Kembali Muda Remaja dengan Beauty Bounce | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kecantikan sangat sinonim dengan wanita dan sering dikaitkan dengan kesempurnaan raut wajah. Tapi, lelaki masa kini pun tidak kurang hebatnya dalam penjagaan kulit wajah.

Wajah yang sempurna biasanya datang secara pakej; bentuk muka, kulit muka dan warna kulit muka. Pada aku, wajah sempurna adalah wajah yang memberikan ketenangan pada orang yang melihatnya. Apabila kita rasa cantik, kita akan rasa yakin. Harap-harap suami aku tenanglah menengok aku dengan perut buncit mengandung sekarang ni.

Kecantikan juga bergantung kepada mata yang memandang. Kalau A cakap B cantik, C mungkin cakap D cantik. Yang pasti, semua orang ada kecantikan tersendiri dan bergantung kepada kitalah nak jaga, nak awet, dan nak kekalkan kecantikan itu sebab aku pasti, kalau boleh, semua orang nak kekal muda. Sebab itulah terciptanya terma 'awet muda'. Betul tak? Jangan mimpi nak kulit kekal tegang tanpa cela tanpa usaha sebab semua manusia akan melalui proses penuaan.

Kantung Mata atau 'Eye Bag' Menjejaskan Kecantikan Wajah


Antara masalah yang paling jelas dengan penuaan adalah kantung mata yang menyebabkan bawah mata menjadi gelap seakan lebam. Keadaan ini terjadi kerana lapisan kulit di sekitar mata merupakan lapisan paling nipis dan sensitif berbanding bahagian tubuh yang lain. Ini menyerlahkan ketidakanjalan kulit, seterusnya membentuk kantung mata atau ‘eye bag’.

Kantung mata memang menjadi masalah besar terutama sekali bagi mereka yang selalu tidur lewat, tidak cukup rehat, stress, kurang vitamin atau nutrisi, dehidrasi, merokok, genetik dan sebagainya. Pelbagai krim mata telah dicuba namun hakikatnya hanya ratusan atau lebih buruk lagi ribuan ringgit telah dihabiskan tetapi kantung mata tetap ada! Kesan ini pastinya akan mencacatkan walaupun pada raut wajah yang paling cantik.

Apabila keadaan ini berlaku, ramai yang memilih solekan dengan pelbagai jenis bedak dan foundation untuk melindungi lebam bawah mata. Tidak dinafikan bahawa solekan wajah menjadi sangat penting apabila kita ingin tampil lebih cantik dan kulit yang sedia cantik pasti lebih memukau dengan solekan. Namun, kantung mata yang teruk tidak dapat ditutupi sekadar dengan menggunakan solekan tebal. Kalau bergambar pula, gambar terpaksa disunting agar nampak lebih menawan tetapi hilanglah kecantikan semulajadi kan?

Beauty Bounce Mampu Menghilangkan Kantung Mata dengan Serta Merta


Sebenarnya, kita perlukan gaya hidup dan 'bantuan' tertentu untuk mencapai impian awet muda ini. Bantuan inilah yang aku nak beritahu semua pembaca hari ini. Bantuan untuk kita kekalkan keremajaan dan kemudaan kulit wajah ini dinamakan Beauty Bounce.

Beauty Bounce bermaksud 'lantunan kecantikan'. Jadi, konsep produk Beauty Bounce macam ni. Apabila kulit kita melalui proses penuaan, Beauty Bounce akan 'melantunkan' kembali keremajaan pada kulit wajah kita. Jadi, kalau yang dah 30 tahun, boleh dapat kulit macam 25 tahun. Senang je nak fahamkan?

beauty bounce, cara hilangkan kantung mata, cara kurangkan eye bag

Memahami masalah kantung mata yang memberi masalah kepada penampilan kepada kita semua, maka terciptalah produk hebat yang dinamakan Beauty Bounce. Beauty Bounce dihasilkan dengan kombinasi nutrien herba semulajadi dan kepakaran teknologi dari Perancis. Ia merupakan hasil daripada revolusi teknologi anti-penuaan. 

Kajian yang mengambil masa selama 5 tahun untuk menghasilkan Beauty Bounce, membuktikan formula Beauty Bounce berinteraksi dengan kulit dengan kadar segera. Lapisan ‘epidermis’ bertindakbalas dengan lebih pantas untuk menegangkan dan menganjalkan kulit, secara auto mengurangkan penampilan kantung mata atau kedutan halus di sekitar muka. Beauty Bounce sangat menjimatkan.

Senyum Pun Makin Manis dan Menawan dengan Beauty Bounce 


Di samping mengurangkan penampilan kantung mata, Beauty Bounce juga akan mengurangkan kedutan di sekitar garis senyum. Kulit lebih anjal di sekitar kawasan tersebut apabila dioles Beauty Bounce, sekaligus dapat mengekalkan 'keremajaan' raut wajah. Telah terbukti bahawa tanpa kantung mata, kehidupan akan lebih indah dan efisyen kerana keyakinan anda bertambah apabila kantung mata kurang kelihatan.

beauty bounce, cara hilangkan kantung mata, cara hilangkan eye bag

Beauty Bounce telah membantu ramai wanita mahupun lelaki dari serata dunia, kini giliran anda pula untuk tampak lebih muda dengan Beauty Bounce. Hanya oleskan ssedikit Beauty Bounce di bahagian kantung mata atau di bahagian muka yang berkedut. Tidak lama selepas itu, anda akan terus dapat melihat perbezaannya yang amat ketara. Anda mesti cuba untuk mempercayainya. Usah risau tentang penggunaan harian kerana Beauty Bounce dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi.

Testimoni Pengguna Beauty Bounce Yang Telah Berjaya


Keberkesana Beauty Bounce ini bukanlah sekadar cakap kosong. Kalau kosong, tak de lah aku bersungguh nak kongsi dengan korang. Nah, bukti kat bawah ni. Ramai dah berjaya. Sekarang, giliran koranglah pula. :D

testimoni pengguna beauty bounce, bukti beauty bounce berkesan






Pastikan ada satu Beauty Bounce dalam beg tangan anda tau! Alami sendiri kelebihan dan keistimewaan Beauty Bounce dengan mendapatkannya daripada pengedar, kiosk dan toko kecantikan berhampiran anda. Untuk tempahan, sila hubungi:

-012 5418 700-
-012 5418 700-
-012 5418 700-

Jangan lupa juga untuk melayari www.beautybounce.com untuk maklumat lanjut. Semoga dengan penggunaan produk Beauty Bounce, kulit anda akan nampak lebih cantik dan tegang dan anda akan berasa lebih yakin dengan penampilan anda. Fuuhhh! Itu doa aku untuk korang yang mencuba. Wassalaam. :D

*Blogpost ini adalah sebuah advertorial.

2 comments:

  1. alaaaa macam best pulak dia punya kesan tu. macam nak beli je >,<

    ReplyDelete