Wednesday, April 19, 2017

Pengalaman Aku Dengan SGI Vacation Club- Swiss Garden Vacation Club Review

Edit Posted by with No comments
Pengalaman Aku Dengan SGI Vacation Club | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Beberapa minggu lepas, aku berasa sangat bertuah sebab berpeluang untuk menghadiri sebuah vacation preview oleh SGI Vacation Club yang dulunya dikenali sebagai Swiss-Garden International Vacation Club. Bila dah besar dan ada tanggungjawab, teringin juga bercuti dan berehat di tempat-tempat menarik yang selalu kita tengok dalam Instagram. Pada masa yang sama, kita juga menginginkan percutian dengan harga yang menarik Jadi, lebih baik aku kongsikan keistimewaan SGI Vacation Club ini.

Pengalaman Menghadiri Vacation Preview SGI Vacation Club


Aku dijemput menghadiri vacation preview untuk SGI Vacation Club melalui emel. Ia diadakan di Swiss-Garden Residences, Kuala Lumpur. Apabila selesai menghadiri vacation preview, aku diberikan baucer penginapan selama 3 hari 2 malam di sana untuk 2 orang. Kiranya, penginapan percuma ini adalah hadiah untuk kesudian mereka yang hadir semasa vacation preview itu. Aku memang tidak akan melepaskan peluang menginap di tempat mewah secara percuma seperti ini sebab perkara percuma jarang sahaja berlaku. Memang kena rebut peluang.

Pada mulanya, aku ingatkan vacation preview ini seperti majlis formal yang lain yang memerlukan kita mendengar ceramah di dalam dewan. Salah tekaan aku. Setelah sampai di tingkat 7 yang merupakan pejabat SGI Vacation Club, kami disambut oleh konsultan SGI Vacation Club. Rupa-rupanya, vacation preview ini bukan ceramah tetapi berbentuk penerangan 'one-on-one' di mana konsultan ini akan menerangkan segala informasi berkenaan vacation club di meja bulat. Aku sangat menggemari konsep sebegini kerana penerangan menjadi lebih jelas dan suasana menjadi lebih privasi. Pendengar boleh bertanya secara terus jika mereka ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan tanpa perlu rasa malu.

Aku dan kawan aku, Alfred duduk satu meja. Nama konsultan kami, Encik Khalid. Aku suka sangat cara penyampaian beliau yang terperinci dan bersungguh-sungguh. Cara jawab soalan pun jenis aku boleh terima. Senang faham. Baik juga orangnya. Siap boleh order air Milo atau teh lagi untuk kami. Tahu tahu je aku tengah haus. Kejap je dah habis air aku dengan Alfred sambil mendengar tentang keistimewaan SGI Vacation Club ni. Memang berbaloi datang dari jauh dengan layanan macam ni. Penerangan semasa vacation preview ini berakhir dalam sejam termasuk sesi soal jawab.

Ok, lets go straight to the content of the vacation preview.

Apa Itu Vacation Club


Vacation club atau dalam bahasa Melayunya kelab percutian menawarkan faedah-faedah dan manfaat tertentu untuk ahli yang ingin bercuti, dari segi tempat penginapan dan sebagainya yang berkaitan. Sebagai ahli, mereka dapat berkunjung ke tempat-tempat percutian yang tersenarai dalam jangka masa yang panjang.

Dengan SGI Vacation Club, ahli bukan sahaja mendapat keistimewaan semasa bercuti di Malaysia, malah di luar negara juga dengan adanya sistem affiliate partner. Untuk tahu lebih lanjut mengenai penginapan di luar negara dengan affiliate partner, anda boleh layari Interval International. Ahli boleh memilih daripada 2900 buah hotel dan resort di seluruh negara termasuklah Marriot Vacation Club, Disney Vacation Club dan Hilton Grand Vacations!

Kos percutian pula akan menjadi sangat rendah berbanding dengan yang bukan ahli kerana ahli akan mendapat pelbagai diskaun untuk pelbagai kemudahan di setiap tempat penginapan yang dipilih. Selain itu, ahli SGI Vacation Club dilindungi daripada perubahan matawang dan inflasi dunia. Ini bermaksud, harga yang dibayar oleh ahli pada masa sekarang telah dikuncikan untuk tempoh 30 tahun. Sangat berbaloi!

Pilihan Hotel dan Resort SGI Vacation Club di Malaysia


Di Malaysia sendiri, terdapat 5 buah tempat penginapan di bawah pengurusan SGI Vacation Club. Sebagaimana yang diberitahu, mereka akan menambahkan beberapa buah tempat penginapan untuk skim terbaru mereka. Berapalah agaknya harga yang ditetapkan selepas ini. Itu masih menjadi rahsia mereka.

Sekarang, masa untuk melihat gambar tempat-tempat penginapan di bawah kelolaan SGI Vacation Club di Malaysia. Semua kawasan penginapannya sangat indah dan cantik. Bukan di sini sahaja. Semua ahli juga boleh menginap di tempat-tempat penginapan lain yang merupakan rakan kongsi SGI Vacation Club pada harga yang sangat murah tertakluk kepada kekosongan.

1. Swiss-Garden Beach Resort, Kuantan, Pahang


Pengalaman Dengan SGI Vacation Club

Dengan adanya SGI Vacation Club, ahli yang ingin menikmati percutian dapat berjimat dengan banyak. Macam mana? Melalui keahlian dengan SGI Vacation Club, ahli akan dikenakan bayaran mengikut harga semasa dan harga itu akan dikuncikan selama 30 tahun. Maklumlah, harga penginapan di hotel-hotel sentiasa meningkat tahun demi tahun. Ini menyebabkan kos percutian sentiasa meningkat beberapa peratus setiap tahun. Kita pun tahu, kos percutian agak mahal. 

2. Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur


Pengalaman Dengan SGI Vacation Club
Sinilah tempat penginapan aku hari tu. :D

Apabila anda sudah menjadi ahli, anda boleh memilih daripada 2900 buah hotel dan resort untuk dijadikan tempat penginapan semasa percutian anda. Jangan lengahkan masa. Layari laman web Interval International untuk melihat 2900 pilihan hotel dan resort yang boleh dijadikan tempat penginapan mewah anda sebagai ahli SGI Vacation Club. Bestnya kalau boleh merasai pengalaman menginap di Marriot Vacation Club, Disney Vacation Club dan Hilton Grand Vacations!

3. Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Perak


Pengalaman Dengan SGI Vacation Club

Lawa sungguh tempat penginapan ini kan? Kalaulah aku berpeluang, semua tempat aku nak pergi. Tempat penginapan mewah sebegini memang sesuai untuk menjadi lokasi bulan madu, sambutan hari lahir, dan formal conference. Jadi tempat kahwin pun boleh. Terus boleh keluar ke kolam atau pantai untuk outdoor photoshoot lepas bersanding. Terbaik!

4. Swiss-Court Apartments Damai Laut, Perak




Untuk semua yang berminat dengan kelab percutian ini dan ingin merasai pengalaman menginap di mana-mana antara 5 tempat penginapan di atas secara percuma, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri sendiri vacation preview SGI Vacation Club. Banyak sangat kelebihan untuk ahli kelab percutian yang satu ni tau. Diskaun itu, diskaun ini. Tempat mewah, harga murah. Aku diberitahu juga, terdapat beberapa jenis pakej. Pertama, 1 bilik, 7 malam, untuk setahun. Kedua, 2 bilik 7 malam untuk setahun. Ketiga, 1 bilik, 14 malam, untuk setahun. Paling penting, ahli juga boleh menjana pendapatan lumayan.

5. Swiss-Villa Damai Laut, Perak


Pengalaman Dengan SGI Vacation Club

Yang terbaru, SGI Vacation Melaka menawarkan pengalaman percutian kontemporari moden untuk tujuan bisnes dan santai di tengah-tengah bandar Melaka. Bandar bersejarah yang tersenarai dalam Malaysia's UNESCO World Heritage Sites ini pastinya memberikan pengalaman sebenar yang unik kepada para pengunjung. Lokasinya pula sangat strategik kerana terletak di Jalan Parameswara yang memudahkan para pengunjung untuk mengunjungi kawasan sekitar. Lokasi ini juga terletak berdekatan dengan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong termasuklah tugu, bangunan, galeri, Sungai Melaka, 'Jonker Walk' yang merupakan pasar malam yang terkenal di Melaka, restoran makanan Baba-Nyonya, dan Dataran Pahlawan.

Kalau nak tahu lebih lanjut, layarilah:

Laman web: SGI Vacation Club 
Facebook: SGI Vacation Club

Atau, hubungi mereka hari ini juga:

Email: 
memberservices@sgivacationclub.com / credit@sgivacationclub.com
Alamat: 
S-7-01
7-02, Swiss Garden Residences, No: 2A Jalan Galloway, Kuala LumpurKuala Lumpur, Malaysia
No telefon: 
03- 2788 6688 / 03 2788 6689

Jangan cakap akak tak payung. Wassalaam. :D

0 comments:

Post a Comment