Tuesday, April 18, 2017

Titik Permulaanku Sebagai Guru- Cepatnya Dah Nak Posting

Edit Posted by with 3 comments
Titik Permulaanku Sebagai Guru- Cepatnya Dah Nak Posting | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Semalam, dengan tidak semena-mena, telah keluar di E-Graduan, keputusan negeri untuk kami pelajar IPG memulakan karier perguruan kami.

14 Februari, settle interview.
21 Mac, dapat keputusan lulus interview.
17 April, dapat keputusan negeri penempatan.

Alhamdulillah dapat negeri yang memang menjadi pilihan pertama aku. Korang pun kenalah happy sama tau. Barulah berbaloi aku gebang kat blog ni hah. :P

Pengalaman Interview Menjadi Guru di IPGKKB


Sedih juga masa gi interview hari tu. Aku menginap di rumah Hannan, my high school best friend sebab rumah dia dekat dengan tempat temuduga. Kena gi awal weh. Dalam jadual, 7.30 pagi dah kena ada di IPGKKB. Cuak juga kalau kena drive dari Selising ke Pengkalan Chepa. Buatnya bangun lambat? Nasib baik Hannan ada. Dia punya turn temuduga, esoknya. Tetiba je kat rumah Hannan, handphone aku tak boleh on. Tak boleh cas. Memang tak de gambar kenangan, memang tak sempat berbalas Whatsapp, memang tak sempat bermesra dengan kawan-kawan yang sebilik semasa temuduga. Satu je dalam kepala masa tu, habis je interview, nak gi baiki handpone. Orang lain siap amik gambar reramai. Kenangan aku? Hanyak screenshot pemberitahuan lulus temuduga.

Ni bukti aku pernah pergi temuduga dan sudah lulus.

Aku ditemuduga oleh 2 orang penemuduga yang sangat baik sebab dorang bagi aku lulus of course. Tip temuduga senang sahaja, korang kena rasa korang bersedia dengan baca tentang bidang yang korang ceburi. Biasanya, mesti banyak kengkawan share nota kat Facebook dengan Whatsapp. Siap nota warna-warni ala-ala nota exam pun ada. Korang tinggal baca je so that bila temuduga, tak delah nervous sangat sebab korang tahu korang sudah berusaha walaupun tak sekuat mana. Alah, temuduga berkumpulan je pun. Kalau korang sangkut nak jawab, kawan-kawan ada boleh backup. Kalau belajar TESL, temuduga mesti dalam Bahasa Inggeris ye.

Masuk dalam bilik temuduga, korang tawakkal sahaja. Insya Allah, Allah lancarkan lidah korang untuk menjawab walaupun korang tak tahu jawapan sebenar seperti yang penemuduga dah set dalam fikiran dorang. Banyak je soalan yang tak de dalam nota. Contohnya, cara peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Korang rasa? Hahaha. Bagi je alasan yang nampak lojik walaupun agak merapu. Dorang nak tengok kemampuan komunikasi sahaja sebenarnya. Selebihnya nanti, dorang bagilah tips dan nasihat untuk korang aplikasikan masa jadi cikgu. Then, you are done.

Lepas temuduga, terus mencari tempat baiki handphone. Memula pergi yang depan Menara Jam. Orang tu cakap, rugi kalau baiki kat situ sebab handphone masih ada warranty. Pergi pulak ke Billion, pun sama. Tapi, nasib baik budak kat kedai phone tu, tahu Asus Centre kat Kelantan yang di kawasan Lembah Sireh. Kalau tak silap Bit C Enterprise. Dengan tak de warrantynya. Ntah macam mana orang tu buat, terus boleh buka dan check warranty yang ada dalam handphone tu. Leps tu check semua benda dalam tu takut ada lagi yang rosak. Alhamdulillah, selamat duit iols.

Keputusan Negeri Penempatan Sebagai Guru



So, mystery solved. Aku ditempatkan di Johor Darul Takzim, negeri yang menjadi pilihan pertama aku sebelum Melaka. Yelah, dah Nik Nashram, my annoying husband ada kat Tangkak. Takkanlah aku sanggup nak long distance relationship lagi kalau ada peluang nak duduk sekali. Ye dak? Dalam setahun setengah jugak kami berjauhan lepas kahwin sebab aku study. Lepas tu, terus melekat baby dalam perut ni. Kalau tak long distance dari dulu, entah-entah, dah hamil anak kedua sekarang ni kot. Hehe. Gurau-gurau je. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kami. Memang inilah masa yang terbaik untuk kami dapat zuriat la tu. Mesti dulu kami tak bersedia lagi. Bersangka baiklah dengan Allah untuk korang yang masih dengan hubungan jarah jauh yang nampak macam tiada penghujung tu. Insya Allah, ada hikmah di sebaliknya tu. Husnudzon. Husnudzon. Husnudzon. Okay?

Buat warga Johor, here I come, Teacher Muja. Be proud sebab I am going to be your children's English teacher and I will of course do my best to be their best one. Insya Allah. 

My future pupils, sila terima hakikat yang inilah future English Teacher korang. Yes, perut beliau sedang memboyot.

Please readers, pray for my success. Pray so that I can carry this huge responsibility on my shoulders well, so that I can answer well masa temuduga dalam kubur nanti, so that my pupils will be nice to me, so that my colleagues will be tolerant with me. Janganlah ada yang ragging pepelik. Yelah, bila baru masuk sekolah baru sorang-sorang, cuak jugak. Tengok Nik tidur kul 5 pagi buat keje, sampai aku sendiri tension. Pray for us k. If we do well, kami akan produce great human capital for our country jugak. Win-win situation kan? 

Wassalaam.

3 comments:

  1. cantiknya teacher.kite pun nk pindah johor nnti hahaha bestnya dh ada baby

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum teacher muja hehe ;) all the best ye. kena kuat semangat dan byk bersabar melayan kerenah students nowadays.

    ReplyDelete