Cara Putihkan Ketiak Secara Semula Jadi dan Murah - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, May 28, 2017

Cara Putihkan Ketiak Secara Semula Jadi dan Murah

Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi dan Murah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku tahu ramaikan yang ada masalah kehitaman di bahagian ketiak, lutut, belakang leher, siku dan celah kangkang. Senang cerita, senang betul celah pelipatan badan jadi hitam. Betul tak? Jangan risau. Korang tak berseorangan. Memang malu, tapi jangan anggap tak normal. Biasa je tu. Ada je cara nak putihkan balik. Cuma cara ini korang kena rajin dan sabar. Baru dapat hasil.

Sebelum kita tengok cara semulajadi ketiak menjadi hitam, kita kenalpasti dulu

Faktor Penyebab Ketiak Menjadi Hitam


  • genetik
  • iritasi kerana penggunaan deodoran yang tidak sesuai
  • iritasi kerana mencukur ketiak dengan cara yang salah
  • sentiasa berpeluh tetapi tidak dibersihkan dengan teliti
  • pengumpulan sel kulit mati pada bahagian ketiak
  • memakai baju ketat menyebabkan pergeseran kulit berlebihan

Ok. Untuk ketiak yang putih, korang boleh mengubah tabiat harian dulu supaya ketiak terhindar daripada menjadi lebih hitam.

Amalan Harian Untuk Memutihkan Ketiak

  • memakai baju yang longgar terutamanya semasa tidur supaya kurang pergeseran dan berpeluh serta melancarkan pengaliran udara di bahagian ketiak
  • memilih deodoran yang sesuai seperti Smelly No More yang hanya mengandungi garam mineral semulajadi yang menghapuskan bakteria penyebab bau dan tidak menggelapkan kulit
  • menggunakan skrub badan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan lebihkan menggosok di bahagian ketiak dan pelipatan untuk menghilangkan sel kulit mati penyebab kulit hitam
  • sentiasa menggunakan span badan tetapi span badan ini perlu dibersihkan selalu supaya tidak menjadi tempat pengumpulan bakteria dan sel kulit mati
  • elakkan mencukur dengan kasar. kalau boleh, gunakan tweezer atau krim pencukur yang sesuai supaya tidak melukakan kulit pada bahagian ketiak. 
Apa-apa pun yang kita lakukan pada ketiak, lakukanlah dengan perlahan-lahan dan berhati-hati supaya tidak luka dan menimbulkan iritas. Kulit ketiak ni sensitif lebih sebab tu senang sangat menjadi hitam. Tambah pula kalau berpeluh. Busuk dia tu boleh tahan. Kih3

Sekarang, tibalah masa untuk korang mengetahui

Cara Semulajadi Untuk Putihkan Ketiak Hitam

  • bahan yang diperlukan hanyalah buah lemon dan soda bikarbonat.
macam mana nak putihkan ketiak
  • masukkan soda bikarbonat dalam sebuat bekas
  • perahkan jus lemon ke dalam bekas tersebut
  • ambil kapas muka biasa dan celupkan dalam campuran lemon dan soda bikarbonat
cara putihkan ketiak secara semulajadi dan murah
  • gosok kapas pada bahagian yang mengalami masalah kehitaman seperti ketiak, siku, dan lutut
  • kalau tak de kapas, guna tangan pun boleh
  • amalkan setiap kali semasa mandi supaya mudah untuk dibilas
  • boleh juga diamalkan 3 kali seminggu
Aku jumpa cara ni di Youtube tau. Bukan orang Malaysia je yang amalkan, mat saleh pun ada yang guna cara semulajadi putihkan ketiak ni. Patut pun melepak je putihnya ketiak dorang masa berbikini tepi pantai. Kita pun boleh berbikini kat rumah dengan cara semulajadi macam ni lepas ni. Asalkan rajin dan sabar. Baru boleh nampak hasil. Dah nama pun cara semulajadi. Murah dan selamat. Memang la ambil masa sikit.

Kalau nak lagi senang, korang guna saja produk yang aku sendiri guna; Peluntur Daki Superwhite. Sekarang dorang ada packaging baru. Nama barunya Toner Peluntur Daki. 

toner peluntur daki, cara putihkan ketiak semulajadi


Dulu, dorang bagi free gift Underarm and Miss V Cream. Sekarang, tambah satu lagi, Bleaching Scrub. Makin bertambah keberkesanannya haa. Pakai je Toner Peluntur Daki ni secara disiplin setiap hari dalam masa sebulan sahaja, memang akan nampak perubahan ketara. Bukan kat ketiak je, kat muka pun boleh guna. Memang multi fungsi.

Aku yakin sebab aku sendiri pun dah guna. Aku apply pada kapas dan gosok ketiak setiap kali selepas mandi. Puas hati sangat setiap kali tengok hasil daripada daki yang keluar melekat pada kapas setiap kali gosok lepas mandi. Pastu boleh cakap,'Ooo, kaulah yang hitamkan ketiak aku selama ni ye?' Diikuti dengan membuang kapas ke dalam tong sampah dengan penuh kepuasan. Pernah juga aku terlupa nak pakai deodorant lepas pakai peluntur daki ni. Tak berbau pun ketiaknya haaa. Muehehehe.

Kalau nak order, boleh order di nombor 01126947035 (Whatsapp/Wechat/Telegram). Tu jela hari ni. Wassalaam.

1 comment:

  1. Bestnya produk tuu.boleh la order nnti.memang nak mencari yg boleh putihkan lutut ni haa

    ReplyDelete