Diari Hamil Muja- 7 Makanan Untuk Menambah Susu Badan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, May 28, 2017

Diari Hamil Muja- 7 Makanan Untuk Menambah Susu Badan

Diari Hamil Muja- 7 Makanan Untuk Menambah Susu Badan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Asyik update blog orang lain je aku nih, sesekali kena juga update blog sendiri yang suam-suam kuku nih. Nak sambung lagi siri Diari Hamil Muja. Sebelum tu, korang kenalah baca entri sebelum ini juga ye.

Kali ini, aku nak kongsi dengan korang makanan yang mampu menambahkan susu badan. Aku memang kena ambil tahu tentang ni sebab aku tak tahu lagi sistem badan aku ni macam mana. Susu keluar banyak ke sikit. Kalau keluar, jenis cair ke pekat. Kalau kepekatan ok, warnanya macam mana. Kalau keluar warna pink macam tu, boleh ke anak minum? Adui, banyak juga nak kena menuntut nanti. Satu persatulah muja hoi. Sekarang, nak tengok dulu

7 Jenis Makanan Yang Boleh Menambahkan Susu Badan bagi Ibu Menyusu


1. Horlicks


cara tambahkan susu badan, makanan penambah susu badan

Aku letak Horlicks ni nombor 1 sebab paling ramai yang suka dengan hasil meminum Horlicks. Dorang cakap, kalau minum malam, paginya tu habis lencun baju. Rezeki anak betul. Banyak pula pilihan Horlicks ni. Para ibu minum yang mana satu?

2. Nasi


cara tambahkan susu badan, cara banyakkan susu badan

Nasi sumber karbohidrat yang sangat penting untuk memberikan tenaga. Jangan tak tahu, menyusu badan memerlukan banyak tenaga. Orang kata, kena makan untuk 2 orang. Memang sepatutnya ibu menyusu makan nasi lebih sikit untuk menambahkan susu badan. Lebih sikit je, jangan lebih banyak.

3. Produk Tenusu- Susu, keju


susu tambahkan susu badan, makanan untuk tambah susu badan

Susu badan sangat kaya dengan kalsium. Malangnya, kalsium tidak dihasilkan dalam badan manusia. Kita hanya mampu mendapatkan kalsium daripada makanan setiap hari. Antara sumber kalsium yang biasa adalah susu. Korang boleh try Susu Moeder. Tinggi kalsium. Rasa pun sedap. 

4. Kurma


kurma tambahkan susu badan, makanan penambah susu badan
Kurma memang makanan sunnah yang sudah terkenal sebagai pembekal tenaga segera hebat dengan pelbagai khasiat. Memang kena amalkan dari masa mengandung dan kena teruskan sampai habis tempoh menyusu. Amalkan sampai bila-bila pun boleh.

5. Lobak Merah



Yang ni kalau korang nak try boleh la. Makan macam tu je boleh. Buat jus pun ok. Kalau aku, jus boleh telan lagi. Kalau mentah memang cannot go. Tapi, kalau orang yang ada penyakit diabetes kronik, elakkan makan lobak ye. Tinggi sangat kandungan gulanya.

6. Lobak Putih


Aku ada baca, rasa lobak putih lagi tak sedap daripada lobak merah. Betul ke? Kalau korang ok, go on. Boleh buat sup tambah ayam or daging untuk sedapkan. Kalau tak boleh telan macam aku ni, banyak lagi pilihan lain kan? Ekekeke.

7. Sawi

Ooo. Baru tahu sawi pun boleh banyakkan susu badan. Lepas ni kena buat sup selalulah. Yelah, sawi kan selalu letak dalam sup. Baru sedap.

Semoga Para Ibu Menyusu Hasilkan Banyak Susu Badan Untuk Anak Lepas Ni


Banyak juga sayur yang boleh banyakkan susu badan. Menambah susu badan bukan benda mudah jugalah. Terutamanya bagi orang yang tak makan sayur macam aku ni. Kih3. Untuk para ibu yang gigih menyusu badan, you have my respect girl! 

Untuk para ibu yang tidak mampu menyusu badan sepenuhnya, jangan la rasa down or bersalah dengan anak. They know you have done your best to give them the best. Sekarang kan dah banyak susu formula yang bagus. Jom kita terima kelebihan dan kelemahan diri masing-masing dengan hati terbuka ok? :D

Wassalaam.

No comments:

Post a Comment