Thursday, May 11, 2017

Review Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion

Edit Posted by with 1 comment

Review Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Foundation berbentuk cushion memang menjadi kegilaan ramai peminat mekap bermula dari tahun lepas. Cushion foundation menjanjikan liputan lebih menyeluruh dengan tekstur yang sangat mudah diaplikasikan untuk menghasilkan kulit wajah yang bebas cela.

Pada tahun 2017 pula, Klavuu (disebut 'kla-view') mula menempa nama sebagai pengeluar produk kecantikan termasuklah cushion foundation sehingga terdapat produknya yang menjadi pilihan utama model terkenal di Korea. Nasib aku memang baik apabila berpeluang untuk mencuba kehebatan salah satu produk hebat daripada Klavuu iaitu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion atau nama pendeknya Klavuu Aqua Cushion.

Klavuu Aqua Cushion Untuk Mereka Yang Inginkan Kesan Flawless Dengan Cepat


Klavuu Aqua Cushion adalah sejenis liquid foundation yang bukan sahaja berfungsi sebagai penutup cela, malah turut memberikan banyak kebaikan kepada kulit wajah. Selain menjadikan kulit wajah tampil cantik dan cerah, ia juga boleh dijadikan sebagai rutin penjagaan kulit wajah harian kerana mengandungi ekstrak mutiara, rumpai laut, niacinamid, adenosine dan hydrolyzed collagen yang memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kulit.



Aqua Cushion ini hadir dengan 2 tona warna; kod 21 dan kod 23. Kod 21 sesuai untuk mereka yang berkulit cerah kerana warnanya yang lebih cerah berbanding kod 23. Kod 23 pula lebih sesuai untuk kulit sawo matang. Pengguna bolehlah memilih salah satu kod warna yang sesuai dengan tona kulit masing-masing.

Bagi aku, pilihan warna foundation sebenarnya bergantung pada kehendak dan keinginan si pemakai juga. Aku sendiri sentiasa memilih warna yang paling cerah sebab aku suka kalau kulit muka aku nampak cerah walaupun tona wajah aku lebih kepada kulit orang Melayu. Jenis sawo matang. Saja nak nampak ala-ala mat saleh sikit.


Klavuu Blue Pearlsation Marin Collagen Aqua Cushion sangat efektif dalam meratakan warna kulit wajah dan pada masa yang sama menghidratkan, mencerahkan dan melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB Matahari dengan kandungan SPF 50+. Aqua Cushion ini juga menyempurnakan liputan bedak pada kulit wajah dengan memberikan efek glowing secara semulajadi tanpa meninggalkan kesan bercapuk.


Testimoni Klavuu High Coverage Aqua Cushion oleh Muja The Lady Warrior


Seperti biasa, produk dari Korea tidak pernah mengecewakan terutamanya Klavuu. Aku sangat suka dengan Klavuu Aqua Cushion sebab teksturnya yang halus dan ringan menjadikannya sangat senang untuk dioleskan dan diratakan pada wajah. Tekap sikit je pada cushion sudah boleh diratakan pada keseluruhan wajah untuk mereka yang sukakan natural look. Klavuu Aqua Cushion mempunyai bau ala-ala herba. Sedap dan soothing. Tapi, baunya kejap sahaja. Lepas beberapa minit, dia akan hilang.  

Klavuu Aqua Cushion Kod 21

Klavuu Aqua Cushion Kod 23

Antara 2 kod Klavuu Aqua Cushion, semestinya aku suka kod 21 sebab lebih cerah berbanding kod no 23. Ia mampu menyembunyikan tompok-tompok hitam, jerawat halus dan kedut-kedut ringan pada wajah. Warna kulit pun jadi sekata. Tak delah nampak berbelang-belang kiri kanan. Untuk kulit normal, yang sedia licin tetapi nak kasi nampak lebih berseri dan cantik, please guna Aqua Cushion ni. Terbaik sangat kesannya!

Tapi, kalau jenis parut jerawat yang dalam, kita masih memerlukan penggunaan concealer untuk menutupi lubang-lubang jerawat. Macam aku nilah. Huhuuu.


Pendapat peribadi aku sebagai pengguna cushion foundation, cushion foundation lebih sesuai dipakai pada waktu malam atau hari hujan sebab masa tu cuaca redup dan sejuk. Bukan apa, liquid foundation lebih senang cair berbanding foundation jenis lain. Foundation jenis cecair macam ini tidak sesuai untuk dipakai semasa pergi ke tempat yang panas dan buat kita berpeluh seperti di bersukan di padang. Tambah-tambah cuaca panas seperti di Malaysia. 

Kalau yang kerja pejabat, dalam bilik berpendingin hawa, silalah guna Klavuu Aqua Cushion ini. Memang recommended! :D


Di Korea, cushion foundation memang disukai sebab kesannya yang flawless dan suhu sejuk di sana mengelakkan foundation mereka cair. Apa-apa pun, dengan Aqua Cushion daripada Klavuu ni, kesan berpeluh itu sangat minimum berbanding jenama lain. Memang kita boleh nampak peluh tu bawa sekali dengan foundation tu tapi lama-kelamaan, ia tetap akan blend semula dengan elok pada muka. Itulah kelebihan yang ada pada Klavuu Aqua Cushion berbanding jenama lain.

Panas-panas pun nak bergambar. 

Setakat ini dulu review aku tentang Klavuu Marine Collagen Aqua Cushion kali ini. Jangan lupa baca juga',

Untuk mereka yang berminat dengan mana-mana produk kecantikan dari Klavuu, anda boleh klik link di bawah,


Wassalaam.

1 comment:

  1. I wish I had your skin or others who do not have combination skin like me. No matter what type of foundation or makeups I wear, mesti tak kena luls.

    ReplyDelete