Monday, May 08, 2017

Review Klavuu White Pearlsation Enriched Divine Pearl Serum Mask

Edit Posted by with 1 comment
Review Klavuu White Pearlsation Enriched Divine Pearl Serum Mask | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku pernah isi beberapa survey tentang produk kecantikan dan Korea sentiasa menjadi negara pengeluar produk kecantikan yang paling aku percayai.

Bukan sebab aku nak rendahkan produk tempatan, tapi korang pun tahu dah banyak kes buruk dengan produk lokal. Kulit jadi terbakarlah, tetiba breakoutlah. Yang paling menakutkan, siap boleh bagi kesan dalaman dan penyakit berbahaya termasuk penyakit buah pinggang dan kanser! Itu yang aku takut.

Sweet sungguh Klavuu ini. Kotak pun buat aku tak sabar nak guna produk dorang.

Klavuu, Jenama Produk Kecantikan Terbaik dari Korea.


Inilah yang sudah menjadi kesayangan diri ini.

Baru-baru ini aku diberi peluang untuk mencuba satu jenama produk kecantikan popular dari Korea yang dinamakan Klavuu.  Klavuu adalah produk kecantikan berasaskan alam semula jadi termasuk marine collagen dan pearl extract. Kalau sebut Korea, memang dorang sukakan produk kecantikan daripada sumber semulajadi dan jauh daripada bahan kimia berbahaya.

Kali ini, aku nak share dengan korang tentang Klavuu White Pearlsation Enriched Divine Pearl Serum Mask. Aku adalah antara penggemar topeng kecantikan. Jadi, aku mulakan dengan Serum Mask ini dulu ye.

Klavuu White Pearlsation Enriched Divine Serum Mask


review klavuu, klavuu serum mask, topeng kecantikan wajah klavuu
Pakai 2 kali seminggu, kedut makin kurang, kulit makin tegang.

Klavuu Serum Mask sudah terkenal dalam kalangan selebriti dan artis. Ia pernah disenaraikan sebagai salah satu Best Sheet Mask oleh majalah Vogue. Pendedahan ini berlaku apabila para model berborak sesama mereka di belakang pentas selepas minggu fesyen di Seoul. Model-model yang top memilih Klavuu White Pearl Serum Mask sebagai facial mask kedua terbaik di Korea!

Bayangkanlah. Dalam beribu-ribu jenis topeng kecantikan yang ada di Korea, facial mask jenama Klavuu dapat tempat kedua. Memang terbaik. Korang boleh baca artikel tentang ini di 5 Korean Models The Best Sheet Mask for Perfect Poreless Skin.

Keistimewaan Unik Pada Klavuu Serum Mask 

Klavuu Serum Mask memang facial mask yang sangat lain daripada yang lain. Ia dibuat dengan teknologi 3D daripada helaian PTC yang sudah dipatenkan. Teknologi ini menjadikannya sesuai untuk semua bentuk muka. Walaubagaimanapun ekspresi muka yang dibuat semasa memakainya, nutrien tetap dapat diserap oleh kulit dengan baik dan rata. 

Helaian yang nipis membuatkan kita berasa sangat selesa dan nutrien juga lebih senang diserap ke dalam kulit secara maksimum. Itu yang sampai boleh tertidur dengan topeng muka ini. Serum mask ini juga sarat dengan kebaikan yang diperolehi daripada sebotol serum dengan ekstrak mutiara. 

Testimoni Pengguna Klavuu White Pearlsation Enriched Divine Pearl Serum Mask


review produk klavuu dari korea, klavuu serum mask terbaik
Sedang elok je Klavuu Serum Mask melekat pada muka besar aku ni.

Sebelum menggunakan facial mask, aku simpan dalam peti sejuk. Lagi best pakai facial mask bila rasa sejuk pada muka. Ahh.. Sejuk. Segar. Biasanya, aku pakai topeng kecantikan muka sebelum tidur sebab aku suka rasa segar dan bersih sebelum tidur. 

Paling lama sejam untuk mengelakkan topeng yang kering menyerap semula lembapan daripada kulit muka. Kalau nak selamat, set jam siap-siap atau suruh sesiapa kejut. Aku suka sangat guna Klavuu Serum Mask. Memang patutlah ramai model Korea yang pilih untuk guna Klavuu Serum Mask ni.

review klavuu serum mask, testimoni klavuu serum mask, review klavuu
Beza 2 gambar ini dalam sejam lebih je tahu. Hebatkan?

Pertama sekali, helaiannya sangat nipis dan ringan. Ini memudahkan kulit wajah menyerap segala kebaikan yang ada pada serum mask dengan maksimum. Barulah berbaloi. Rasanya sangat selesa sampai boleh buat kita tertidur. Serius!

Kedua, bentuk 3D Klavuu Serum Mask sangat unik dan melekat elok pada muka. Sesuai untuk semua bentuk muka. Berjalan-jalan dalam rumah pun, mask tak jatuh sebab lembapannya yang tinggi. Cuma, saiz dye kecil sikit untuk si dahi luas macam aku. Kalau besar sikit lagi, lagi bagus. 

Ketiga, selepas buka Klavvu Serum Mask, kulit muka rasa sangat-sangatlah segar, lembap dan tegang. Liang roma pun nampak mengecil. Terus addicted nak tekan-tekan kulit sebab nak rasa efek toing toing! Hahaha

Dapatkan Klavuu Serum Mask Hari Ini Juga!

Berminat dengan Klavuu White Pearlsation Enriched Divine Pearl Serum Mask ini? Dapatkan daripada link -- Klavuu Serum Mask 

Jangan risau. Pasti berbaloi wa cakap luuu. Wassalaam.

1 comment: