Review Klavuu White Pearlsation Ideal Actresss Backstage Cream SPF 30 PA++

5/08/2017

Review Klavuu White Pearlsation Ideal Actresss Backstage Cream SPF 30 PA++ | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apabila kita mengaplikasikan produk kecantikan pada wajah, pastinya kita akan mengharapkan efek tertentu. Pada aku, aku sangat sukakan efek glowing dan refreshing apabila memakai sesuatu produk. Glowing menyebabkan kulit wajah nampak lebih bersinar tetapi tidak berminyak. Refreshing pula efek kulit nampak sihat tanpa cela. Korang yang sukakan efek yang macam ini, Klavuu Actress Cream adalah produk yang wajib korang guna!

Klavuu Actress Cream, Krim Kecantikan Terbaik daripada Klavuu 


review klavuu actress cream, klavuu actress cream

Klavuu White Pearlsation Ideal Actress Backstage Cream atau nama pendeknya Klavuu Actress Cream adalah krim kecantikan yang diaplikasikan pada wajah sebelum kita mengenakan foundation atau bedak asas.

Aplikasi Klavuu Actress Cream memberikan kesan glowing atau bercahaya pada muka. Tekstur krimnya sangat ringan dan tidak berminyak. Jadi, ia sangatlah senang dan cepat untuk digunakan dan diratakan dengan baik pada seluruh wajah tanpa kesan bercapuk. Dengan SPF30 PA++, ia juga akan melindungi kulit muka daripada sinar UV berbahaya.

Semua bahan yang terkandung di dalam Klavuu Actress Cream dijamin selamat dan halal untuk digunakan oleh semua golongan. Pastinya tiada kesan sampingan yang buruk dan berbahaya. Tiada kesan yang dikatakan healing crisis konon tu. Kesan cantik je ada. Kih3

Keistimewaan Klavuu White Pearlsation Ideal Actress Backstage Cream

review klavuu actress cream, produk kecantikan dari korea klavuu

Klavuu Actress Cream sangat unik terutamanya dari sifatnya yang memberikan kesan bercahaya serta-merta pada kulit. Inilah kesan yang kita nak apabila kita mengaplikasikan sesuatu produk pada wajah sebab ia menjadikan kulit kita nampak lebih cantik dan bebas daripada sebarang cela.

Klavuu Actress Cream sangat sesuai digunakan pada waktu siang dan malam. Pada waktu siang, ia melindungi kulit daripada sinar UV berbahaya. Pada waktu malam, ia memberikan efek glowing apabila terkena cahaya lampu. Bertambah-tambah cantiklah hasil mekap kita.

Testimoni Klavuu Actress Cream daripada Mujadafewa.


Amboi! Bersinar banar muka lepas pakai Klavuu Actress Cream. Nak kena pakai spek hitam dulu ni.

Klavuu Actress Cream memang terbaik untuk makeup addicts yang sukakan efek bercahaya. Kata orang, glowing mowing macam aku ni. Kulit muka aku memang berkawah sebab pernah berjerawat teruk zaman muda-muda dulu. Bila kulit muka tak rata, memang susah nak ratakan mekap. Aku memang perlukan pertolongan untuk nampak lebih flawless.

Satu cara untuk nampak lebih flawless adalah dengan menggunakan efek glowing. Macam mana nak dapatkan glowing effect tu? Guna Klavuu Actress Cream la. Apabila ada efek glowing, kulit wajah akan nampak lebih cantik dan flawless. Cahaya tu seolah-olah menyembunyikan bahagian-bahagian wajah yang berlekuk-lekuk atau berbukit-bukit. Barulah nampak flawless dan gorgeous!

Tip Menggunakan Klavuu Actress Cream

review produk kecantikan korea, klavuu actress cream

Dulukan dengan moisturizer. Sapukan pada seluruh muka tapi utamakan bahagian tengah dahi, batang hidung, tulang pipi dan dagu. Bahagian wajah inilah  yang menerima paling banyak cahaya lampu. Hidung kita akan nampak lebih mancung dan tulang pipi akan nampak lebih tinggi. Lagilah bersinar banar wajah kita nanti.

Klavuu, Jenama Produk Kecantikan Terbaik di Korea Tahun 2017



Berminat dengan Klavuu Actress Cream untuk dapatkan efek bercahaya pada wajah? Berminat juga dengan produk lain daripada Klavuu? Korang boleh dapatkan produk Korea yang sedang popular di Korea ini di link -- Klavuu Ideal Actress Backstage Cream.

Jangan lupa baca juga review Klavuu Serum Mask. Kejap lagi nak masuk kelas darjah 5. Lepas tu aku review Klavuu Aqua Cushion pula ye. Tunggu. Wassalaam.

You Might Also Like

1 click here, you comment, you are awesome

FOLLOWERS

SUKA BELI SINI

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan di blog ini adalah daripada pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan oleh orang lain yang menggunakan maklumat daripada blog ini. Sekian.