Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris- Buku Rujukan Dwibahasa

6/18/2017

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI)- Buku Rujukan Dwibahasa | BAssalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak lama lagi, insya Allah, pelajar PISMP 2013 akan mula menerima surat posting untuk mengajar di sekolah. Tak lama lagi jugalah aku akan mula bergelar seorang guru Bahasa Inggeris yang sebenar. Bukan lagi guru pelatih macam masa aku buat praktikum di Sekolah Kebangsaan Melor dan Sekolah Kebangsaan Panji dulu.


Antara persediaan aku untuk menjadi guru bahasa Inggeris yang bagus adalah mengimbau kembali ilmu bahasa Inggeris yang aku belajar selama ini. Salah satu perkara yang aku lakukan adalah mendapatkan buku rujukan dwibahasa bertajuk Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris atau lebih dikenali dengan nama Buku MBBI.

Aku memang sudah lama berkenan dengan buku dwibahasa selepas menulis artikel tentang kelebihan penggunaan buku dwibahasa untuk pengajaran bahasa kedua. Buku ini akan sangat berguna untuk mengajar bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua Malaysia. Buku MBBI akan memudahkan para pelajar memahami apa yang diajar kerana ia mempunyai penerangan dalam Bahasa Melayu.

Buku 'Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris' Laris dalam Kalangan Guru Bahasa Inggeris


Buku MBBI kini telah dicetak sebanyak 12 kali dalam tempoh 3 tahun sahaja. Dalam 2 bulan sahaja, Buku MBBI telah terjual sebanyak 2000 unit. Bayangkanlah betapa ramainya guru Bahasa Inggeris dan para pelajar yang menggunakan buku rujukan ini. Ini kerana mereka yakin dan percaya dengan kehebatan buku rujukan dwibahasa ini.


Ibu bapa di rumah tidak perlu risau lagi kalau kurang tahu tentang Bahasa Inggeris. Kini, anda boleh membantu anak-anak kerana sudah ada cara mudah untuk anda sendiri memahami segala peraturan dalam bahasa antarabangsa ini. Anda tidak perlu lagi malu-malu jika anak-anak anda bertanya soalan mengenai Bahasa Inggeris kerana anda akan mampu menjawabnya. Buku ini akan menyelesaikan masalah anak-anak yang lemah dalam subjek ini dengan cepat dan mudah.


MBBI ada menyelitkan nota ringkas dalam Bahasa Melayu dan diikuti dengan latihan Fokus. Latihan ini untuk memastikan bahasa pelajar betul-betul memahami dan mengingati apa yang sudah dipelajari. Jika buku ini digunakan di rumah tanpa bimbingan guru juga tidak mengapa kerana jawapan ada disediakan untuk setiap soalan.

Penulis Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris


Penulis buku rujukan terlaris ini bernama Aida Dahlia Ahmad. Beliau merupakan seorang guru sains dan Bahasa Inggeris di sebuah sekolah. Beliau adalah memegang ijazah dalam kursus Mikrobiologi. Namun, disebabkan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan, beliau memilih untuk fokus untuk menjadi seorang pendidik dengan menjadi tutor dalam subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Kini, beliau sudah mempunyai pengalaman mengajar selama 21 tahun.


Patut pun Buku MBBI bagus. Ia memang ditulis oleh tenaga pengajar yang sangat berpengalaman. Pastinya beliau sudah tahu cara penulisan yang mudah difahami oleh para pelajar.

Ciri-ciri dan Kelebihan Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris


Terdapat banyak kelebihan yang ada pada Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris. Kalau tidak, takkanlah ia viral dan dicetak sampai 12 kali. Ye tak?

  • Grammar dan Vocabulary diajar dalam sebuah naskhah buku. Menjimatkan wang daripada membeli buku yang berasingan.
  • Mempunyai 244 halaman bercetak yang padat dengan ilmu.
  • Terbahagi kepada 2 bahagian; Grammar (Unit 1 - 13) dan Vocabulary (Unit 14-32). 
  • Bahagian Grammar amat padat dan menarik, menjadikannya mudah difahami. 
  • Bahagian Vocab amat membantu dalam membuat ayat.
  • Latihan disediakan untuk menguji kefahaman pembaca.
  • Setiap halaman mempunyai gambar dan ilustrasi berwarna yang menarik.
  • Tulisan yang digunakan bersaiz besar supaya mudah dibaca
  • Kaedah penerangan dalam Bahasa Melayu amat mudah difahami.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
    • pelajar sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6
    • pelajar sekolah menengah
    • pelajar universiti
    • guru-guru
    • ibu bapa
  • Sesuai untuk rujukan guru-guru sebagai bahan bantu mengajar.


Testimoni Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris






Harga Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris


Harga buku rujukan dwibahasa ini sangat murah dan berpatutan dengan ilmu yang terkandung di dalamnya. Setiap sen yang dibayar pasti berbaloi. Harganya hanya:

  • RM39 untuk Semenanjung Malaysia
  • RM42 untuk Sabah dan Sarawak
  • Pos RM8

Cara Mendapatkan Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris


Hubungi Muja the Lady Warrior di:

 01126947035
(Whatsapp/Wechat/Telegram)

Email:
mujagirl92@gmail.com

Dapatkan buku rujukan Bahasa Inggeris terlaris ini dengan segera. Ia pastinya akan membantu anda dan anak-anak anda mempelajari Bahasa Inggeris dengan mudah, cepat dan menyeronokkan. Semoga dengan usaha kita ini, kita akan dapat mencapai apa yang kita impi-impikan. Usaha, doa dan tawakkal. Insya Allah, kejayaan milik kita.

Dapakan juga -) Modul Lengkap UPSR Negeri Terengganu

Man jadda wajada. Wassalam.

You Might Also Like

2 click here, you comment, you are awesome

  1. Nanti airah order sbb memang tak pandai bi sangat 😭

    ReplyDelete
  2. Assalam....mohon pencerahan cikgu ejen mbbi area mana ya?leh cod area s.alam x?tqsm

    ReplyDelete

FOLLOWERS

SUKA BELI SINI

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan di blog ini adalah daripada pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan oleh orang lain yang menggunakan maklumat daripada blog ini. Sekian.