Ulangtahun Kedua NN_NMI- Tiada Lagi PJJ - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, June 10, 2017

Ulangtahun Kedua NN_NMI- Tiada Lagi PJJ

Ulangtahun Kedua NN_NMI- Tiada Lagi PJJ | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun ini memang mencabar sangat untuk aku dengan Nik. Yup, walaupun tahun 2017 adalah tahun kedua perkahwinan kami, 2017 juga merupakan tahun pertama kami betul-betul tinggal satu rumah sebagai suami isteri. Sebelum kahwin, dia kat Johor, aku kat Kelantan. Lepas kahwin, masih sama. Jadi, boleh kata, we did not really know each other well walaupun kami mula kenal dari 2014 dan kahwin 5 Jun 2015.

Abah umi belanja iftar kat restoran on our anniversary. I was so happy! Nik was too. Tq my beloved parents!

Dulu, jumpa time cuti sekolah je. Berhubung pun guna handphone sahaja. Rindu selalu. Jumpa mesti nak bermesra selalu. Bila kita mula tinggal serumah, like being real housemates, barulah kita betul-betul rasa cabarannya. Cabaran macam kita baru mula nak kenal pasangan kita betul-betul. Dia jenis kemas bilik tidur tak. Tidur in total darkness ke, kena pasang lampu. Pukul berapa dia bangun tidur, bila dia gerak pergi kerja. Lepas bangun, dia nak sarapan tak. Kalau tak nak, dia nak bekal tak. Dia lagi suka isteri masak ke, beli kat luar. Kalau beli kat luar, dia suka makan kat kedai ke, kat rumah.

Next day too, Huda got us this cake! Thanks sister!

Lepas balik kerja, mood dia macam mana. Boleh tak borak-borak masa tu. Ke kita biar dia relax dulu atau hulur air ke segelas. Malam dia buat apa. Dia nak tengok tv ke, nak borak ngan kita. Bila tengok movie, dia minat cerita apa. Sebagai isteri pula, aku suka je kalau mengalah sebab I know he wants the best for us too. And satu lagi, apalah salahnya kita mengalah dengan orang yang dah sanggup menanggung dosa kita. Kita kena selalu remind ourselves la yang syurga kita pun di bawah tapak kaki beliau. Kalau setakat dia suruh ambilkan air kat dapur, buat je dengan ikhlas dan senyuman.

Macam Nik, dia suka aku teman dia tengok movie walaupuna aku buat benda lain. Satu lagi, dia ada specific way yang dia suka isteri dia berpakaian. Kalau nak beli barang yang melibatkan penampilan, aku lebih suka beli barang yang memang dah dapat his approval. Kalau dia rasa tak cantik, terus aku sendiri pun rasa tak cantik tau. Dia tak suka aku pakai tudung hitam dan baju oversized. Yang ni memang aku ikut je sebab adik beradik aku sendiri pun cakap I dress better after I got married. Kah3

Second time potong kek sesama. First time masa majlis kahwin. Hehe

Semua ni new things bagi partners tau and they are not small matters. Every little thing counts in marriage. Masa ni lah kita nak tahu persamaan dan perbezaan antara suami dengan isteri. Kalau sama tak pelah. Kalau tak sama macam mana? How do we cope with things? Siapa yang lebih patut mengalah dalam hal A dan siapa lagi patut mengalah dalam hal B. Masa inilah kena ada give and take.

Thank you abah yang sudi masakkan ikan siakap 3 rasa semata-mata sebab ikan siakap kat kedai sebelum tu tak berapa kena dengan selera aku. Ok, now I know abah loves me so much. haha

Kalau aku sendiri, kalau aku rasa benda yang Nik nak tu tak menjejaskan apa-apa, aku mengalah je sebab banyak kali dah terjadi benda tak baik berlaku kalau aku tak ikut Nik cakap. Hahaha. Cuma, kalau yang aku rasa aku punya choice is really better, I stand for it and Nik pula mengalah. Jangan sorang je mengalah sepanjang masa. Nanti orang yang sentiasa mengalah tu akan rasa stress sebab sentiasa tak dapat apa yang dia nak. Jadi kemurungan kang susah.


Eh, aku ni nak cerita pasal anniversary tadi kan? Kih2. Nothing much la nak cerita. Cuma, this time, we were so happy sebab kitorang together semasa tarikh 5 Jun menjelang tiba. Bukan aku dan Nik je, whole family ada. Nasib kami baik sangat sebab anniversary tahun ini jatuh masa cuti sekolah walaupun masa bulan puasa. Alhamdulillah.

Walaupun terpaksa berkorban daripada segi rumah yang jauh dengan tempat kerja masing-masing, at least, we can always have each other for ourselves once we reached home after work. Pastu, boleh share apa yang jadi kat sekolah. Boleh urut each other's neck sebab letih driving 40 minutes back and forth. That is more than enough. Tapi, aku tetap berdoa lepas ni, kitorang tetap akan dapat kerja kat sekolah sebelah rumah. Amiin. Hehehe

By the way, aku nak share jugak gambar kat bawah ni. Tadaaa!




Kami bawa kerusi merah dengan meja dari Kelantan ebab, letak kat bilik kat rumah mak ayah Nik kat sana pun, tak de orang guna. Nik beli kerusi dengan meja ni sebelum kahwin. Great taste he got right?

3 biji mug kuning dengan muka cartoon tu, Nora beli dari Indonesia sebelum habis belajar kat sana. Sekarang dia dah ada kat hospital di Malaysia. Kat HUKM, Kuala Lumpur. Buat housemanship kot.

Nampak tak frame yang tergantung tu? Sumayah yang beli di Granada. Dapat baca tak tulisannya? Tertulis nama Nik Nashram dan Nurmujahidah in Arabic. How sweet my sister can be.. Sometimes..

Last sekali, cermin putih tu. Kami beli kat kedai biasa je. Ala-ala kedai borong.  Satu-satunya perabot dalam gambar ini yang dibeli di Johor selepas kami pindah ke Muar. RM75 je uols compared to one smaller sized mirror yang kami jumpa kat fb. RM100 plus harganya.

Nik memang sangat suka interior design and I just let him decorate the house whatever way he likes. Hasilnya pun memang not bad. Kalu biarkan aku hias rumah... I wonder.. and keep wondering...

No comments:

Post a Comment