Hasil Mekap 5 MUA Terkenal Ni Memang Woww! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, July 28, 2017

Hasil Mekap 5 MUA Terkenal Ni Memang Woww!

5 Mua Terkenal dan Viral Kegemaran Ramai Yang Korang Wajib Kenal Kalau Korang Peminat Mekap Tegar Macam Aku | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. By the way, today is Friday and tak semena-mena, Nik kena pergi sekolah for kelas tambahan. So, I was literally alone and bored. Tetiba rasa nak update pasal 5 MUA yang memang korang kena kenal kalau korang peminat makeup. Tak kisahlah baru nak minat macam aku or dah lama minat or minat tapi buat-buat tak minat macam a lot of girls I know, korang kena kenal dorang. Likers beratus ribu. Kemahen! Nanti bolehla korang melangut depan hp korang tengok dorang punya live makeup videos berjam-jam. Yeah, that is me currently.

Aku jarang bagitahu yang aku memang penggemar mekap. Kalau follow ig aku, korang tahu la kot. To those yang kenal aku masa sekolah mungkin gonna find this hard to believe but, believe it or not, believe it. Aku terpaksa mengaku yang I am now kinda a makeup addict walaupun masih lagi kedekut nak beli barang mekap. Masih lagi pilih yang aku rasa paling berbaloi dan murah di Guardian dan Watsons. And yeah, I have never stepped my foot in Sephora yet. Eh, tetiba, rasa macam tak layak lagi kot nak gelar diri makeup addict. -_____-

5 MUA Terkenal Ni Dah Buat Ramai Wanita Ketagih Mekap


Teringat pula masa aku pergi majlis kawin senior few years ago. There was this one senior. *Teringat terus tergelak ha ha ha inside. First time rasanya aku tertengok a real jaw dropping person in my whole life. Terkejut bebenor tengok aku and I dont know whether I should feel embarrassed by my makeup atau nak rasa happy kengkononnya aku MUNGKIN nampak sedikit lawa lepas mekap. It was just.. yeahh.. his mouth was open wide that time I should warn him that a fly may get inside his throat. No no. I did not do that. :D *continue laughing

1. Makeup by Bellaz


makeup by bellaz, makeup tutorial, mua terkenal di malaysia

Lets start with Bella. Aku memang minat sangat dengan MUA dari Kedah ni. Bella dah la pandai mekap. Mekapnya memang wallah! Inspirational pulak sebab dia bermula dari kosong suatu ketika dahulu. Sedih sangat time dia cerita kehidupan dia zaman muda. Eh, zaman dia lebih muda. Sekarang pun muda lagi. Mesra, pastu lawak pulak. Orang komen negatif kat video dia pun, dia tak mengamuk macam Sajat. Tak cover lebih. Sukalah aku dengar celoteh Bella ni dalam setiap live video dia. 

2. School of Makeup by Siti Nurfarahain


mua siti nurfarahain, mua terkenal di malaysia

Satu lagi MUA yang saaaangat lawa dari Kedah. Tak mekap pun dah lawa, lepas mekap lagilah meletops Si Farah ni! Time dia mekap tu, memang tak berenti coleteh ngan dialek Kedah sambil gelak ketawa. Terus nampak gigi besi dia. Tu dah trademark beliau. Tak de cover-cover. Dulu, Farah selalu share macam-macam tutorial mekap. Cikgu kelas mekaplah katakan. Sekarang, dah advance. Siap ada Set Kening 5 Minit dan jual contact Lens. 

3. Makeup by Teyn Athirah


mua teyn athirah, mua terkenal di malaysia

Teyn Athirah ni aku baru nak usya-usya. Best jugak dia punya makeup videos. Hasilnya memang kebabom. Selalu promote produk-produk mekap yang selalu beliau guna untuk dapatkan kesan mekap terbaik. Suaranya lembut, halus ja. Kena kuatkan sikit sound kat handphone korang k. Kulit Teyn memang cantik, putih melepak. Senangla nak flawless mekap beliau. Teyn ni suka speaking Mat Salleh tau. Jangan pandang MUA sebelah mata. I just love her!

4. Nur Syafinaz Utagha Touch


mua nur syafinaz utagha, mua terkenal di malaysia

Finaz memang tak perlu diperkenalkan lagi kalau dalam kalangan makeup addicts. Tengok nama pun dah jelas-jelas datang dari Kedah. Another one seriously?? Sekali buat live video, beribu ribanlah dok tengok Finaz depan laptop dengan handphone. Lepas tu, berpusu-pusulah yang cari produk yang Finaz guna masa mekap. Yelah, mana ada wanita suci macam iols ni tak sukakan kecantikan. Rela berhabis tau. Finaz ni antara orang yang sudi ajar secara free. Kita pun tengok jelah.

5. Nisa Touch Makeup Artist


mua nisa touch, tutorial mekap, mua terkenal di malaysia

Ok, ni buat aku makin pissed off sikit. Yang last pun masih lagi MUA hebat dari Kedah??? Sokay. Tak kisahlah dari negeri mana. Yang penting, mekap Nisa Touch memang antara yang meletop kebabom. Cakapnya sopan santun je. Tu yang orang suka tengok Nisa ajar mekap dalam live video. Isteri-isteri pun terus capai peralatan sama. Nak cantik untuk suamilah katakan. Memang tak menang tangan Nisa mekap pengantin kat utara sana. 

-------------

Cukuplah 5 MUA hebat dan terkenal yang aku nak perkenalkan kat korang hari ni. Walaupun dorang ni makeup artists untuk pengantin dan kelas mekap, not yet for artis-artis macam Uqasha or Fathia, aku tetap nak ambil peluang ni untuk berterima kasih kat dorang sebab sudi buat live makeup tutorial videos untuk ajar mekap secara percuma!  Yes, FREE OF CHARGE online makeup class untuk orang yang kurang ongkos macam aku ni. Padahal, bayaran untuk sorang peserta kelas mekap dorang, beratus-ratus hoiii!

Suami I tu, memang suka I mekap and he does not mind to give criticisms and opinions lepas aku dah siap mekap. Bolehlah aku tahu mekap mana yang paling beliau suka. Nik memang jenis tak kisah kalau aku tercongok tengok makeup tutorial. Kalau dia tak suka pun, I will still watch it kan? Oh ye, I have a question la untuk semua MUA di atas. Likers sampai beratus ribu tu, nak pergi mana? Kih3

Lepas tengok makeup tutorial daripada dorang, I can see the difference la on my makeup looks. Can say it gets better day by day la walaupun nak cakap tahap flawless glowing macam dorang punya tu idok lagi. Masih lagi bertepung. Masih lagi senget. Masih lagi bercapuk sana sini but, ok laa. I am not a MUA after all. Thanks to all the MUAs! Keep inspiring! I love you all! :D

Nak dapatkan produk mekap yang dorang guna? Korang boleh dapatkan CPG Cosmetics dengan menghubungi 01126947035. Semua produk CPG ada. Tinggal contact je.

ps- kenapa ek MUA hebat ramai dari Kedah? Bila lagi MUA dari Kelantan nak terkenal kat fb. Takkan tunggu aku kot..... *literally wondering

Wassalaam.

No comments:

Post a Comment