Monday, November 13, 2017

RANGKAIAN PRODUK KECANTIKAN LENGKAP DARIPADA ANUGERAH

Edit Posted by with No comments
Rangkaian Produk Kecantikan Lengkap daripada ANUGERAH | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lengkapkan rutin kecantikan dengan herba dan bahan semulajadi. Jom baca Panduan Potret Cantik Menawan dengan rangkaian set kecantikan aripada Anugerah dengan hanya RM 150.

produk kecantikan anugerah, produk semulajadi anugerah



Benar, kala merias wajah tiada had sempadan ataupun peraturan khusus. Semuanya adalah mengenai ekspresi kreativiti dalam mencorak dan menghasilkan nuansa menarik. Biarpun begitu, anda harus menitikberatkan beberapa faktor utama agar di akhirnya nanti anda berjaya memiliki kanvas wajah yang sempurna. Antara faktor utama adalah perlu memiliki kulit wajah yang sihat sempurna dan mulakan rutin anda dengan bahan semulajadi.

Rutin kecantikan amatlah penting di praktikkan dari awal agar kecantikan anda tidak pudar dengan peredaran masa. Tambahan pula, kita perlu berhati-hati dengan pelbagai ancaman kecantikan iaitu pencemaran udara, pemakanan yang tidak sihat dan produk yang terlalu tinggi kandungan kimia. Ini semua penyebab kepada kulit berkedut, wajah kusam, berjeragat dan mudah mendapat jerawat. 

Herba Tradisional Lebih Mujarab


produk kecantikan anugerah, produk kecantikan semulajadi anugerah

Sejak zaman berzaman, nenek moyang kita gemar mengamalkan ramuan herba tradisional yang bersifatkan hanya alam semulajadi. Pengamalannya memang tiada efek sampingan yang boleh membawa kemudaratan seperti sesetengah amalan kecantikan yang hanya padu dengan bahan kimia, pewarna dan pewangi. Harga pula membebankan anda. Fikir semula dan berubahlah kepada yang lebih memberikan anda manfaat.

1) Kejelitaan Sempurna Bermula Dengan Pencuci Muka Anugerah


Malu Berhadapan Dengan Orang Kerana Kulit Wajah Berminyak, Penuh Jerawat Dan Jeragat? Wajah yang manis bertukar kusam dan hambar kerana masalah kulit yang melanda. Bertambah teruk, ada yang mula menjauhkan diri dengan anda. Sudah pasti masalah semakin teruk apabila anda mula berasakan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang. 

Akhirnya, situasi ini menyebabkan ada berhadapan dengan kemurungan dan tidak percaya pada diri. PENCUCI MUKA ANUGERAH adalah jawapan kepada kulit wajah yang bebas cela, bersih dan berseri. Formulasi bebas cela daripada ramuan herba tradisional seperti ekstrak pinang, sireh, inai, avokado dan vitamin E mampu membantu mengatasi masalah kulit. 

Antara kelebihan Pencuci Muka Anugerah ialah dapat membantu menyingkirkan kekotoran dan sel-sel mati pada kulit wajah, melembapkan kulit tanpa membuatkan ia kering, mencegah dan mengecutkan jerawat, merawat masalah kulit seperti noda hitam dan pigmentasi, vitamin E mampu memudarkan parut dan membantu kesihatan kulit serta membuatkan kulit terasa bersih dan segar setiap kali cucian wajah.

2) 2 dalam 1 : Penanggal Makeup & Penyegar Essence Toner Anugerah


Selepas mencuci, segarkan wajah anda dengan 2 in 1 Penaik Seri Essence Toner Anugerah. Ia juga sebagai persediaan untuk wajah anda meresap pelembap. 2 in 1 ESSENCE TONER ANUGERAH, bukan seperti toner biasa. Ia bertindak lebih seperti serum, iaitu menyediakan kulit untuk rutin kecantikan seterusnya. Wajah akan lebih cantik, berseri dan halus tanpa sebarang solekan.

Keistimewaan 2 in 1 Essence Toner Anugerah:

  • Menyegarkan, melembapkan dan memperbaiki tekstur kulit dengan setiap aplikasi.
  • Tidak mengandungi alkohol yang menyebabkan kulit kering.
  • Meningkatkan keanjalan kulit agar penampilan garis-garis halus dan kedutan berkurangan.
  • Mengurangkan parut jerawat, mencerahkan kulit agar kulit nampak segar dan berseri.
  • Membuang lebihan minyak, kotoran, ‘make-up’ pada kulit dan pori-pori.
  • Membantu mengecilkan liang pori agar kulit lebih mulus dan gebu

3. Lembapkan Wajah Dengan Khasiat dari Penaik Seri 24 Moist Anugerah


Memilih pelembap yang bukan saja mampu melembap, malah merawat wajah kamu. 24 Moist Anugerah didatangkan dengan formulasi ekstrak aloe vera yang berfungsi untuk melegakan kulit selepas terdedah pada cahaya matahari, mengatasi masalah jerawat dengan segera.

Juga diperkaya dengan pelembap inovatif Palmitoy Tripeptida-5 untuk kulit lebih anjal dan gebu. Ia juga baik bagi mengatasi masalah kulit kusam, berjeragat, kering, dan kedutan halus dengan singkat, merawat jerawat dan memudar parut dengan berkesan; juga berfungsi sebagai pencerah kulit wajah serta membuatkan wajah tampak bersinar.

4) Lengkapkan Rias Wajah Anda Dengan UV Foundation Anugerah


Wajah anda kini sedia untuk disolek kerana sudah bersih, segar dan lembap. Solekan mudah meresap ke kulit wajah agar nampak cantik semulajadi dan solekan lebih tahan lama. Penaik Seri UV Foundation Anugerah, serendah RM48 untuk setiap tiub 20 gram. Juga terdapat dalam 10 gram dengan hanya RM28 sahaja. 

Mewah dengan ramuan herba tradisional seperti limau purut, sirih dan vitamin E. Menutupi kecelaan yang ada pada kulit, seperti parut, panau dan jeragat sekaligus melindungi wajah anda dari pancaran matahari. Tahan lama dan mudah disapu kerana teksturnya yang halus meresap ke wajah. Solekan ini memahami sensitiviti kulit wajah si pemakai. 

5) Oleskan Bibir Dengan Penaik Seri Wonder Lips Anugerah


Setiap wanita mahukan bibir yang memukau serta warna yang tahan lama pada bibir. Dengan Penaik Seri Wonder Lips Anugerah.. ianya bukan lagi mustahil. Keanggunan diri nyata terserlah dengan setiap olesan. Satu-satunya pelembap bibir yang boleh juga dioleskan di pipi untuk menaikkan seri wajah secara 'instant'. Bukan itu sahaja, rona lembut yang terhasil pasti membuat anda terpikat. 

Tidak perlu beli gincu dan pemerah pipi secara berasingan lagi! Sungguh mudah untuk tampil cantik bak bidadari....Bukan hanya bersifat memerahkan bibir seperti gincu biasa, kelebihannya ia juga menyerlahkan bibir anda agar menawan dan memikat dengan diperkaya vitamin A, C dan E juga kolagen, ekstrak jojoba & shea butter.

Hanya dengan sekali penggunaan, anda tidak perlu lagi gusar untuk selalu ‘touch-up’ kerana Penaik Seri Wonder Lips Anugerah pasti membuatkan anda menawan sepanjang masa. Lihat magisnya pada bibir anda. Membantu melembut, melembap & mencantikkan. Memang menawan & menjimatkan. Tiada lagi masalah bibir hitam, gelap, kering dan menggelupas. 

5 langkah mudah untuk kulit yang lebih gebu dan cantik. Amalkan pencuci, penyegar, pelembap dan sapuan ‘foundation’ dari rangkaian kecantikan Anugerah. Anda pasti dapat melihat perbezaannya. Inilah khasiat untuk kecantikan.

produk kecantikan anugerah, produk semulajadi oleh anugerah

Dapatkan set lengkap kecantikan dari Anugerah dengan hanya RM 150 (harga asal bernilai RM 250) yang terdiri daripada Pencuci Muka Anugerah, Pelembap 24 Moist Anugerah, Penaik Seri Essence Toner Anugerah, Penaik Seri UV Foundation dan Penaik Seri Wonder Lips Anugerah. Juga percuma Minyak Kasturi Anugerah (bernilai RM 96.00) untuk setiap pembelian set kecantikan ini .

Anugerah…..Amalan kecantikan secara semulajadi. Dapatkan dari pengedar, toko kecantikan berhampiran anda. 

Untuk sebarang pertanyaan: 

✔ PM kami di http://bit.ly/PMAnugerah
✔ SMS/Whatsapp ke 019-222 7006 untuk maklumat lanjut

0 comments:

Post a Comment