katanya,"budak ini tidak akan aktif" - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, November 20, 2012

katanya,"budak ini tidak akan aktif"

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
Join Them If You Are a Blogger :D . 
join nuffnang here :D

 zaman aku masih lagi baby cute comel sungguh memilukan. aku tidaklah hanya cute masa kecik saja seperti kata Shaheizy Sam dalam filem Songlap entah. katanya, "masa kecik je comel" maybe bagi bayi-bayi lain kata-katanya boleh diguna pakai tapi tidak bagi aku,, sampai besar ni pun comel la kan???? ye??? tq sayangz!!! :)

saat aku nak keluar daripada Fallopian tube umi aku tu aku dah pedajal umi aku, aku nakal sangat, tak leh dok diam dalam perut maybe sebab aku bosan tak de laptop nak online, aku lahir songsang, yakni keluar bontot dahulu. hehe.. kesian umi aku. sorry and tq umi. aku lahir ni badan aku macam cacat sikit. sikit jela,
  • aku lahir dengan berat 2.3kg (sama berat dengan umi aku masa dia lahir) so tergolonglah aku dalam kalangan baby ringan sedunia, adik aku yang hana tu, 2.1kg je time lahir sebab lahir tak cukup bulan. 
  • ubun-ubun aku yang still lembek macam agar-agar lagi masa tu kelihatan lebih lonjong ke belakang, kalau aku tidur, dagu ngan dada mesti rapat
  • kaki aku pulak lebih pendek daripada bayi lain jugak and sedikit terkangkang effect daripada kelahiran songsang.
  • tangan pun pendek.. memang sangat tak balance dengan aku punya kepala.
  • aku pulak jenis orang melayu sejati, gelap je, tak putih macam diana danielle yang baru bunting pelamin,, korang dah tau ek? hehe,, congratulations to her :)

aku ni anak sulung abah aku, kiranya ramai gak la pak cik, mak cik, sepupu sepapat, uncle, auntie, kawan abah, umi's friends yang datang melawat. kira hot gak la aku time tuh,, hek3..
tapi ramai yang datang menstresskan, bukannya membahagiakan. sape tak tacim, anak sulung dikatakan cacat, ada kutuk sarankan tidokan aku atas guni beras, tak kurang suruh letakkan kepala aku atas papan, kalau umi aku buat memang aku mogok tak nak minum susu seminggu la,, aku dapat bayangkan dah, sakit kot? cer korang buat tido atas papan, cer korang rasa tido atas guni? pernah ke dorang yang suggest benda ni buat? eleh, tunjuk dulu kemampuan sendiri baru ada class nak suruh-suruh orang weh,, buktikan 'kejantanan' dengan bahasa lembutnya. :)

umi aku nangis terus balik rumah ayah dia yakni datuk aku,alololo,, umiku sensitif orang mengata anak sulung comel dia,, kawan abah aku lagila siap kena sedas lebih kurang cenggini ayatnya, 'budak ni tak aktif nanti besar ni' amboi, buat orang yang bajet boleh ramai masa depan tu, cukup la, insaflah sebelum aku insafkan atas kepala hang, korang cuba bayangkanlah feeling tacim kemain abah aku time tu,  kalau aku la, memang tak balik dengan kaki orang tu aku kerjakan,, haissyyy, yang pasti sampai sekarang abah aku ingat lagi peristiwa anaknya dikata kata. :)

 tu la orang kata, orang tua-tua ni bajet dorang jela yang pandai, dorang jela yang betul, dorang jela yang sempurna, kalau dorang pandai, takkan dorang sanggup mengata aku depan abah ngan umi aku. dah la umi dalam pantang. dah la aku anak sulung. dah la umi ngan abah tengah happy dapat anak comel. ternyata, bukan semua aspek jugak la orang tua lebih 'reti' daripada orang muda. contohnya hana pandai buat air milo, aku tak pandai. eh. tapi memang la tak dinafikan pengalaman mereka bagaikan sebesar penumbuk kalau nak dibandingkan dengan pengalaman aku yang sebesar hujung-hujung kuku jari kelingking tangan kanan ni je,,,

sebenarnya umi aku yang doktor tu tau keadaan bayi memula memang macam tu,, ubun-ubun pun lembek agi, maybe kepala lonjong masa proses nak keluarkan aku tu, kepala besar sangat, then automatically kepala jadi lonjong, wallahu a'lam, umi aku tahu, lama-lama elokla kan..

gambar anak orang lain ye,, tak de kaitan ngn aku,, hehe

so, tengok aku sekarang,, aku bakal english teacher yang jelitawan, dermawan, hartawan, sawan??? no no no. aku aktif masuk situ masuk sini, join benda tu join benda ni, tengok jari aku, aktif manjang tak reti-reti nak diam menulis entry blog, nanti aku nak try jadi debater and public speaker, aku jogging kat padang more that anyone else, aku ada kawan super annoying namanya mz, aku ada laptop sebab tangan aku active typing, hp lampu suluh sentiasa menemani sebab tangan aku active SMS-ing, aku ada future husband nama dia tuuut (aku tak tau lagi), ada ke bukti yang aku ni budak tak aktif?? kat bawah bukti lagi yang aku bukan budak tak active.

budak tak aktif takkan excited and gedik pakai face mask ada gambar 2pm

budak tak aktif takkan buat muka annoying depan web cam

budak tak active takkan join askar wataniah walaupun dia akan jadi english teacher

budak tak active tak mungkin sebegini excited makan spaghetti kat piza hut.

pengajarannya, jangan suka menghina or else, you will get embarrassed to know that orang yang dihina lebih baik daripada yang dihina,, think about it.

ps- lapa la pulak tapi tak nak gi mcd pun hari ni,, hehe

13 comments:

  1. skrg ni muja jd budak yg pandai n aktif :-)

    btw, ni fb akak :-)

    https://www.facebook.com/zarina.tazari

    ReplyDelete
  2. betul. orang tua tak semestinya semuanya betul cakapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sebab setuju,, harap2 muja dapat jadi orang dewasa yang ada common sense nnti :)

      Delete
  3. Terlalu aktif skrg ni. Adik anda pun ada yg hyper active kan. :) Kalau nk bercakap dgn mj kena ckp dia (comel) . Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hyper active,, bukan hyperactive yer,,, huhu,,, dah memang aku comel,, ko sibuk pehal!! grrr,,, eh,, ada gak name ko dalam entry ni,, haha

      Delete
  4. orang tua memang cam gitu..huhu

    ReplyDelete
  5. kekurangan kita sebenarnya adalah kelebihan buat kita.. :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana komen kt blog saya...MKP amat menghargai komen tersebut.....

    ReplyDelete
  7. tak baiknye diorang tu.. tapi alhamdulillah muja membesar dengan baiknya :)

    ReplyDelete