awak janji nak pujuk setiap kali saya majuk! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, December 10, 2012

awak janji nak pujuk setiap kali saya majuk!

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

dulu lepas awak pujuk saya dengan penuh lemah lembutnya. terus saya rasa saya berkuasa. saya rasa awak tak mungkin tinggalkan saya yang awak cinta. saya maafkan awak yang tak lakukan salah apa-apa. saja saya je gedik nak bermanja.

lastly termakan pujuk awak yang power. kepada awak saya bertanya 'awak, ni dah kali ketiga. saya buat camni. nanti mesti saya buat lagi. mintak putus dengan awak. awak akan pujuk saya setiap kali ke?' awak pun cakap, 'ye :D'

then saya suruh awak berjanji. berjanji tidak akan memujuk lagi. jika hal ini berlaku keempat kali. kerana saya tahu awak pegang kunci saya punya hati. kejap je saya boleh rasa sakit hati. lepas awak pujuk mesti hati berbunga kembali.

ternyata awak seorang yang menepati janji buat kali ini. dah saya yang ego ni. tetap malu nak ngaku betapa saya rasa desperate sangat amat untuk contact awak kembali. kalau lah awak nampak apa ada dalam hati ini. mesti awak jadi bangga diri.

saya pendam je. saya tahankan je. saya biarkan je. saya tahu, pengubat hati yang luka hanyalah masa. moga masa membawa pergi semua kenangan kita bersama-sama. di sini dan di sana. setiap ceruk dunia.

biarlah awak anggap saya dah benci awak. maybe lebih baik begini selamanya.

ps- sekadar idea semata.




3 comments: