korang jadi aku pun korang mesti nervous jugak. - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, December 09, 2012

korang jadi aku pun korang mesti nervous jugak.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

hari ni hari malang bagi aku untuk yang kali ke berapa pun aku tak tahu. pagi-pagi lagi hidup aku dah haru. dapatku rasakan yang kepala aku tengah buntu. kesian students aku dapat teacher macam aku. pagi tadi adalah teaching experience paling kertu. kertu tu apa aku pun tak tahu. aku biar dorang buat sementara waktu. menunggu hatiku tenang riang macam selalu. :'(

lepas mengajar makan nasi abah beli. abah beli pagi-pagi lagi. aku makan dengan selera yang digalakkan nafsu merajai. tak tahu kenapa aku rasa tak tentu lagi ni. dapat RM50 daripada abah nak gi kota bharu pun still tak puas hati. aku tak tahu la macam mana nak layan hati aku ni lagi. semua kacau bila sejak aku bercuti. aku harap cepat-cepat la aku boleh masuk ipg.

pergi kota bharu dengan teksi. rm 5 sorang untuk aku dan adikku hana ok la lagi. kena rm6 itu hari. giler punya pak cik teksi. aku yang cute tertipu lagi. nasib baik pak cik teksi hari ni baik hati. tak de kena cas lebih walaupun aku suruh dia berenti di Maybank pujaan hati. maybe dia kecian atau memang dia baik hati. hanya ALLAH mampu membalas budi.

niat di hati nak bukak account Maybank sebab nak bukak Maybank2u. masuk je dalam bank aku cari ic aku. sudah dicari dikelebek satu persatu. namun yang dicari tidak juga ketemu. walau dalam air cond peluh membasahi bajuku. aku makin tidak menentu. macam mana nak buat keje kalau tak de ic yang satu. kalau abah tahu mesti naik hantu. shhhhh....

aku pergi pulak stesen bas mencari Celcom Center untuk renew simcard yang aku patahkan sesuka hati dalam empat hari lalu. cari-cari punya cari hanya stesen bas dengan pak cik teksi yang suka cekik darah je yang kuketemu. maka naik teksi lagi ke tempat yang dituju. habis RM6 untuk jarak yang boleh dijalani oleh kakiku. sungguh aku rasa tertipu!

aku masuk pulak dalam Celcom Center berwarna biru. aku tanya pak cik yang berdiri di muka pintu. boleh tak guna lesen untuk renew. katanya tak boleh ic jugak yang aku perlu. kenervousan aku mula menghantu. aku masuk beli sim card baru. habis RM30 tak pe untung baru. boleh cakap lama-lama tak payah pikey haru biru. RM 25 dapat kredit sudah tentu.

aku masih tak puas hati. kakak kat dalam kutanya lagi, "boleh tak kak renew sim card tak de ic" ternyata kakak itu kakak baik hati. bukan macam pak cik tadi. menyusahkan orang je reti. aku gi ke kaunter renew sim card dengan berhati-hati. nyata akak itu jugak baik hati. kuhulur lesen dia terima dengan senang hati. confirm malu pak cik yang mula-mula tadi. padan muka!

then bergerak pulak ke Bank Simpanan Nasional nak masukkan duit cek daripada Nuffnang dalam akaun itu. seriously ini pengalaman baru bagi aku. sekarang perasaan orang dewasa baru aku tahu. pegang cek nilai kecik pun dah berbunga-bunga hati aku. ternyata blogging tak sepenuhnya buang masa aku. tapi banyak jugak la yang terbuang sudah tentu.

then masuk Parson pulak sebab nak rasa air conditioner kat situ. teringat kenangan aku dengan pak we aku dulu. aku jalan je stret buat-buat tak tahu. jumpa cadar Powerpuff Girls yang cantik berhantu. heikk bukan cantik macam hantu. aku beli sebagai cadar pengganti katil aku yang dah buruk itu. warna turqoise pilihan hatiku. then balik naik bas dalam pukul satu.

ic aku tak de and aku still tak buat yang baru. confirm lepas ni habis RM100 pulak duit aku. tak pe ada hikmah di sebalik setiap kejadian sudah tentu. maybe ALLAH nak suruh aku ada ic yang cantik sebab aku dengar ada dua gambar la canggih gitu. yang lama gambar hanya satu. aku try jadi positive dalam hal tertentu.

:'D <<<  menangis dalam tertawa

5 comments: