Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, September 24, 2013

Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

suatu ketika dulu, muja pernah punya sebuah diari setiap tahun. penuh dengan cerita tentang crush muja yang kekal sehingga tingkatan lima. lepas dia tamat sekolah dan saya masih dalam sekolah tu, saya berhenti tulis diari. kesan daripada itu, sampai sekarang pun masih terasa. lepas tu, muja tahu pasal blog dari kawan yang mempunyai kemudahan internet terlebih dahulu. mulalah rasa untuk berblog membuak-buak. lagi mudah untuk berkongsi dengan berblogging.

apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging
my beloved diaries: form 2, form 3, form 4, form 5 tu crush dah keluar. diary tak diperlukan lagi,
bila saya mula berfacebook dan berblog, saya mula tahu tentang affiliates, ebooks, advertorials, advertisers, backlinks, reviews dan semua yang boleh menjadi sumber pendapatan melalui blog dan social medias. semuanya datang daripada semua bloggers yang aktif membuat duit dengan blog seperti denaihati.com , eyriqazz.com dan ahmadfaizal.com .

justeru, muja rasa, daripada menulis tanpa dapat apa-apa, baik juga buat sesuatu dengan penulisan yang muja buat di blog muja. apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging adalah cara-cara untuk meyakinkan pembaca dengan apa yang kita coretkan di blog kita. apabila pembaca yakin, itulah permulaan kita mula berupaya membuat duit dengan blogging

Buat Duit Dengan Blogging Sangat Lumayan


suatu ketika dahulu, ramai yang mengatakan sentiasa berada di atas talian adalah sekadar membuang masa. sekarang, beratus blog tumbuh setiap hati kerana manusia sudah sedar yang blogging boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. mereka mula sedar apabila sudah ada full-time blogger menjadikan blogging sebagai sumber pendapatan yang utama.

bukan hanya blog informasi yang menjadi tumpuan para advertisers, blog personal juga mula mendapat tempat di hati pengiklan apabila blogger-blogger ini tahu cara-cara memikat hati para pengiklan. mereka yang berjaya memikat hati pembaca hanya dengan menulis aktiviti harian sememangnya sangat hebat. betapa kita boleh membuat penulisan menjadi begitu berkuasa.

Buat Duit Dengan Blogging Sangat Menarik


buat duit dengan blogging sangat menarik kerana ia menggunakan medium yang disukai oleh semua orang iaitu internet. saya boleh dikatakan ketagih internet tetapi saya tidak rasa itu sesuatu yang negatif apabila sudah terbukti blogging boleh jadi satu pekerjaan yang lumayan.  ianya sangat menarik apabila mereka yang bukan dari kursus penulisan dapat menarik ramai pembaca yang setia.

kalau nak contoh blogger yang buat duit yang baik, bukan saya orangnya tapi saya percaya, buat duit dengan blogging adalah cara buat duit yang sangat efektif dan menghiburkan. seperti biasa, kita akan lebih gembira apabila kita buat perkara yang kita suka. samalah juga dengan blogging. suka blogging dulu, duit akan datang kemudian.

click untuk join --)) Mini Contest: Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

“Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu TitanJuan dan Suri.”

17 comments:

  1. setakat ni duit belom menjadi lagii..hehe masih usaha..

    ReplyDelete
  2. ya. stuju dengan pendapat aw. apa pun i wish u luck :D happy blogging

    ReplyDelete
  3. mesti banyak sangat pengalaman menulis ni

    ada diari lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam diari tu penulisan lagi merapu.. sejak ada blog kena jd skema sikit.. hehe

      Delete
  4. datang belajar dkt sini..gud luck muja...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, bila ena berblog ni, makin murah rezeki ena atas usaha sendiri... hehehe

    ReplyDelete
  6. fae belum lagi ke tahap tu. blog masih 'baby'. hehe.

    ReplyDelete
  7. mai dh brape thun blogging baru letak nuffnang...wlupn xbyk, tp ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik ada dari tiada.. yang penting blogging tu perkara yang kita suka..

      Delete
  8. alhamdulillah..rezeki muja..nad belum lagi dapat..hehe

    ReplyDelete