Entry Yang Dikatakan Terlalu Peribadi - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, November 07, 2013

Entry Yang Dikatakan Terlalu Peribadi


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Muja ada satu soalan yang terlalu lama dah Muja simpan dalam hati ni. So, for this entry, I have a question for you.

Sad Girl, Perempuan Sedih
i have feelings and i am not afraid to show it
Bagaimana korang semua bezakan entry peribadi dengan entry tak berapa peribadi di sebuah BLOG PERIBADI tapi untuk bacaan semua orang yakni di sebuah blog yang tidak diprivate. hope korang faham ayat panjang giler nih. kih3

Jawapan Muja dulu: 

Bagi Muja, tak kiralah entry bercuti, entry cinta, entry sedih, entry duka, entry projek amal, entry giveaway, entry segment, entry raya, kalau entry tu DI BLOG PERIBADI, dia tetap peribadi. So, tidak perlu nak kata pembaca tidak suka membaca entry yang peribadi walhal dia tengah membaca sebuah blog peribadi. Dah namanya pun blog peribadi, logik la benda-benda peribadi kat situ. -.-'

Tak payah la baca blog yang bercerita pasal honeymoon di Korea sebab perkara itu peribadi. Honeymoon kan. Peribadi tu. Kalau gi sesaje pun jangan cerita, peribadi tu. Macam tu ke? Dah kalau semua benda yang orang lain anggap terlalu peribadi walaupun kita rasa boleh je dishare tidak boleh ditulis di blog sendiri, apa lagi yang kita boleh coretkan?

We are talking about a personal blog and yet yang banyaknya pasal gosip artis. Gitu ke baru tak dinamakan peribadi? Eh, peribadi jugak, tapi peribadi orang lain. Bukankah itu lebih teruk daripada yang teruk? LOL. Blog gosip tak kena pulak 'TERLALU PERIBADI NI.. Peribadi orang' -.-

'TAK PAYAH LA SHARE HAL-HAL PERIBADI'. Hal-hal peribadi ni banyak sebenarnya tapi people nowadays tend to focus on love story as a personal stuff yang tidak boleh diceritakan di blog. Macam mana kalau Muja tak rasa love stories tu sebagai hal-hal yang peribadi yang tak leh di share? For me, kisah cinta tidak terlalu peribadi untuk dikongsi and i dont blame people for having an opposite opinion than mine. Hope you too won't mind if I have a different opinion than you.

Ada pulak yang cakap ramai pembaca tak suka entry berbentuk peribadi. Aikk, bukan sudah kubilang, this is a personal blog and in case pembaca tak suka, seriously, tiada yang memaksa blog ini dibaca. Cuma kalau ada yang baca, kita rasa puas hati dan suka. Itu saja. Kalau tak share benda peribadi, nak share pasal apa di sebuah blog peribadi? Muja anggap entry makanan kegemaran peribadi. So, tak leh nak share ke kat blog sendiri? Dah kalau ada yang tak suka entry makanan kegemaran Muja yang peribadi ni nak buat cemana? 

'JANGAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI'. Bagi Muja, apabila seseorang tu dah sanggup nak tulis entry tu dalam blog peribadi dorang, itu bermaksud dorang dah tahu yang entry ni takkan menjatuhkan maruah mereka, takkan buat mereka rasa malu, tak kisah kalau orang nak cakap apa. Memang entry itu tak buat Muja rasa malu. So? Memalukan diri sendiri berlaku apabila orang lain yang membaca tu melihat sesebuah entry itu sebagai satu perkara negatif yang memalukan. 

Komen yang menyokong dan membenci pun akan dipublish dengan sesuka hati. Oh, I really did it in the entry. Oh, every single comment I published. Oh, Muja tak reply. Sorry. For example, kalau Muja tulis entry yang Muja suka macam perut ayam masak percik, dan korang rasa perkara itu memalukan, Muja tak boleh buat apa. Itu sangatlah terpulang kepada kamu untuk menilai. Muja pula tetap akan kekal dengan perkara kecintaan Muja itu. :)

'JANGAN BERKONGSI PERKARA YANG TERLALU PERIBADI'. Kita bercakap pula about the word terlalu. Terlalu ni bermaksud sesuatu tu dianggap melebih-lebih, over the top. However, malangnya, keterlaluan perkongsian itu tiada alat pengukur. Tak semestinya apabila seorang manusia itu anggap keterlaluan, Muja pun kena anggap perkara itu keterlaluan. Kalau Muja cakap entry korang cakap Saya Tak Pandai Masak itu keterlaluan cemana?

In my opinion la, perkara yang terlalu peribadi adalah perkara yang akan affect diri sendiri bila kita tulis dan dedahkan kepada orang lain. Tu pun kalau kita memang rasa affected la. Kalau memang kita rasa. Kalau tak rasa affected, then for me, it is not Terlalu Peribadi lagi. Get it?

Sebagai contoh; Someone cakap dia ada kurap kat perut ke.. Ya, it terlalu peribadi sebab akan buat orang menjauh dari kita. Or someone gitau nombor kad pengenalan or nombor handphone secara public. Ia terlalu peribadi sebab membahayakan diri sendiri seperti ceroboh akaun. Kalau tak suka baca entry peribadi, gi blog informsi macam blog fuh.my ni. Kalau meluat baca, tak perlu baca. senang kan? Ni tak, yang rasa meluat tu la dok klik older post manjang. :P

Atau mungkinkah hal-hal peribadi ni hanya akan dikatakan terlalu peribadi apabila diceritakan di sebuah blog picisan yang tak famous macam blog Muja ni je? Sebabnya ramai blogger yang salu update pasal kehidupan mereka. Siap letak gambar suami, isteri, anak tapi tak de pulak dihentam sebagaimana yang Muja pernah kena. Mungkin sebab dorang sudah mencipta nama yang besar dalam blogging world ni. 

However, entry memfitnah, entry mengutuk, entry mengumpat, entry cakap orang ni begitu begini, blog peribadi begini Muja rasa memang tak patut but kalau ada yang nak tulis jugak, it is up to them. Pahala dan dosa hak sendiri.

Di blog Muja pulak, Muja tak rasa hape-hape yang pelik pun berkongsi semua yang ada yang merasakannya peribadi atau non peribadi sebab I am always talking about myself. Rasanya tak de lagi Muja bercerita perkara buruk siap ngan tulis nama orang yang Muja maksdkan di blog Muja ni. Cuma adalah entry yang macam sadis-sadis sikit, sesajak sikit, yang menggambarkan peristiwa yang berlaku but secara indirect sahaja.

For your information, hal Muja gaduh ngan kawan berbulan-bulan, hal Muja clash, ex kawin, gf kepada ex bf call, Muja tak tulis lagi setakat ni. Maybe this type of stuff la kot yang Muja anggap terlalu peribadi. Wah, now I know. Hahaha.

Mereka yang tak suka entry yang dorang anggap dan klasifikasi sebagai peribadi tu kena terima yang dalam sebuah blog peribadi itu, bukan semua entry akan menepati citarasa mereka. Dalam sebuah novel, ada chapter yang kita suka, ada chapter yang kita main skip pages sesuka rasa kan? Tak gitu? Korang lak cemana?

Keep loving, Stop hating.

47 comments:

  1. Mungkin dia ada masalah "peribadi" kot hahaha, rasa nya ada baca kat fb pasal orang yg kata jangan tulis cerita peribadi ni, tapi lupa dah bila.

    Keep blogging!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada nampaknya,,, bukan mungkin lagi,, kih3,,, keep blogging too :D

      Delete
    2. Persepsi masing2... terpulang pada penilaian memasing :D

      Delete
  2. kalau orang yang macam tu biasenye die tak suka dengan keperibadian seseorang tu.. die lebih suka pada benda yang pelik dan menarik perhatian.. don't feel sorry for that ..just move on.. ignore them .. :) fighting!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin la kot,, sebab blog peribadi ni not much to read,, huhuu

      Delete
  3. Hehe... Now 7 peepers termasuk akak sdg ngintai dlm blog Muja nih. But, akak always giving comment... coz I like your blog... Tulus lagi mulus dari hati ke jiwa yg comel Muja nulis nih....
    Setuju ngan Azman di atas memang dia bermasalah peribadi dok peeping mencari salah dan silap orang tulah sebabnya jadi mcmtu... ISA (Ikut Suka Aku) sudahlah Muja... Keep up blogging.
    Blog ibarat diari. So pandai-pandailah dan ISA lah mendiarikannya. Tak suka kalu... bleh klik pangkah kan... Camtu gaklah ngan blog akak yang tak hebat manapun tu... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar kak,, biasalah tu,, tak semua boleh suka kita sebab kita pun tak suka semua orang,, :)

      Delete
  4. rilex n chill...ingnore others and be yourself...

    ReplyDelete
  5. Mst org yg komen positif tu de mslh jiwa... Dh nma pun blog peribadi..mstlah hal peribadi kita.. Asalkn keperibadian yg kita citer tu tak aibkn sapa2 atau takaibkn diri sndiri... Its ok je bg saya... Ikut kitalah nk citer apa sbb blog kita kn.. Huhu.. Abaikan aje komen2 negatif mcm tu..

    ReplyDelete
  6. kdg2 rsau jg berblog ni.. Blog sy byk entry psl wedding sy, kisah cinta sy, zmn sekolah dlu2..ntah2 ada yg x suka. Takut2 kalau yg x suka tu dr org terdekat kita. T_T

    ReplyDelete
  7. Zara stuju sgt ngan muja. Xpe muja, pandangan org xsame. Yg pasti kita slesa dgn hasil tulisan kita dan bkongsi hal pribadi blandaskn limit tertntu. Truskn bkarya muja.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, everyone has their own limits,, i know my limit,, you know yours,, kita sesama tahu and menulislah tanpa go beyond the limit k :D

      Delete
  8. Kalau x suka x yah la baca.. Alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is as simple as that but a lot of people just dont get it,, sabo jela,, kah3

      Delete
  9. Replies
    1. wah,,, selera nak makan nasi lemak lak dah hari ni,, hehe

      Delete
  10. yang penting tulis yang baik baik je..hal yg terlalu peribadi tak perlu..macam hal cinta..love is private..sikit2 xpe..jangan sampai buat orang meluat..whatever peribadi it is..tetap ada yang suka ada yang tak..bergantung pd pembaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. love is private,, sikit2 tak pe,, but that sikit2 berbeza for each one of us,, we have own sikit2,, huh,,, meluat tu dah tak leh nak buat ape,, bukan semua boleh suka and tak suka kat kita kan,, huhuuu

      Delete
  11. oh sedikit pening sbb bnyk perkataan peribadi..anyway utk keringanan pemikiran, abaikan apa org cakap..buatlah ssuatu tu selagi ia tak salah disisi agama mahupun undang2..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sebab perkataan ini yang sekarang menjadi isu,, yup,, tengah berusaha utk mengabaikan,, huhuu

      Delete
  12. meluahkan apa yang rasanya nak diluah...peribadi?jangan sampai perkara yang negatif contohnya tentang keburukkan seseorang diberitahu dengan jelas dan terang,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. peribadi ni, kita cakap pasal diri sendiri je, kalau dah pasal orang lain tu,, bukan peribadi dah,,

      Delete
  13. kahkah kesian kau memang patut dikeji sebab bodoh jaja cerita peribadi yang buat ramai orang rasa nak muntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh sini cerita yang peribadi sangat tuh. pastu jangan lupa tinggalkan link blog sendiri. apa barang jadi anon. nak tengok entry kau buat orang muntah ke telan balik muntah.

      ps- ni mesti jenis tak baca entry sampai abis. boooo

      Delete
  14. By the way tgk jln cerita. Kalau peribadi yg memalukan baik x yah cite contohnya pengalaman kena buang kerja ke. Tapi pengalaman pergi bercuti itu kena cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. bagus,, i am sure mizi gets what i mean. tq mizi :)

      Delete
  15. betul tu muja... orang yang tak reti nak bezakan semua ni akan kata begini.... kalau bab2 tulis mengutuk orang ni, memang tak patut tulis la... sbb itu memalukan diri sendiri dan mengaibkan diri sendiri... bila benda tu dah jd camtu, so medium tu dah jadi haram sbb menjatuhkan maruah diri dan orang lain

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. yup. tak penah muja rasa mengaibkan diri sendiri or org lain di blog muja ni.. cuma ada yg terasa bila entry general kena dengan diri dia sndiri.. nk buat macam mana kan.. huhuu

      Delete
  17. caro kak org eh muja..blog kito ikut kito la...klu ore dok suko x po...tu sebagai penambahbaikkan diri kito
    kade2 keno tulih jugok bendo2 peribadi dalam blog baru sedak kelih..ni spesen jah entry...ko guano muja??

    ReplyDelete
    Replies
    1. muja suke baca love stories that is why i love writing love stories too.. :-)

      Delete
  18. hehehehe blog kita :) kita ada hak sepenuhnya untuk taip apa yang kita suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. and kita dah bersedia tanggung apa sahaja risiko. termasuk risiko orang yang tak henti-henti datang ke blog kita sebab katanya 'meluat' dengan kita. kih3

      Delete
  19. Lyeen suka baca kisah peribadi someone yg dia share kat blog.. sbb perkongsian tu kdg2 membuka mata kita. lagi2 yg emo-emo..ahahhaa..suka baca sbb org mo ni kdg2 byk idea x dirancang...:p

    maybe la..:)

    ReplyDelete
  20. kita ada hak kita muja..its our blog not them..kalau diaorg tak suka diaorang boleh taknak baca..just abaikan org yang terlalu dengki tu..

    ReplyDelete
  21. selalunya yang kutuk2 kat blog mesti jadi anon kan..apa barang kutuk2 guna anon..nampak sangat penakut..kan3

    ReplyDelete