Pertama Kali Membayar Domain Dot My - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, November 15, 2013

Pertama Kali Membayar Domain Dot My


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Peserta Giveaway Domain Percuma mesti tahu yang reseller kami yang sebelum ni dikatakan bermasalah. Berlaku beberapa kali gangguan menyebabkan blog kami tidak boleh di akses. Paling lama berlaku selama 3 hari. Tindakan yang diambil juga agak lambat.

Ada pula yang cakap domain percuma, macam nilah. Macam kami lak yang salah. Padahal depa yang offer. Amboii, yang percumanya setahun je. Kalau dah macam ni servisnya, takkanla kami nak stay ngan depa untuk tahun-tahun seterusnya. Yang ruginya tetap angpa semua. :P

Nasib baik blog Muja bukanlah tempat utama mencari pendapatan. Tu pun dah rugi. Pageview mendadak turun. Kalaulah terjadi kat blog yang memang digunakan oleh blogger sebagai pekerjaan tetap, dah berapa banyak dorang rugi. Masa bermasalah hari tu, Muja sendiri dah bercadang nak tukar ke domain dot com memandangkan harga domain dot my sebenar agak mahal.

Sebab sayangkan domain ni, Muja tunggu juga. Muja tunggu sampai Kak Fatin bagi arahan. Kami sebagai pengguna dot my di bawah satu bumbung, selalu berbincang di group blogger dot my. Alhamdulillah. Semuanya memahami. Kami semua berpakat untuk menukar reseller sedia ada kepada reseller yang baru. 

Muja nak berterima kasih banyak-banyak untuk Kak Fatin sebab dah sudi bekerja keras untuk dapatkan harga yang terendah untuk pengguna dot my yang mendaftar di bawahnya dulu. Kami tahu, bukanlah satu perkara yang senang untuk berurusan dengan mereka di pihak atasan, tapi Kak Fatin tetap berusaha keras untuk kebaikan kami semua.

tetiba gambar 8share. bukti 8Share bukan scam. ramai sangat yang tanya. terselit. hahaha.

Hasilnya, walaupun reseller bertukar, harga domain kami hanyalah RM28 berbanding harga sebenar iaitu RM90. Walaupun berlaku kenaikan sebanyak RM8 berbanding harga yang ditawarkan saat mula-mula kami mendaftar, kami tetap berpuas hati sebab kami tahu keadaan sebenarnya. Yeaah, pengguna dot my membawa imej negara ok. :)

Dengan ini Muja mengisytiharkan, semalam adalah kali pertama Muja membayar domain. Hahaha. Setahun yang lepas domain percuma. Jangan jealous yer. Just now baru lepas bayar untuk Alfafa dan Lecithin Shaklee. Semuanya dengan duit blog. Sapa kata blogging tu buang masa? Booo :P

Ps- Sedap pulak dok play lagu Relakan Jiwa nyanyian Hazama nih. Wassalaam

16 comments:

  1. Nina tak cashout lagi 8share nina .. huhhuu~

    ReplyDelete
  2. blog fae belum stable enough to get my enough domain hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. No laa.. Mana mana blog pun boleh berdomain.. Tak de stabil tak stabil dah. Huhuu

      Delete
  3. Tahniah dapat cashout dari 8share...Hehehehehe

    ReplyDelete
  4. Renew 10 tahun terus domain tu.. murah kan.. hehe..

    ReplyDelete
  5. wow masyuk tuk...berapa setahun harga domain tu...

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat cash out 8share. Saya duk tunggu meter earning ni slow gila. Huh

    Btw, untuk renew domain tu nanti berapa? Still RM28 setahun jugak ke

    ReplyDelete