Fitnah Itu Lebih Besar Daripada Membunuh - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, December 02, 2013

Fitnah Itu Lebih Besar Daripada Membunuh


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Fitnah, Fitnah Lebih Besar Daripada Membunuh, Membunuh

fitnah itu pemusnah yang terang nyata lagi bersuluh
fitnah itu bagaikan api besar yang mulanya dengan hanya dicucuh
fitnah itu tidak akan hadir kalau tidak bagai disuruh-suruh
fitnah itu yang nyatanya lebih besar daripada membunuh

kau, hadir dengan senyuman palsu untuk semua yang mengenalimu
datang seakan-akan sahabat padahal engkau bagaikan hantu
kau datang menghulur tali persahabatan yang kini jelas palsu
kau datang dengan niat yang satu, menghancurkan aku

kau berpura-pula dengan kata-kata yang manis bak madu
ye aku mengaku aku juga sudah pernah tertipu
kau hanya mengambil kesempatan atas kenaifanku
menggunakan semua yang kau punya untuk manfaatmu

kerana kau aku hilang dua sahabat yang aku sayangi
kau penghasut, menghasut supaya aku dibenci-benci
hati kau penuh dengan nafsu serakah dan hasad dengki
buat hidup kau tak senang apabila kau tidak menyakiti

aku tak pasti setelah aku tahu segalanya kau akan aku maafi
kehilangan yang kau lakukan tidak tahu bila akan kembali
kau pengkhianat tersembunyi yang sentiasa menjadi duri
sembilu yang kerjanya hanyalah untuk menyakiti

ps- kalau kau baca, kau terasa, kau tahu malu, kau unfriend aku sekarang sebelum aku yang unfriend kau, pakej sekali ngan block. :)

8 comments:

  1. MasyaAllah ;( Tapi skg fitnah itu biasa sahaja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit giler hati ni bila tahu dia yang dok cucuk cucuk orang kasi muja dibenci. kebangan*an terserlah gitu lorh

      Delete
  2. fitnah tu dah mmg mudah zmn moden ni.. tak pe.. terlpas di dunia.. akhirat tak kan terlepas..

    ReplyDelete
  3. Rilek muja,,fitnah perkara biasa bagi org mcm tu.. ko tenang2 je. Dia akan dpt balasan jgk.. biar dia face2face dgn kau.kat situ ko tnya la kno dia fitnah kau,,, klu dia masih xnqk ckp xdak jln lain ko tampar dia mcm penampar buaya tu.kbaiii

    ReplyDelete
  4. Muja, same goes to me... apa yang brlaku..aku juga prnah rasa... be brave huh :)

    ReplyDelete