Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraf Tangan Kelantan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, December 16, 2013

Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraf Tangan Kelantan


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Sepanjang cuti ni, serasa mood blogging agak kelaut padahal masa banyak free ni la nak pulun naikkan blog tersayang ni. Sebenarnya Muja agak sibuk bekerja dalam musim cuti ni. Ada kelas tambahan untuk budak-budak dan jadi translator. Tak pelah. Dah setakat ini kemampuanku. T_T

Hari ini tercapai juga impian Muja untuk sharing dengan korang tentang sebuah restoran yang bertaraf must-visit kalau korang semua datang ke Kelantan. Restoran yang Muja maksudkan adalah Restoran Ulam Cikgu di Pengkalan Chepa. Barangsiapa yang datang ke Kelantan dan terlepas makan di sini, maka tergolonglah dalam golongan orang yang rugi. Ekekeke

join Churp2 Here. events, products. fuhhh :D

Muja ada juga cuba cari peta untuk korang, tapi yang ni je yang paling kecik yang Muja dapat, iaitu Taman Orkid. Rasanya memang dah dekat dengan tempat ni. Senang cerita, sampai je simpang empat dari Kubang Kerian, masuk kiri, trafik light kedua lepas masuk situ, ada tempat yang ada bangunan macam rumah di zaman silam gitu. Sebelah dia ada Dewan Badminton. Situ la dia. :)

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Sebenarnya dah banyak kali jugak Muja datang ke Restoran Nasi Ulam Cikgu. Kali pertama dengan sepupu yang selalu hantar Muja ke IPG. Kali kedua dan ketiga dengan Alang (kalau tak silap) dan latest Muja pergi sini dengan sepupu Muja yang baru balik ke Kelantan dari Sabah. Dialah belanja menjadikan proses makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu pada hari itu tambah menyelerakan. Hehe.


Restoran Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kampung Kraf Tangan, Pengkalan Chepa, Kelantan ni memang sangat terkenal. Kalau tak silap pernah juga program Jalan Jalan Cari Makan membuat penggambaran di sini. Pelbagai anugerah juga sudah dirangkul oleh restoran ini. Antaranya adalah Anugerah Kedai Pilihan Pengguna 2006/2007. Hebatkan?

Kelebihan yang jarang ada di Restoran Nasi Ulam Cikgu ni adalah makanan yang disediakan di situ. Makanan berasaskan kampung adalah menjadi menu utama seperti budu sebagai makanan ruji orang Kelantan, ulam-ulaman, ikan keli, ikan bakar tawar, dan lain-lain. Memang syok pelajar yang dok asrama macam Muja makan kat sini. Dah rasa macam makan kat rumah je. Best! :D

Ulam raja, Restoran Nasi Ulam Cikgu, Restoran Makanan Kampung

Ulam yang disediakan di Restoran Nasi Ulam Cikgu rasanya memang tak dikenakan bayaran. Segar-segar. Muja syak memang tauke dia ada kebun ulam. Wallahu a'lam. Ambillah banyak mana pun. Jangan sampai membazir. Mana tahu tuan dia tetiba datang mood minta bayar pulak :P

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Amir yang memang kelaparan hari tu pilih makanan like a boss pada hari tu. Main ambik je. Mana taknya dah semua menyelerakan. Plus ada yang tukang belanja. Tempat makan dia memang sempoi. Rasa macam dok istana jamang dulu je. Kebetulan pulak, masa kami pergi, orang pejabat tak keluar for lunch lagi. Senang kami cilok lauk. Dok kejap baru ramai orang. Ekekeke.

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Ni adalah makanan kami pada hari itu. Dua ketul ayam goreng, ulam-ulaman which my favourite is ulam raja, nasi tiga pinggan, air tiga gelas, perkakas budu, sayur air, ikan keli percik, ikan percik, dan buah tembikai. Korang mesti terkejut to know that everything I mentioned above costed only RM23 which is very cheap. Ani, my cousin pun terkejut sebab kitorang memang melantak sakan. :)

Ok lah. Toodles. Wassalaam :D

14 comments:

  1. Tak rajin gi lagi sinih! nok tra ehh..

    ReplyDelete
  2. Ambo oghe Kelate pun tak ajin lagi sapa sinih nih. Memey bunyi soho lamo doh tempat ni nih..

    ReplyDelete
  3. muja nnti kito g duo deh
    buleh elaun kito g date sno :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bereh,, kalu ngan nazim,, nyiru muja tadahkan,, haha

      Delete
  4. lamo doh gi sini..ikan keli afrika sedak weih..

    ReplyDelete
  5. tak sampai lagi walaupun ore klate..haha

    ReplyDelete
  6. pernah lalu je kot.. :) singgah tu tak pasti.. semua tempat saye pergi.. sampai pendalaman melawi tuh.. Bachok.

    ReplyDelete
  7. Baghu dua minggu lepah ambo gi hok di Kampung Kraftangan.

    ReplyDelete
  8. Selain tu,makanan apa lagi ada kat sana????

    ReplyDelete
  9. wah.. mmg betui ulam nih... menimbun gtu... aweks muda la muja nnt..

    ReplyDelete
  10. Kalau sampai kelantan boleh singgah sini...

    ReplyDelete
  11. +artie berbangga dengan pencapaian peniaga bandar KB nih. Berjaya komersilkan makanan budaya yang sememnagnya dari budaya kita turun temurun. Memang penuh sokmo Nasi Ulam Cikgu nih, termasuk oulet nih yg dekat jew dengan homestay artie di Taman Desa Kemumin. Antara tempat yang artie natasha recommmend kepada pelanggan homestay artie jika maghi melawat bandar KB.

    Thanks share @normujahidah. Maghi melawat KB weihhh :-)

    ReplyDelete