Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Alhamdulillah. Semester ini kami pelajar TESL 2 berpeluang belajar muzik sebagai subjek minor. Mulanya rasa takut juga sebab dengar pasal tak baik main alat muzik. Lepas tu, kawan Muja cakap jangan sampai melalaikan.
Contohnya, sebab main muzik kita tinggalkan solat atau terus lupakan segala kewajipan kita yang lain. Senang cerita, apa apa sahaja yang melalaikan adalah tidak baik. Pandai pandailah kita mengawal kehidupan kita.
Apabila belajar muzik, Muja betul betul rasa seperti diberi peluang untuk meluahkan perasaan. Pensyarah cakap, zaman dia sekolah dulu, muzik pun dia belajar bersungguh sungguh. Itulah masanya untuk melupakan sekejap tekanan belajar dalam diri.
Lain dengan sekarang. Masa muzik atau pendidikan seni dikorbankan untuk mata pelajaran yang terlibat dalam peperiksaan utama. Murid hilang masa untuk bermain padahal zaman kanak kanak adalah masa untuk mereka menjadi kanak kanak. Bukan ditekankan untuk menjadi alat naikkan taraf sekolah.
Semoga pendidikan muzik yang Muja pelajari akan bermanfaat nanti. Amiin.
Ps- gambar ni masa kami masuk bilik muzik buat pertama kali. Muja suka. Boleh menyanyi sepuas hati lepas ni. Kih3
amboih.. sukanya dia masuk kelas music yea.. cer nyanyi lagu siti sikitt.. heee
ReplyDeletemestilah suka,, ekekkee
Deletebagus la..belajar yang sama macam saya..cuma saya sepenuh masa tentang muzik :D
ReplyDeletemoga bermaanfaat.. amiin
Deletememang kebanyakkan student nak jadi guru ni akan ambil kelas muzik. hoho..
ReplyDeletenk.request lagu la encik.. hehe
Deletebelajar instument sekali ke muja? amik gitar la leh buat cover album youtube..hehehe
ReplyDeletemuja belajar keyboard.. huhuu
Deletebest masa beljr muzik dulu..time tu la ditunggu-tunggu..haha
ReplyDeleteuish nad 3 kali sehari makan..haha..pagi tegahri dan malam..haha
ReplyDelete