Dia Suami Wahai Isteri - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, February 21, 2014

Dia Suami Wahai Isteri

Dia Suami Wahai Isteri | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Hari ni puisi di blog aku tentang suami. Walaupun aku sendiri masih belum punya lagi, aku tersentuh dengan senario yang berlaku hari ini. Kenapa institusi kekeluargaan rapuh bagai embun pagi. Tiup sikit je terus lari. Yang lebih menyedihkan, semakin banyak pula isteri yang menjadi punca, tidak lagi seperti zaman dulu-dulu. Seriously, saya malu. :'(

dia suami wahai isteri, keluarga bahagia, tanggungjawab suami isteri
Dia suami. Dia imammu. Dia pemimpinmu. Jagalah hatinya, syurga milikmu.

Aku hairan sendiri sebagai anak yang selalu menyakiti hati ibu
Hati ibu yang melahirkan aku ke dunia ini setelah sakit seribu
Sanggup pula aku selalu saja berasa tidak puas hati di sini di situ
Padahal pasti naya diri sendiri jika air matanya jatuh sebab aku

Sama juga hairan aku dengan mereka yang bergelar isteri
Mungkin suatu hari nanti aku hairan juga dengan diri sendiri
Hati suami yang wajib disayangi dicintai  tanpa segan silu disakiti
Ditoreh-toreh bertubi-tubi dengan belati yang membelah hati
Tidak gerunkah para isteri akan 'faedah' dari perbuatan itu nanti??

Tidak takutkah kita akan nasib di akhirat kelak yang menanti
Menderhaka dengan suami dengan menyakiti hatinya tanpa henti
Bukankah Rasulullah SAW juga pernah bersabda sendiri
Kalaulah umat manusia ini dibolehkan bersujud pada suami
Rasulullah akan menyuruh kaum isteri bersujud pada suami

Wahai kaum isteri sekalian yang bakal menjadi bidadari
Setinggi manapun pangkatmu dalam senarai kerja alam duniawi
Tidak kiralah wang kepunyaanmu itu berjuta-juta berguni-guni
Ingatlah selalu yang masih ada lagi dia yang lebih tinggi
Dialah yang merenungmu di sana, ya, dia yang namanya suami.

Buat suami, sayangilah isteri, amanah dari Allah untukmu ini
Isteri yang hanya punya air mata di saat benda di bahu terlalu berat dirasa
Peliharalah hatinya agar tidak lemah menjalankan tanggungjawabnya
Dia perlukanmu meluruskan jalan hidupnya yang berliku-liku
Sokonglah dia nescaya kamu juga akan turut bahagia. :')

Akhir kata,
Mungkin mereka yang menyokong Feminisme ciptaan barat, mereka yang mengatakan mereka anti-poligami, akan tercalar hati dengan entri ini. Namun aku minta, fikirkan setiap bait ayat. Ketahuilah yang benar tetap benar, walaupun pahit untuk ditelan. :'(



12 comments:

  1. Assalamualaikum muja, bestnya baca. tersentuh sangat. terasa rindu kat my zauj ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalaam sheila,, untungla ada zauj nak rindu2 :3

      Delete
  2. Suami dan isteri ibarat sekeping hati
    Perlu dibelai dimanjai berhati-hati
    Bak isteri dicipta dari tulang rusuk kiri
    Dicipta bukan untuk disakiti
    Dikurnia untuk menjadi teman sejati =)

    ReplyDelete
  3. Kalau suami isteri okay lagi tetapi yang baru pakwe makwe sudah macam suami isteri. Siap cium tangan pakwe lagi.

    ReplyDelete
  4. Sebelum jejak alam pkahwinann.. kita perlu tau diri kita dah bsedia atau tak ntuk galas tgjawab masing2. Bukan mudah mjalankn tggjwb suami isteri ni tp xmustahil ntuk d lakukan . Bpegang pada yang satu.. insyallah, Allah akan akan tunjukkn jalan bg tiap2 masalah. Sbaik nya.. elakkn laa pceraian.. nahuzubillahminzalik. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. muja nak kawin sekali je.. tanak cerai ke.. curang ke.. amiin..

      Delete
  5. tu dia..dah nampak dah ciri2 ke arah sana..ehhe

    ReplyDelete