Kenapa Facebook Tidak Terkalahkan Oleh Google Plus - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, February 02, 2014

Kenapa Facebook Tidak Terkalahkan Oleh Google Plus

Kenapa Facebook Tidak Terkalah Oleh Google Plus


Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Harapnya blog Muja tidak diban oleh Google bila menulis artikel ini. Ini semata-mata luahan hati. Tak de la sampai Google Plus ni kubenci. Aku tetap pengguna Google+ sejati. Kah3

Ceritanya begini, selalunya Muja hanya share entry di community Google Plus yang Muja sudah senaraikan. Suatu hari, Muja tergerak hati untuk share di community lain. Setiap satu community, Muja share sekali je. Ada group HTML, and others. Lebih kurang community blogger jugak. So, pada pandangan Muja, tak salahlah. Rupanya salah.

Terus dapat email dari Google Plus Team on that very day.

facebook tidak terkalah oleh google plus, facebook vs google plus
Amaran Dari Google+

Kata Saudari Akma Omar, mungkin ada yang report entry Muja sebab mereka di Google Plus sangat mementingkan kualiti. Muja syak mereka yang dalam community itu tak terima blog selain blog Inggeris kot atau artikel yang Muja share tak sesuai dengan community tersebut. Entahlah apa sebabnya but yang pasti, Google Plus Team cakap Muja dah violated policy dorang. Huhuhuu

Muja yang sangat noob ni ingat, kalau ulang share beberapa kali di tempat yang sama barulah dianggap spam, tapi share sekali setiap tempat pun salah jugak kalau tak kena dengan tempatnya terutamanya di Google Plus. Terus kasi amaran kalau buat lagi mungkin tak leh guna dah banyak produk Google. Terus rasa down bila kena marah. Dengan Google je pun. Kah3

Facebook VS Google Plus


Inilah bezanya Google Plus dengan Facebook. Masa mula-mula Muja guna Facebook Send Button, Muja overused sebab nak share Giveaway yang Muja anjurkan. Muja tak tahu tentang spamming boleh terjadi dengan sharing berulang. Masa tu yang Muja tahu spamming hanya berlaku bila letak link di bahagian comment sahaja. See? As time goes along, we learn new things. :3

Lepas dah banyak kali sangat share guna Send Button tu, kena warning overused, tapi tak de la tacim sangat sebab dia just block sharing for few moments. Kejap je. Benda lain boleh je guna lagi. Tak de la sampai dapat email, ugut tak leh guna banyak produk Google macam Google+. Dah la cakap tu macam hukuman tu sampai bila-bila pulak. Cuak gak.

google+ tidak disukai, facebook tidak terkalah oleh google+
Google+ Mengadu Dengan Google. Kesian.. :'(

Google Plus Comment Box


Satu lagi penyebabnya adalah loading time Google Plus sangat jauh berbeza dengan Facebook. Bagi blog yang guna Google Plus Comment Box, memang seksa sangat nak tinggal komen sebab tunggu dapat tulis comment punya lama. Mereka yang tak de account Google+ pulak tak leh comment. Pastu tak leh tinggal link blog lak sebab dia direct ke Google+ Profile sahaja.

Sharing Di Google Plus Communities


Google Plus hanya boleh share cara manual sahaja. Mana ada Send Button yang boleh share sekali gus. Salah share dapat warning. Muja pun tak faham kenapa keluar pop up bila paste link. Selagi tak keluar thumbnail, tak menjadi. Nak load thumbnail punya lama. Semua benda lama. Banyak kali terpaksa klik pangkah sebab memang tak leh share langsung. :'(

Kalau tak disebabkan sharing di Google Plus lagi SEO friendly berbanding Facebook, rasanya Muja pun give up dengan penggunaan Google+. Nasib baik diri ini berhati waja. Mampu bersabar dengan kerenah Google+ ni. Wassalaam.

12 comments:

  1. hahaha. sampai gitu pulak ye. apa aktiviti yang ko buat ni buat? nak tahu jugak. keh3

    ReplyDelete
  2. google+ masalahnya satu lambat loading kadang-kadang tersekat tak macam facebook laju je loading. Pasal share kat communities tak pernah pula kena kes macam tu. Selepas ni kena beware la nak share mana-mana group kat google+.hehe

    ReplyDelete
  3. Google plus saya x aktif sangat.. bkn sebab menyombongkan diri ngn google tp sebab macam kes nie la. x tahu guna sangat. Hehe .

    ReplyDelete
  4. err.. pening juga kepala nih. hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? hahaha,, kita ingatkan kita ni dah skema tak spam,,rupanya dianggap spammer jugak -_-

      Delete
  5. Jangan main-main dengan Google. Nanti menyesal kemudian hari.

    ReplyDelete