Apabila Wanita Cemburu - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, March 04, 2014

Apabila Wanita Cemburu

Apabila Wanita Cemburu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku gelak masa tulis wanita di tajuk tu sebab aku macam rasa bukan tulis pasal diri sendiri pulak bila guna Wanita. Eh. memang aku tengah tulis pasal diri sendiri ke pasal orang lain? Apa apa jelah. Aku lost ni.

apabila wanita cemburu
Apabila wanita cemburu. Akulah tu. Kot. :'(

Seriously, bf aku selama ni tak pernah buat aku rasa cemburu. Bila mereka dah ada yang lain dan aku tahu, terus kami putus. Satu kelebihan aku, aku memang mudah terima ke'putus'an itu.Memang tak sempat aku nak rasa cemburu . Tapi, aku tahu aku sangat horror bila aku cemburu.

I wonder, adakah tadi aku diserang kecemburuan itu? Tetiba rasa pening, nak muntah. Dada ni rasa penuh, nak pecah. Haissy. Ganas gak peranan cemburu atas fizikal aku nih. Kalau boleh buat aku kurus, mohon selalukan perlakuan annoying itu okay? :3

Apabila wanita cemburu. Dia tak lalu makan. Last aku makan dalam pukul 12 tengah hari tadi dan still aku tak makan sampai sekarang. Mungkinkah sebab cemburu ini sudah mengenyangkan aku? Atau sebab dua roti Gardenia coklat sudah cukup memberi tenaga? Wallahu a'lam.

Apabila wanita cemburu. Dia rindu. Pelikkan? Makin cemburu makin nak cakap lak. Mungkin sebab nak bertanyakan hal yang menjadi penyebab kepada cemburu itu. Tapi sebab dia ego dan malu takut nampak terhegeh-hegeh, dia senyap je. Tahan diri. Berzikir banyak-banyak. Seksa :'(

Apabila wanita cemburu. Dia suka mengadu pada someone. Girls cannot keep anything stressing to herself. Kalau aku ada masalah apa-apa, aku cerita kat Sheda Ucu sebab dia paling paham aku dan tahu macam mana nak cakap biar aku tengang. Then dia suka bagi cadangan. Tq Sheda. Muahhxx!

Ya aku tahu aku tak layak pun haih nak cemburu bagai but for your information, cemburu ni tiada siapa yang ajak beliau datang bermaharajalela. Sapelah aku nak cemburu. Bukan sesapa. Biarla mereka nak buat apa pun kan. Cemburu ni memang tak tahu malu. Tetiba muncul dan buat kepala ni rasa nak pecah. Girls, dont be ashamed to get jealous because you are a girl. Mind it.

Last but not least, nak tanya. Pasangan korang mudah sedar tak kalau korang cemburu dan apa reaksi beliau apabila beliau tahu? Chow.



16 comments:

  1. orang perempuan memang cepat cemburu.

    ReplyDelete
  2. Memang dangerous bila pompuan cemburu.. jaga2! :D

    ReplyDelete
  3. xpe, cemburu tanda sayang....


    tp jgn lebih2 sgt... nnt pasangan tensen n menyampah :-)

    ReplyDelete
  4. Macam tulah perempuan kalau cemburu, kalau boleh nak heboh kat kawan dia pasal pasangan dia. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan heboh,, tapi,, mmg tk boleh la nak simpan sorang,, nanti mental,,, haha

      Delete
  5. betul tuuuuuuuuuuuuuuuuu dan ena memang seorang perempuan yg kuat cemburu... kalau ena dah cemburu, memang buruk jadi nya... hahahahahahah... tengang tu apa dia muja??? :3

    ReplyDelete
  6. dahsyatnye prempuan bile rasa cemburu.. hehehe

    ReplyDelete
  7. cemburu penting jugak.
    nak elak dari kehilangan dan dirampas orang lain.
    tapi terlebih cemburu pun x ok jugak..
    so, kena la maintain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela.. nanti nak cemburu banyak banyak ngan awak.. haha

      Delete
  8. Woahhh ! Ni dah tahap fantastik tanda2 jeles muja ni.. haha. Jan overdose sgt taw.. =)

    ReplyDelete