Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, May 31, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masa tahu yang kami budak TESL kena masuk koir sempena Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan ni, rasa sakit hati memang tak dapat dielakkan sebabnya masa tu tengah nak final exam semester 3.

Kitorang kena practice padahal dua tiga hari lepas tu exam. Can you imagine? Lepas tu, kami sedar, kami kan guru. Kenala sambut teacher's day. Kena pandai pandai la adopt and adapt. Plus, dah tahu nak exam kenapa tak study awal-awal. Salah sendirilah kan?

Hari pertama practice aku tak pergi. Memang aku nekad tak nak join. Malas giler. Then, hari kedua, tetiba dapat panggilan daripada pengedar Shaklee merangkap kawan aku nih, tapi orang lain yang jawab who happened to be my Music lecturer.

Nak tak nak memang kena join jugalah. Aku jenis tak leh, kesian. Walaupun join benda ni hanya voluntary task, aku rasa bertanggungjawab juga sebab memang kekurangan peserta masa tu sampai kena ajak budak SMS Tengku Muhammad Faris Petra join sama.

Kebetulan pula aku antara yang ada kat asrama. Yang lain masih menikmati study week kat rumah. Dengan penuh berat hati aku pergi. Adalah tu kebaikannya. Husnudzon. :'(

Sabtu, 24 Mei 204,
Rehearsal Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan

Masa ni aku dah kat rumah bila final exam habis pada 21 Mei 2014. Kawan-kawan aku still kat IPGKKB lagi. So, terskip latihan sekali. Kah3. Aku janji dengan pensyarah nak hadir rehearsal dari rumah je.

Nasib baik la sambutan hari guru ni buat kat Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SCIPP) je. Walaupun aku sekolah di Faris Petra di Kelantan, aku tak pernah jejak kaki di SCIPP. Kali pertama la ni. Baru berjodoh aku dengan SCIPP. Korang pernah pergi mana-mana SBP tak? Best tau. :D

hari guru, selfie muja, muja selfie, hari guru kelantan, scipp, koir hari guru
Selfie sementara menunggu kawan dari IPGKKB
Pergi rehearsal hari tu dengan jubah abaya Leen Enterprise sebab nak mintak tolong kawan aku si Annadiah, the great photographer to be untuk snap gambar aku. Terkejut juga kawan-kawan aku tengok aku pakai macam tu for rehearsal tapi tak de cara lain dah.

Lama gak tertangguh entry abaya tu. Tak de yang nak amik gambar. Tempat sesuai pun tak de. Kengkonon photoshoot la di kawasan SCIPP. Sorry ye SCIPPians. Termenceroboh your green area. Cantik sangat. ^^

hari guru, sambutan hari guru, hari guru kelantan, kelantan sambut hari guru
Sampai je terus bersarapan percuma
Masa rehearsal tu, sempat jumpa beberapa orang cikgu yang pernah mengajar aku dulu. Cikgu Zarina, cikgu Sains aku di SK Bukit Jawa (1), guru kaunseling, guru Muzik. Aduss. Mengimbau kisah lama secara tiba-tiba.

Teringat masa ada cikgu aku sendiri persoalkan kenapa aku memilih untuk belajar di IPG. Padahal beliau sendiri cikgut. Tacim weh bila orang persoalkan keputusan besar yang kita buat dalam hidup.

:'(

Korang pun mesti rasa macam aku rasa kan kalau korang jumpa cikgu lama korang? Yang pernah mengajar korang, yang tahu macam-macam tentang masa silam korang, masa muda, masa korang masih sememeh. Malu gak sebenarnya. Tak kisahlah. Kah3

hari guru, sambutan hari guru, hari guru kelantan, kelantan sambut hari guru
Mujadafewa dengan photographernya, Nadiah
Bila ada masa terluang, kami pun pergi ke kawasan yang berumput hijau ni untuk snap gambar. Suka sangat dengan kawasan berumput belakang Dewan Sri Gemilang, SCIPP. Dah macam tempat berkelah. Hijau je. Tambah lak hari tu cuaca baik. Awan pun cantik je tersusun. Style weh. :D

Allah selalu nak tolong aku. Nak kasi gambar aku cantik la tu. Hehehe. Thank you for all Your blessings. Kalaula aku amik gambar gini juga untuk skirt Daphne hari tu kan best. Huhuu

hari guru, sambutan hari guru, hari guru kelantan, kelantan sambut hari guru
Hasil photoshoot abaya Leen Enterprise di SCIPP. hehe
Lepas siap semua, aku balik rumah kejap but malam tu pergi IPGKKB for the last practice and amik kostum. Hajatnya nak ponteng tapi takut gak aku. Entah-entah ada perubahan ke hape. Dapat gak aku join sekali. Tahu serba sedikit.

Takut memalukan diri sendiri depan cikgu-cikgu esoknya. Hoiihh. Tak jadi cikgu lagi dah femes dengan kesememehan. Tak mau haku. Jangan contohi sikap pemalas aku ni ye murid-murid. Menyesal nanti. Huhuuu

Ahad, 25 Mei 2014,
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan

Alhamdulillah, sambutan hari guru dengan persembahan koir segera yang kami buat berjalan dengan lancar, walaupun berlatih tak sampai 5 kali, walaupun ramai yang curi-curi bawa lirik lagu Transformasi Pendidikan Negara dengan Cindai masa persembahan, walaupun alas kaki yang pelbagai digunakan, tak kisahlah. Yang penting, tak de yang tersadung naik pentas, tak de yang tetiba tak de suara. Naya gak kalau jadi cenggitu.

Pernah jadi kat korang ye????!! Hahahaha :P

sambutan hari guru, hari guru kelantan, kelantan sambut hari guru, koir hari guru, koir ipgkkb
Barisan koir Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan. Tak cukup lagi ni, :D
Satu benda yang aku tak faham. Nape kitorang kena pakai macam ni sedangkan kitorang buat persembahan koir, bukannya silat gayung. Tapi tak pela, sebabnya, bila tengok lama-lama, macam comel je, macam cute je. Husnudzon

-_-'

sambutan hari guru, hari guru, hari guru kelantan, kelantan sambut hari guru, sambut hari guru
Diah comel, muja tembam, ain ceria. Selfie jap. Hahaha
sambutan hari guru, sambut hari guru, hari guru, hari guru kelantan, kelantan sambutan hari guru, guru
All my classmates yang join koir peringkat negeri Kelantan.
sambutan hari guru, hari guru, sambut hari guru, kelantan sambut hari guru, hari guru di kelantan
Pendekar bujang yang tak lama lagi nak jadi bini orang. :3
sambutan hari guru, hari guru, sambut hari guru, guru disambut, kelantan sambut hari guru
Dah kenapa licin sangat muka aku ni? Efek mekap semata je. Percayalah.
Aku suka sangat kalau ada event cenggini sebab aku suka conteng muka aku walaupun tak pakar macam Michelle Phan. Masa ada event, tak de la orang nak mengata sangat pipi aku merah, eye liner aku panjang, bibir menyala, minyak wangi semerbak. Semua anggap biasa. Hehehe

Alat bedak dan mekap yang aku guna? Nak tahu ke apa aku guna? Alaaa, yang biasa-biasa aja. Kalau ditakdirkan aku rajin one day, aku gitau korang k.

Disebabkan malasnya nak tunggu lepas turn persembahan aku, aku tak masuk pun dewan lepas tu dan tak amik pun gambar dengan cikgu-cikgu yang aku jumpa. Memang aku jahat. Astalavista. Wassalaam. :D

Ps- maafkan aku wahai tunang. :'(


4 comments:

  1. Wahhh... Seronok je tengok. Kat Sabah plak sambutan hari guru dengar cte buat kat tempat saya, tawau.. Saya xde plak.. time saya ada kat tawau, dorang x buat, time xde tu la plak dorang buat.. :)

    ReplyDelete
  2. Dah macam ahli dikir barat dah kak muja pakai baju tu. Haha. Sebab nak kasi seragam kot, tu pakai baju tu. Seriously nampak comel. Miahahahaa XD

    ReplyDelete