Kenapa Aku Unfollow Orang Islam Tak Tutup Aurat Di Media Sosial - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, July 08, 2014

Kenapa Aku Unfollow Orang Islam Tak Tutup Aurat Di Media Sosial

Kenapa Aku Unfollow Orang Islam Tak Tutup Aurat Di Media Sosial | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sejujurnya, aku mahu mengakui beberapa perkara. Yang sebenarnya, aku selalunya akan unfollow profile orang Islam yang buka aurat beliau sebab

"aku seorang yang pentingkan diri sendiri. 

Ya, aku selfish."


marah, perempuan marah, angry girl
Nampak tak betapa marahnya aku???

Banyak sebab aku unfollow or unfriend orang Islam tak tutup aurat di media sosial terutamanya di Facebook. Paling utama adalah, aku tak nak aku tertengok, terlike, tershare apa-apa yang mereka buat di Facebook sebab setiap perkara itu akan menyebarkan profile mereka. Ini yang pertama.

Sekali lagi aku tegaskan, aku selfish, pentingkan diri. Aku unfollow sebab aku kena jaga diri sendiri. Bukan dorang. Aku ada kepentingan yang aku kena jaga di dunia dan di akhirat. Aku nak hidup bahagia di kedua-dua tempat. Aku tak nak menderita di mana-mana.

Ya, aku mengaku. Aku sendiri masih teruk lagi. Stoking kaki tak lekat, stoking tangan apatah lagi. Bajet bagus pulak tuh. Poyo. Yang ni yang korang nak letak dalam komen kan? Tak payah. Aku dan tulis siap-siap untuk korang. Suka?

#sedih :'(

----------

Mendorong Aku Untuk Buat Perkara Yang Sama


Sejak kecil aku melawan nafsu untuk membuka hijab. Masa kecik, kena marah ngan adik sebab tak pakai tudung pergi sekolah waktu petang. Tak masuk kena ngan umi lagi sebab gi kedai kepala togel. Boleh lak aku gi tanya ustaz boleh tak aku jadi orang baik yang free hair.

Nampak tak betapa aku juga mahu dan teringin menayangkan apa yang aku ada. Ingat korang je ke?? Disebabkan mereka yang menayangkan aset rambut comel menawan, proses melawan nafsu ini semakin payah, rumit, susah untuk aku lawan.

Imanku mungkin lebih nipis daripada kulit bawang. Mudah terpengaruh, mudah tergoda. Bila mereka nampak cantik mendedahkan apa yang tidak patut, aku jadi nak buat perkara yang sama sedangkan aku tahu aku tidak boleh. Kesian la kat aku sikit.. Boleh??? T_T

Memberi Dosa Kepada Aku Bila Aku Terlike atau Tershare.


Aku pernah baca yang apabila kita menayangkan aurat orang lain walaupun sememangnya beliau tidak kisah kita tetap berdosa. Masalahnya, aku seorang pengguna Facebook aka pengelike tegar yang tidak pernah diblock untuk mengelike oleh Mark Zukebek. Tak semena mena aku tersebarkan aurat mereka.

Jadi, korang boleh bayangkan tak betapa banyak kalinya aku dah tersebarkan gambar aurat manusia selama aku bermedia sosial??? Betapa banyaknya aku telah melakukan dosa dengan hanya menekan papan kibod. Kasihanilah diriku ini. :'(

Dorang berdosa tayang aurat, aku berdosa menyebarkan aurat. Astaghfirullahal aziim. :'(

Merendahkan Martabat Diri Aku Sendiri


Aku pernah baca yang apabila kita memandang rendah akan seseorang itu, kita sebenarnya lebih rendah daripada orang itu. Aku pernah baca yang sebelum kita menghakimi orang lain, kita kena tengok diri kita sendiri dulu. Aku pernah baca yang kita tidak patut menyibuk hal orang lain.

Namun, aku manusia! Aku tak boleh stop hati aku daripada berkata-kata walaupun mulut masih boleh dikawal. Aku tidak boleh lari daripada selalu rasa yang aku lebih baik daripada orang lain. Betapa sifat-sifat mazmumah bagai terukir dalam di hati.

Then, aku berfikir dan berfikir. Then aku tahu, betapa rendah dan hinanya aku. :'(

Aku Kesian Kat Kaum Berlawanan Jenis Aku, LELAKI.


Banyak artikel mengenai lelaki dan wanita menyebabkan aku mengasihani kaum LELAKI. Apabila baligh, mereka bernafsu. Apabila saudara wanita mereka baligh, mereka berkongsi dosa saudara wanita mereka. Apabila mereka berjalan, mereka terseksa menjaga pandangan.

Sekarang makin teruk sejak gerakan Feminisme semakin hebat. Kes dera terhadap wanita dicanang merata. Kes dera terhadap lelaki dibuat tak nampak sahaja. Wahai saudara lelakiku, bersabarlah dengan tingkah saudara perempuanmu. Bimbinglah kami sedaya yang kau mampu. :'(

Macam mana kalau lelaki yang sedang terseksa itu ayahmu, abangmu, bakal suamimu? Kalau tak kesian kat orang lain, kesianlah kat mereka yang penting dan bermakna bagimu. :'(

------

Ye, aku bukanlah manusia tanpa dosa, tapi bantulah aku dan orang lain meminimumkan perbuatan dosa itu. Sambil-sambil kita menjaga hak-hak kita, kita sebenarnya menjaga kebajikan orang lain di sekeliling juga. Di sini aku merayu penuh syahdu. :'(

Aku harap korang hadam baik-baik sebab aku sebenarnya merayu untuk diri sendiri. bukan sebab aku nak perkecilkan mereka, aku cuma marah sebab perbuatan itu memberi kesan buruk pada aku.

Ps- apa kata jadikan bulan Ramadan yang mula ni sebagai pemula segalanya yang baru?



15 comments:

  1. salam muja,

    nice thoughts n sharing... akk setuju... dan berazam nk unfollow/unfren org islam x tutup aurat juga

    ermm, maaf terpaksa bgtahu, kat iklan atas header tu terkeluor iklan x berapa sedap mata memandang ler dik... maaf ye

    ReplyDelete
  2. Seriously ana pun unfollow jugak orang2 yang tak tutup aurat ni. Yang suka bukak tudung jap, pakai tudung jap. Tu pun sama kene unfollow. Bila ana unfollow, mule la semua mengata ana ni budak batak hot. Hadoi.. Zaman skrg. -_-'

    Kalau kt pesbuk, ramai yg tak pakai tudung tu pulak kengkawan lama. Nak unfriend tak sampai hati. Hnya mampu nasihat and berdoa je. Kekadang sian gak kat kaum Adam. Terpaksa bersabar. Ehh..terpanjang pulak komen kat sni. Ampunkan patik.

    ReplyDelete
  3. sama macam saya.. selalu jugak unfollow o unfriend orang yag tak ttup aurat.. kita yang tengok ni dapat saham jugak :)

    ReplyDelete
  4. terbaek isi hati muja kali ni.
    support tindakan muja.
    pentingkan diri sendiri?
    kalau itu untk kebaikan diri sendiri x salah pn :)

    ReplyDelete
  5. betul tindakan muja tu,akak pun masih ada friendlist yang tak berhijab...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum muja, hahahha sama sangat kita ni.. seboleh2 sheila takkan like atau share perkara yang menampakkan aurat seseorang.. mohon share dekat fb sheila link entri muja ni boleh?

    ReplyDelete
  7. Setuju 99% tindakan Muja.. Sya sendiri pernah unfriend sorang member FB disebabkan x tahan tgk gambar2 yang menyakitkan mata.. Lelaki tapi upload gambar pakai make up lengkap dengan pakaian gegirl yang menjengkelkan.. unfriend bukannya x suka dia, tetapi x suka perbuatannya.. :)

    ReplyDelete
  8. kita sama je muja, masih baiki mana yg patut. Insya Allah :)

    ReplyDelete
  9. sis elakkan like gambar org kat fb . lbh suka like ayat yg ada makna keagamaan ... tersalah like , kita dianggap bersubahat .

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum mujaa.. lama daa zara xdtg sini.. selamat bpuasa tauuu.. =)

    ReplyDelete
  11. tak tayang aurat tp dok asyik tayang gambar selfie kt blog dgn gaya tergedik2 pun lebih kurg sama je cik adik oi... boleh je menaikkan syahwat lelaki jugak. jgn asyik nk judge org lain tp diri sendiri pn lebih kurg sama je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti tak baca entri ni betul2,, saya dah banyak judge diri sendiri dalam entri ni. ada lagi yang nak cakap memacam. selamat menegakkan benang yang basah.. so bagi mak cik better tayang aurat la daripada selfie? get a life ye mak cik :)
      ps- tayang aurat is better than selfie? i wonder,, mmm

      Delete
  12. inshaAllah hsna bkawan je dgn smua.. dan hsna taw batasan trsebut.. lgpon dlm kalangan trsebut bnyak kwn hsna, kwn baik plak tuh.. hsna hanya mmpu bdoa buat mreka..:)

    ReplyDelete