Bersenamlah Dengan Istiqamah Muja- Kisah Aku dan Dumbellina - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, August 15, 2014

Bersenamlah Dengan Istiqamah Muja- Kisah Aku dan Dumbellina

Bersenamlah Dengan Istiqamah Muja | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dulu aku ada share pasal penggunaan Leptin sebagai salah satu cara mengurangkan berat badan. Sekarang nak share benda pasal cara bersenam pulak. Aku pun baru nak start. So, korang jangan macam-macam nak tanya lebih-lebih. Aku ada banyak esaimen nak buat ni tauuu.

Inspirasi Aku Untuk Bersenam


Inspirasi untuk aku bersenam dan berusaha untuk dapat mengurangkan berat badan yang agak keterlaluan dan mendapatkan bentuk badan yang aku nak mestilah daripada Cik Epal. Jujurnya, aku lambat kenal blogger retis sorang ni. Senang citer, masa aku memula kenal, cik epal dengan husben dia tu dah kurus, cantik dan hensem. Maka bermulalah drama apabila wanita cemburu. T_T

nurmujahidah, nak kurus, bersenam, istiqamah bersenam
Jauh lagi daripada nak jadi Cik Epal 2. :'(

Few days ago, gigih jugak aku click older post blog Cik Epal. Mencari gambar last beliau sebelum kurus ala-ala model macam sekarang. Aku syak, tahun terakhir beliau masih cute bambam tahun 2012. Sekarang, 2014. Perghhhh! Istiqamah bebenor! Memang jelas keazaman beliau dalam menjaga kesihatan dan bentuk badan. Semua bermula dengan nak nampak gorges time kahwin katanya.

Then aku terfikir, aku pun bakal kawin tak lama lagi. Secara lojiknya aku KENA ada determination macam beliau kan? Perempuan...... -_-

Apa Yang Aku Lakukan?


The 12 Days of Fitness. Aku buat ni la dengan Sofia. Best bila ada buddy untuk exercise tau.

Walaupun setiap pergerakan ini dibuat sehari selama 12 hari, aku buat semua ni dalam sehari. Tak senang, tapi tak susah sangat. Perseverence is the key to success. Do you know that? Memula, aku gi jogging dulu dalam 1km, then jalan kaki 1km. Then buat normal warming up yang dah selalu aku buat sebelum latihan bola keranjang dulu.

Buat permulaan ni, setiap pergerakan yang guna masa, aku buat dalam masa seminit. Pergerakan yang perlu dikira aku buat 10 kali. Sesuai je dengan masa yang aku peruntukkan khas untuk exercise, dari kul 5.30 or 6 hingga loceng kosongkan padang before maghrib berbunyi. Kalau ada masa lebih, buat jugak cooling down and borak-borak sikit.

Okay la kan? Memula weh. Sempat gak semput. Dah tua mungkin.------

Aku, Dumbbelina dan Nile.Com.My


Dalam proses mengkurus ni, aku nak mulakan dengan mengkecikkan lengan aku nih. Aku decide nak beli dumbbell. Hebat khen aku? Lol. Jadi, aku decide untuk beli dumbbell kat nile.com.my, the heaven of online shopping. Di online shop feberet aku ni korang takkan jumpa barang mahal. Semua barang lowest price guarantee.

Adik aku yang introduce dulu then terbaca pula entri pasal Fatin Liyana borong barang senaman kat nile. Murah giler weh. Addicted tengok barang kat nile. Jangan tak tahu tunang aku pun sama. Kah3. Window shopping manjang pun kat sini. Jangan tempat lain, nanti kopak. Mmm.. Banyak sangat je masa aku kalau tengok barang yang bukan aku punya kan??? Esaimen dah siap dah Muja??? -_-

Berkobar-kobar. Berkobar-kobar. Sampai tersilap beli dumbbell yang overweight macam aku. Sabo jela nak angkat pun rasa macam nak terberiiyyy je. Siyes.

Dah mengarut dan Taraaaaaaaaa!!!! Introducing you to my Dumbellina!!! :D

dumbbell, purple dumbbell, dumbbell ungu, bersenam dengan istiqamah, istiqamah bersenam
Ni la mainan baru aku. Nama dia Dumbellina. Warna dia pepel. Dia comel tapi berat. Semput aku ngangkatnya.
Satu tip yang aku nak bagi sebelum korang online shopping kat nile adalah korang kena pilih courier yang korang nak guna leklok sebab dorang bagi few pilihan. Untuk barang yang ringan je, korang pilihlah Pos Laju sebab murah 60 sen daripada Gdex. Untuk benda berat, mohon sangat pilihlah courier lain!!! Sebab pos laju kira bayaran mengikut berat. Ceh.
Terkezut aku bila tengok postage fee untuk dumbbell aku nih RM30 lebih. Harga dumbbell dalam RM30 lebih jugak. Hoiiihh, boleh beli satu lagi kot! So, aku pilih Gdex la walaupun aku pernah ada pengalaman pahit dengan beliau. RM 6.60 je. Jauuuuh lagi murah. Nak tahu pengalaman pahit manis aku dengan Gdex? Len kali kuceritakan. Sabor dek sabor.

Aku mohon sangat duit aku habis bagi kat nile dengan Gdex ni tak sesia. Jadi, aku memang kena bersenam dengan istiqamah. Yeahhh! Istiqamah dalam melakukan sesuatu yang baik. Mohon doakan aku sekuat Cik Epal dalam keistiqamahan ye. Okay? Thank you dearest. Nah, muah seketul. Ekekeke
Ps- So, korang rasa akan berjaya ke aku dengan Dumbellina ni menghilangkan lemak degil nak mam dalam badan ni? Tungguuuuu..

10 comments:

  1. bersenam tu bagus kan..ambil la sedikit masa untuk bersenam..yang ada anak tu...boleh bersenam dengan anak je..hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersenam tu bagus,, alasan untuk tidak bersenam tu yang tak bagus,, huhuu

      Delete
  2. Chaiyokk kak muja. Muehehe.. Misi istiqamah dalam bersenam.

    ReplyDelete
  3. Okay jer npk posture body awak..xde la overweight pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe baju tu buat tak nampak gemuknya.. overweight ni.. nak kurus.. sobssss

      Delete
  4. Saya suka senaman kardio dengan tali skipping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suka kardio,, penat,, pasni mmg nak beli tali skipping pun,, heee

      Delete
  5. exercise + healthy diet.
    kena buat salu taw.
    nanti kita buat sekali ye.

    ReplyDelete