Makan Burger di Burgerbyte Dengan Yang Sehati Sejiwa - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, August 25, 2014

Makan Burger di Burgerbyte Dengan Yang Sehati Sejiwa

Makan Burger di Burgerbyte Dengan Yang Sehati Sejiwa | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebenarnya entri ni terawal update sebab entri raya dengan hari bertunang belum update dah update yang ni. Tak pelah. Aku tak rasa itu jadi masalah. Hmm..

Aku tacim gak bila menaip ni sebab aku, Diah, Hazanis, Mastura Rara dan Lala pergi makan sesama kat restoran Burgerbyte ni tak lama lagi Nis nak pergi ke Kuala Lumpur, kerja kat sana. Sape la tak tacim bila kawan sebaik beliau nak tinggalkan kita. :'(

burgerbyte, burger di burgerbyte, restoran burger
Teaser untuk korang. Boleh tahan gak kan? Kih3
Lokasi Burgerbyte

Kalau korang dari KB Mall, korang gerak je ke arah Kok Lanas. Lepas simpang 4 kat Wakaf Che Yeh tu pun, korang terus lagi sikit. Then, korang akan nampak bangunan Burgerbyte kat belah kanan. Betul-betul belakang Jaafar Rawas. Ceh, kompom meleleh pihak Burgerbyte kalau baca entri aku nih. Free of charge lak tu. Huiiiih.

burgerbyte, makan di burgerbyte, burger homemade
Aku dengan Diah. Mohon jangan compare saiz kami!
Apabila Kami Bergabung.

Aku ingatkan aku dah lambat sebab kena latihan koir tak semena-mena, ternyata orang yang ditunggu lagi lambat sebab dok hantar barang Hazanis Fahion. Kelaskan? Penghantaran tiap hari k. So, sebagai sahabat yang memahami, aku tunggukan jugak. Sape tak sayang kawan hoiii.

Lagipun tak bosan sangat sebab kali ni aku jumpa kawan blogger aku dengan classmate cute omey, Nadiah. Mulanya dia tak nak pergi, mengenangkan perut berkeroncong mungkin, tetiba je beliau bersetuju. Eleyh Diah. Tanak ngaku nak makan burger la tuu. Hahaha.

Review Burgerbyte, Tunjong, Wakaf Che Yeh

burgerbyte, burgerbyte kelantan, burger sedap, burger homemade best
Kena order sendiri k. Non hado dorang nak datang amik order. Beraturlah dengan berhemah.
Restoran Burgerbyte ni guna sistem ala-ala kepci. Korang kena beratur untuk order. Tapi tak de la korang tercegat je kat kaunter. Dorang akan bagi nombor then dorang akan hantarkan ke meja korang. Jangan ingat kat sini ada burger je. Nasi ada. Spagetti ada. Cuma lauk kebanyakannya daging burger home made ler.

burgerbyte, makan di burgerbyte, burger sedap, burger kelantan
Burger tak ingat nama pilihan aku.
 Ada cili hijau tersusun di celah-celah. Kalau tergigit maka nayalah kamu.







Tip Pergi Burgerbyte
Mohon pergi lepas pukul 4 petang sebab dia bukak dari 4 petang hingga 1 pagi kalau tak silap. Hari tu kami terdatang awal. Lama gak tunggu untuk dorang prepare semua. Better korang pergi kul 5 petang ke atas. Tapi makan burger memalam takut gemuk pulak. Serem akulah.

Alang-alang terdatang awal, aku ngan Diah merewang dulu kat Jaafar Rawas. Femes nama ni tapi that day memang first time lah aku jejak kaki kat situ. Duit nak shoppingnya tak de. Sekadar belek jubah comel. Tengok madu, jamu. Belek-belek buku sikit. Kengkonon nak hangkut beli semua.

Fui betul rasa masa tu. Kih3

Antara benda menarik yang aku jumpa di Jaafar Rawas. Purdah bermata yang rare.

wanita berpurdah, burgerbyte, makan di burgerbyte, burger homemade, burger sedap
Spagetti Bolognaisse pilihan Diah. Bukan patut kuah bolognaise warna merah ke? Layaan.
Kentang aku tu dah habis barulah 3 orang jelitawan sampai. Terpana aku melihat kebiruan kelopak mata Nis, terkedu lidahku melihat keayuan Mastura Rara bertudung #SAVEGAZA dan tersenyum aku melihat wajah manis Lala. Sungguh aku rindu. Tinggal sorang lagi yang tak leh join sebab sibuk uruskan kemasukan ke USM, Yuyu Atiqa. I miss you sis. :'(

Bila kitorang duduk semeja, macam biasalah. Idea nak bercakap tu mencurah ke ladang gandum. Drama tak usah cerita. Yang ni bercerita pasal cabaran lepas bertunang, yang tu cerita cabaran nak berkahwin. Ada lak timbul isu kahwin di Golok. Kah kah kah bunyi kami gelak besar. Yang paling tacimnya ada adik yang menangis nak berpisah ngan kakak dia. Olololo. Yang mana satu? Biarlah rahsia. :'(

Tiba Masa Untuk Berpisah
Macam biasalah. Kalau jumpa ngan blogger retis ni, aktiviti selfie, wefie, memang tak leh nak dielakkan. Urghhh! Stress iols bila gambar iols tak retis macam para retis yang hado. Geram gak tapi kulayankan aja. Sengih lelebar bila monopod diangkat ke udara. Cheeeeese... (-----)

burgerbyte, makan di burgerbyte, burger di burgerbyte, burger sedap, burger homemade
Haipp. Nis ngan Rara tengok kat mana ter... Kah3

Alaaa. Nis ngan Lala tak cakap pun nak tabik hormat. Mencik >.<
Ok. Loner yang sorang tu tak de benda lain nak buat selain peace sign. -_-


Ps- semua gambar aku cilok daripada hp Oppo Hazanis. Maap den tak dok gambar lain doh. Wassalaam.

8 comments:

  1. kuat makan nih.

    rajin betol makan beger nih. haha

    ReplyDelete
  2. Da lama tak makan burger. Huhu..selalu layan GCB je kalau pekene burger. Burgerbyte ade kat kB je eh kak Muja?

    ReplyDelete
  3. Makan burger besar seperti didalam gambar boleh menjejaskan keayuan. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila makan burger,, keayuan terus ke tolak dalam lingkungan 2km persegi,, haha

      Delete
  4. nis dgn lala paling comel.. :-)

    ReplyDelete