Melawat Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, November 08, 2014

Melawat Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Melawat Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lamanya tak update blog aku nih. Macam sesia je bayar domain tetiap tahun. Sebenarnya banyak je benda nak share, tapi macam biasalah. Aku tak serajin Nik Nashram aka Mr Tunang. Love you abang.  Miss you so much. Eh, tetiba. -_-

Kelas aku ada pergi ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu baru-baru ni untuk mengambil gambar for subjek Teknologi Dalam Pendidikan. Untuk subjek TDP ini, kami belajar sesuatu yang agak berbeza. Kami belajar cara menggunakan teknologi terutamanya kamera dan komputer untuk kami gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kami nanti.

taman tamadun islam, replika masjid, masjid kristal
Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam. Cantik sungguh.
taman tamadun islam, tti, masjid kristal
Replika masjid-masjid yang ada di Taman Tamadun Islam.
Memang best sangat melawat Taman Tamadun Islam ni. Aku memang selalu teringin nak berjalan-jalan tapi jarang aku rasa enjoy satu trip tu bebetul macam trip kali ni. Siyesly. Tq sangat untuk semua classmates aku yang dah bertungkus lumus menjayakan trip kami ni. Aku kena contact TTI and tanya sesikit je. Program Bina Insan Guru hari tu pun macam ni jugak. Kih3

Sebelum kami lawat setiap replika, ada tayangan dulu untuk menerangkan sejarah setiap bangunan. Antara replika di Taman Tamadun Islam adalah Taj Mahal di India, Masjidil Aqsa di Palestin, Masjidil Haram di Arab Saudi, Masjidil Negara di Malaysia dan Masjid Xian di China. Sangat mengagumkan bagaimana para arkitek mereka replika ni. Sudah la besar. Sebijik sama.  Hebat! :D

taman tamadun islam, tti, lawatan sambil belajar
Ain, Mirah, Buvana dan ehem, aku ler,, hehe
taman tamadun islam, tti, terengganu, replika masjid, lawatan sambil belajar, teknologi dalam pendidikan
aku, alang, ngan mr roslan. love them both so much! :D

Di Taman Tamadun Islam ini juga menyediakan banyak perkhidmatan untuk pelawat. Antaranya kereta api untuk bergerak ke setiap replika, basikal, dan yang paling best mestilah river cruise dalam 45 minit sepanjang sungai melalui beberapa buah kampung nelayan. Masa tu baru aku tahu yang bandar Kuala Terengganu ni adalah sebuah bandar pesisir sungai.

Cool giler bila aku tahu ada sebuah pulau ni, ada sebuah rumah je kat pulau tu. Luas giler halaman rumah dia kan? Hehehe

taman tamadun islam, tti, terengganu, nurmujahidah, tdp, teknologi dalam pendidikan
Khalida je tak de dalam gambar ni. Gi mana tah.
taman tamadun islam, tti, tdp, terengganu, melawat terengganu
Ada perkhidmatan ala-ala kereta api untuk melawat setiap replika masjid.
Di entri ini juga, aku nak berterima kasih sangat dekat lecturer kesayangan semua pelajar iaitu Encik Roslan Idris sebab sudi jadi pensyarah pengiring untuk trip kami ni walaupun beliau bukanlah pensyarah subjek TDP kami. Pensyarah kami tak dapat hadir sebab ada benda mendadak yang tetiba je terjadi. Risau gak kena cancel masa tu. We owe you so much Mr Roslan. Siyes. T_T

Sebelum terlupa, Mr Roslan ada bukak homestay di Kota Bharu. Kalau korang perlukan homestay di Kota Bharu, Kelantan, korang boleh baca entri homestay murah Kelantan ni. Korang takkan jumpa homestay yang lagi murah daripada homestay pensyarah aku ni tau. Dijamin. Perkhidmatan pun memang tip top. Kih3

taman tamadun islam, tti, tdp, melawat terengganu, bercuti di terengganu
Pemandangan dari bawah replika Taj Mahal.
taman tamadun islam, tti, teknologi dalam pendidikan, nurmujahidah, melawat terengganu, bercuti di terengganu
I love this picture so much. Macam cool je. Hehehe
taman tamadun islam, tti, melawat terengganu, bercuti di terengganu
Nilah Mr. Roslan. Teka nape aku suka gambar ni? Betul! :D
taman tamadun islam, melawat terengganu, bercuti di terengganu, travel malaysia
Selfie dengan room mate tersayang. :D
taman tamadun islam, tti, nurmujahidah melawat terengganu, bercuti di malaysia
Selfie di Taman Tamadun Islam
Famili aku memang jarang berjalan-jalan. Boleh kata, selagi tak de keperluan, memang terperap di Kelantan. Nasib baik ada aktiviti kelas macam ni. Dapat aku tengok dunia luar. Hari tu berkhemah di Lata Belatan. Best jugak. Harap-harap ada lagi aktiviti jenjalan lagi la nanti. Aku nak sangat di Pulau Perhentian, Pulau Redang dengan Pulau Tioman. Please husband, take me there nanti k. Hehehe

Untuk hubungi pihak Taman Tamadun Islam, korang boleh guna info kat bawah ni.

TTI Management Sdn Bhd
Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu
Tel: +609-627 8888
Fax: +609-630 9020
E-mail: sales [@] tti.com.my

Ps- korang, tempat berbulan madu dalam Malaysia yang best kat mana ek? :3

Wassalaam.



16 comments:

  1. Waahhh... macam best jee... Tp Aniq tak sampai lg tempat nie... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon lawat one day,, sebab memang best giler,, rasa macam pergi banyk2 negara dalam satu masa,, tapi make it a whole day kalau nak lawat semua,, sebab ada banyak,, heee

      Delete
  2. Hahaha.. tempat hamba ni...
    Kalau malam g sana, boleh makan makanan besttt...
    Udang galah, udang ketok, ketam, ikan bakar fresh punya...:)
    Mohon datang lagi bila honeymoon nanti.. Opppsss

    ReplyDelete
  3. Zumal tak pernah sampai lagi kat TTI tu... Teringin nak pergi ^_^

    ReplyDelete
  4. waaaa..bestnya..ana orang teganu pun tak pernah masuk TTI..pergi Masjid Kristal je..hhehe..btw, kakmuja IPG mana ya? sem? :) #SalamKenal

    ReplyDelete
  5. Kena tunjuk gambar seni bina lebih sikit. :)

    ReplyDelete
  6. Saya pernah pegi sekali masuk ke Taman ni, kali kedua dan ketiga dan keempat dok luar je .. :) tapi memang bagus untuk pendedahan pada anak-anak.

    ReplyDelete
  7. ada river cruise... kalau cuti2 ke sini mesti nak buat river cruise dan pusing2 tempat ni naik beskal...

    ReplyDelete
  8. bru ja balik dr terengganu...sygnya x berkesempatan nk ke TTI ni..lain masa insyaAllah..destinasi pilihan ni..huhu

    ReplyDelete
  9. Wah pi jalan jalan ya.bestnya...jauh peerjalanan luas pemandangan kan..:)

    ReplyDelete