Aku Dengan Tunang Katangku- Kena Reject - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, April 23, 2015

Aku Dengan Tunang Katangku- Kena Reject

Aku Dengan Tunang Katangku- Kena Reject | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Amboi, suka sangatlah tu nak tahu kisah aku yang comel lote lagi baik hati ni kena reject kan? Tak kisahlah. Sebab dah janji, terpaksalah aku sambung entri Aku Dengan Tunang Katangku ni. Dah baca ke idok? Kalau belum, baca yang tu dulu baru baca yang ni. Baru tak pening ikut kronologi.

Sapa kata tak sepadan, tak matching, tak secocok, nanti kuar ngan pasangan, tetiba tersembur air liur!

Bila dah selalu baca pasal N, Nur, Sweet Stranger, aku memang putus harapan. Aku yakin Nik tak de feeling ngan aku. Yelah. Aku ni sape, dia sape. Aku student je. Rupa tak seberapa. Perangai caca marba. Aku tak rasa akan ada blogger katang yang sanggup tulis entri blog pasal aku. There was nothing interesting about me. Tak mungkinlah aku wanita misteri blog dia tu. Jadi, before i got carried away, aku decide berhenti chatting ngan dia. Tak nak dia ngan Nur ada masalah sebab aku.

"Awak, saya jelez la dengan Nur. Tak elok kita chatting selalu. Kalau saya jadi Nur, saya sakit hati dah ngan awak. Jadi lelaki kena setia."

"Awak, sebenarnya Nur tu awaklah. Sepatutnya saya tak bagitahu lagi sekarang. Cepat sangat. Malunya."

"Tapi, saya dah suka kat orang lain. Sorry, saya nak gi kelas dah ni. Talk to you later." 

Lebih kurang gitulah dialognya. Hahaha. Lawak bila kenang balik. Menyesal lak delete conversation time gaduh dulu. Kalau gaduh, aku jadi radikal sikit. Pemalu tunang katang aku nih. Harap badan je katang. Hati tisu. Masa tu, aku tak anggap dia serious pun sebab confession kat Facebook ni cliche sangat. Ramai yang main-main. Kalau serious, cakap dedepanlah. Tapi dengan Nik, aku hilang kata-kata. Dalam hati nervous sebab I barely knew him that time kan, tetiba cakap suka. Kelakar pun ada. Tak terlintas langsung lelaki ini yang akan jadi suami aku kurang dua bulan dari sekarang. Kih3


Biar mimpi sampai ke bulan bintang kau janjikan. Eh. :P

Dalam fikiran aku memang tak rasa akan terima sebab kan aku suka orang lain masa tu, B. Cinta matilah kononnya. Tak sedar diri bertepuk sebelah tangan je. Kita je terhegeh-hegeh, tertunggu-tunggu. Yang kat sana entah ingat kita ke tidak. Malu lak teringat jadi macam desperate sengsorang dulu. :( Petang tu, aku pergi padang, aku called B. Aku bagitahu ada lelaki katang cakap dia suka aku. Dalam hati, berharap sangat B tu akan cakap,

"Dia lagi handsome ke? Jangan layan lelaki tu. Unfriend dia. Block nombor dia." 

Dalam mimpi jela kan? It didn't happen that way. Lelaki tu cool je. Tak jelez pun. Siap gelak-gelak. Frust giler. Aku mula ragu dan rasa tak de harapan dengan dia. Memang rasa kena reject kaw-kaw. Balik dari padang, aku bukak Facebook Nik. Tak jumpa. Aku syak dia block aku. Aku bukak blog dia. Ada update bertajuk Bila Jiwa Kacau. Aku rasa restless. Aku tak nak hilang kawan sebaik dia. Aku rasa hilang arah. Nanti nak borak ngan sape?? Terus aku called dia. Alhamdulillah dia jawab and it was the first time we talked on phone. Nasib baik tak delete or block jugak nombor aku. Amboi suara, buluh perindu sangat. Kih3

Dia pun cerita yang dia baru lepas sesi men to men talk dengan kawan dia sebab aku. Dia menangis katanya. Tak tahu la boleh caya ke tak. Tak rasa pun confession dia tu boleh jadi that serious. Dia malu. Dia tak block aku, cuma dia deactivate account. I suddenly cried with no reason! Aku tak rasa nak kat dia and yet I cried? Ridiculous kan? Mungkin masa tu aku dah suka, cuma aku tak perasan lagi sebab aku dok suka kat orang lain sampai tak leh beza dia yang memang usaha untuk aku dengan dia yang bukan untuk aku. Masa tu, dia dah dapat azam baru. Nak usaha sampai dapat katanya. Poyo detected. :P

Malam tu, bila tengah whatsapp ngan kawan aku pasal both guys ni, kawan aku A yakinkan aku B memang tak serious dengan aku. Tak tahu kenapa, aku rasa terhina sangat. Aku desak B untuk cakap dia suka aku so that I could prove A wrong. For me, it was the least thing I could ever ask from B, but he still could not fulfill my wish. That marked the end of our relationship. Malu weh kena reject. Nangis jugak aku dalam sebaldi dua.

Out of disappointment, aku terus terima Nik and now I know that that was the best deciseion I've ever made in my life. From that day, I have opened my heart as wide as I could for him. Betullah kata orang, mengoratlah perempuan di saat dia tengah heart broken. You really follow the advice kan abbang? Ini jugak aku anggap jodoh yang salu datang saat kita tak jangsa. Tetiba je, Puffff!!! It just happened! Tetiba je aku dah jadi tunang orang. Tetiba je aku dah jadi bini orang. Eh, itu belum. :3

He is easy to love because I know he has tried hard, but I have to admit that it is hard to forget one. Aku siap mintak halal kalau sayang aku kat dia tak cukup seperti sepatutnya. Dia cool je. Parah jugak aku masa tu. Tapi, aku berjaya. Sekarang, aku pulak yang sayang dia lebih tau. Perempuan kalau dah sayang memang berlebihan. :P I am very fortunate to have him, tapi aku syak dia takut gak aku ubah fikiran. Sebab tu kitorang tunang raya ketiga tahun lepas. Kalau ikut aku, nak nikah je terus. Jimat duit, jimat masa. Tunang lama lama macam ni, pernah tak jumpa sampai 4 bulan, memang bikin banyak masalah. T_T

Dia pernah bagitahu entri, Surat Untuk Bakal Isteriku pun dia tulis untuk aku. Kononnyalah. Padahal dok target Google Search kan abbang? Suka jugak juga ada pasangan blogger ni. Rasa sweet sangat tiap kali he writes entries about me telling that i am his. Memang tu kot kegemaran wanita. Bila pasangan dia tak malu announce pasal kewujudan kita. Rasa nak terbang pun ada. Korang dah baca ke 14 Perkara Lelaki Wajib Tahu Tentang Perempuan nih? Caption kat gambar tu buat aku melting sampai kena masuk freezer. Jiwang siot laki aku! Hahahahahaa

Dapat time pergi wedding anak lecturer aku. Boleh ke aku ikut semua nih???
Pesanan aku untuk korang yang masih menunggu yang tak muncul-muncul, yang asyik kena reject macam aku, kalau tetiba ada yang datang cakap dia ikhlas nak kawin ngan awak, rupa pun sedap tenang mata memandang walaupun bukan macam Brad Pitt, beragama (solat tak tinggal paling penting), mampu, daripada keluarga baik-baik, direstui, terimalah walaupun rasa macam ragu-ragu tentang cinta. Love will follow if we really open our heart and work on it.

Give a chance first, then we'll know. Tetiba rasa rindu. Chiao.

Ps- Nanti, aku share ngan korang Surat Untuk Nurmujahidah kalau rajin.  Kali ni tak janji. Mohon jangan tuntut. :p
Wassalaam.

7 comments:

  1. giler suwit korang, hahahahaha

    till jannah ok :)

    ReplyDelete
  2. boleh buat cam drama petang2 tv3 ni.. david teo pon msti suke.. hehe... semoge dipermudah segalanye..


    BTW... jom join sama contest senang sungguh ni... :)
    http://peace289.blogspot.com/2015/04/contest-teka-apakah-dalam-genggaman.html

    ReplyDelete
  3. ya allah, subhanallah, bestnyee...hahaha~

    suke last caption tu, kalau ade laki yg...tuuuu...ha... nona setujuuu, tp kalau laki tu solat ade tinggal disebabkan kejenye, cuma x dela sampai x solat, muja rse cmne? and dy ajak kawen, muja ghase ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi muja lah, kalau orang tu betul-betul nak solat, dia akan usaha macam mana sekali pun. muja pernah masuk hutan di mana ada 2 orang je rasanya yang solat dalam kalangan muja tu and masih sempat solat. tunggu dia sempurnakan solatnya dulu baru terima. kalau kewajipan Allah dia sanggup tinggal atas alasan kerja, apatah lagi kita. takut nanti terus lupa. wallahu a'lam.

      Delete