Panduan dan Strategi Untuk Kahwin Muda Dan Kaya - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, October 08, 2015

Panduan dan Strategi Untuk Kahwin Muda Dan Kaya

Panduan dan Strategi Untuk Kahwin Muda Dan Kaya | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku berkahwin pada umur 23 tahun dan suami aku 28 tahun. Aku masih belajar, suami aku baru 3 tahun bekerja. Memang aku perlu akui, tidak senang proses untuk berkahwin, apatah lagi menjalani hidup selepas berkahwin. Menghalalkan yang haram memang payah, tapi ada nikmat besar menanti.

Bagaimana caranya nak kahwin muda dan pada masa yang sama nak jadi kaya? Aku sebagai wanita. Selalu boleh minta duit dengan abah yang dah stabil. Sekarang, nak kena pertimbangkan kedudukan suami pula. Lain. Percayalah. Tapi, yakinlah. Setiap kemusykilan, kepayahan, permasalahan, ada jalan penyelesaiannya. Mungkin, kita sahaja yang masih belum berjodoh dengan cara yang betul.

Klik - Strategi Kahwin dan Kaya

Panduan persediaan kahwin, tambah pendapatan, tips jimat belanja kahwin, urus wang rumahtangga
Ingat senang ke suami aku nak cari duit untuk kahwin dengan aku? Susah. Tapi jadi senang bila dia ada strategi. :)

Aku pernah baca,'Melayu kata, kaya baru kahwin. Islam kata, kahwin kalau nak kaya'. Nampak tak betapa agama kita sangat menggalakkan perkahwinan di waktu muda. Cuma, faktor kewangan selalu menjadi faktor penghalang. Tak sepatutnya begitu dan memang tidak akan jadi begitu kalau kita tahu cara-cara mengatasi masalah duit ini. Jangan risau. Ada banyak tip untuk jimat belanja kahwin tau.

Siapa dalam dunia ini tidak mahu jadi kaya???


Sebelum kita kahwin, kita diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan untuk memberi gambaran kehidupan selepas berkahwin. Biasanya, kita hanya diberitahu tentang kewajipan pemberian nafkah oleh suami kepada isteri. Tidak pula kita diberitahu secara terperinci bagaimana menguruskan kewangan dalam rumah tangga. Padahal inilah antara yang paling mustahak!


Panduan persediaan kahwin memang penting untuk mereka yang ingin kahwin awal, macam kami nilah. Tanpa panduan yang lengkap, macam mana nak hidup dengan orang yang baru muncul dalam kehidupan? Kita selalu berasa yang kita dah bersedia apabila segalanya sudahsempurna. Lupakah kita yang tiada perkara sempurna di dunia ini? Cara kita melihat situasi membezakannya. 

Ingat! Nak kaya ada caranya...


Umur 20-an dikatakan masa terbaik untuk menghasilkan zuriat berkualiti, terbaik. Tidak terlalu muda atau tua. Bukanlah nak kata kalau bukan masa ini, jadi tak baik. Tapi, masa mudalah masa paling baik. Faham maksud aku? Tapi, macam mana kalau dalam masa terbaik ini, status kewangan masih di awang-awangan? Di awan-awanan? Nak tunggu stabil segara aspek, membujanglah sampai tua.

Wahai lelaki! 


Ada banyak strategi untuk tambah pendapatan sebelum dan selepas berkahwin dan menguruskan kewangan rumah tangga. Cuma perlu cari sahaja. Buat mereka yang masih mencari-cari, di bawah ini terdapat senarai strategi yang boleh digunakan untuk membolehkan kita mencapai impian alam perkahwinan idaman tanpa perlu merasa terhimpit dan tersepit dengan masalah kewangan.

panduan persediaan kahwin, tambah pendapatan, tips jimat belanja kahwin, urus wang rumahtangga, tip kewangan rumahtangga
Klik gambar ini untuk kahwin sambil berjimat sehingga RM10k !!!

Selamat pengantin baru wahai pengantin yang bijak uruskan kewangan rumahtangga. Yang mahu jadi kaya bersama-sama. Dah kaya nanti, jangan lupa ibu bapa. Keberkatan dan keredaan hidup ada kat tangan mereka. Hehehe

ps- Kawan aku di IPGKKB pun ramai yang kahwin di usia muda. Sama-sama pelajar pula tu. Strategi power apalah yang dia pakai ye? Hmmm

Wassalaam.


10 comments:

  1. okeh.

    boleh proceed untuk rancangan perkahwinan yang seterusnya.

    ReplyDelete
  2. muja dah kwin ke???adoii lm ketinggalan cerita ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah kahwin di usia yang muda.. :-)


    ps : lama tak datang komen kat blog muja.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. alhamdulillah. setiap wanita pun bersyukur bila ada lelaki yang sanggup jadi penjaganya. :)

      Delete
  4. Alhamdulillah.. dh kahwin pasti ada rezeki Allah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Syukur jika bertemu jodoh di usia muda... Yang penting kahwin atas dasar ilmu dan iman.. Usia bukan penghalang.. Rezeki selepas kahwin tu Allah dah janjikan...

    ReplyDelete
  6. bestnya kahwin muda.. jeles tgk hehehe . semoga berbahagia ye

    ReplyDelete