Kenapa Famous Sangat Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong Ni??? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, June 04, 2016

Kenapa Famous Sangat Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong Ni???

Kenapa Famous Sangat Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong Ni??? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Seperti biasa, gambar dalam entri ini sudah diperam lama baru nak upload. Diharap rasanya masih sedap ala-ala baru digoreng. Memm

Baru-baru ni, aku ada pergi jenjalan di Terengganu dengan Fariena. Jenjarang aku yang suka letak atas sofa tengok tv sambil makan jajan ni rajin untuk pergi jenjalan tau. Kitorang stay kat rumah Ain. Terima kasih sangat Ain sekeluarga, dah sudi terima kehadiran kami kat sana. Sorry sangat sebab  makan banyak. Kalau pergi sana lagi, mohon kurangkan kesedapan makanan ye Ain. :')

Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong Terbaik!


Antara tempat menarik yang aku lawati kat sana mestilah Warung Pok Nong. Warung Pok Nong ni dalam 20 minit gitu dari Kuala Terengganu. Warung ni terletak tepi pantai. Best makan sambil disapa angin pantai sepoi-sepoi bahasa. :)

ikan celup tepung, ikan celup tepung pok nong, warung pok nong, melawat terengganu

Ikan celup tepung adalah hidangan yang paling famous di Warung Pok Nong. Memang sedap. Botol sos memang dorang dah prepare atas setiap meja. Senang. Tapi, aku tak reti pulak nak describe perbezaannya dengan ikan celup tepung yang kita goreng kat rumah. Mungkin sebab ikan dia segar dan tepung dia rangup serta harga dia murah, buat orang ramai tak jemu-jemu datang kat sini. Tempat yang sangat sesuai kalau nak makan ringan-ringan sambil relax. 


Bersabarlah tunggu untuk dapat meja. Bila dah dapat, bangun cepat-cepat tau. Kesian orang dok tunggu nak duduk. Kalau hati kering, duduk je kat situ sampai puas. Tak de yang marah pun. Ekeke.

Rela Beratur Lama demi Ikan Celup Tepung Pok Nong Ye???


Orang ramai beratur dari dalam sampai ke luar kedai untuk dapatkan ikan celup tepung Warung Pok Nong ni. Kalau nasib baik, dalam 15 minit sampailah korang punya turn. 15 minit pun lama? Korang bayangkan orang yang tunggu 30 minit kat belakang korang. Bersyukurlah. Lepas goreng, letak banyak-banyak atas kaunter, terus lesap. Hilang di pandangan. Kena goreng non stop. Aku dapat bayangkan la letihnya pekerja kat Warung Pok Nong ni. Tak sempat nak berehatla kalau macam ni.

tempat makan sedap terengganu, warung pok nong, melawat terengganu

Selain ikan celup tepung, air batu campur di Warung Pok Nong pun sedap. Manis pun sedang-sedang. Warna pun menarik. Penting tau presentation makanan. Ada chef tu kata, sebelum mulut kita makan, mata kita yang makan dulu. Kalau makanan kurang cantik, kurang selera nak makan walaupun rasa dia sedap. Sedapnya kalau boleh pekena abc dalam cuaca panas. Betul tak?


Masa pergi sana, Fariena berpeluang jumpa dengan kawan dia. Cantik sangat. Dah kahwin ye. Kira macam reunion kecil-kecilan kat sana. Aku lupa pulak nama dia apa. 

ikan celup tepung warung pok nong, melawat terengganu, tempat makan menarik terengganu

Peminat Seafood Wajib Singgah di Warung Pok Nong Ni!


Honestly, aku bukanlah peminat seafood, tapi celup tepung kat Warung Pok Nong ni memang tekak aku boleh terima. Adik perempuan kawan Fariena tak sabar nak mentekedarah ikan celup Pok Nong ni. Selain ikan, ada udang dan sotong juga tau. Harga memang jauh lagi murah daripada tempat lain.


Panas -panas pun takkan kulepaskan peluang amik gambar dengan signboard Warung Pok Nong ni. Tengoklah orang yang beratur tu. Ramai tak hengat. Semua rela bersabar semata-mata nak menikmati makanan laut celup tepung ni. Kenapa famous sangat ikan celup Warung Pok Nong ni? Hanya peminatnya yang tahu sebabnya. :D


Tu jelah. Kalau korang berpeluang melawat Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Warung Pok Nong tau!

Wassalaam.

1 comment: