7 Tip Memelihara Teacup Cat, Si Kucing Kecil - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, September 19, 2016

7 Tip Memelihara Teacup Cat, Si Kucing Kecil

teacup cats, kucing kecil, 7 tip pelihara teacup cats
Image source : catbreedswithpictures.com


7 Tip Memelihara Teacup Cat, Si Kucing Kecil | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kucing adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat mudah untuk kita sayangi dan cintai. Sebab itulah, ramai yang sanggup memelihara kucing dan terus rasa terikat kasih sayang antara satu sama lain. Hari ini terpanggil pula untuk bercakap pasal kucing. Kucing kecil. Hehe.

Aku sendiri ada kucing kat rumah. Adik aku si Huda tu yang selalu jaga. Walaupun dia macam cacat sikit, kitorang semua sayang kat dia tau. Termasuklah abah dengan adik lelaki aku. Macam manalah dia boleh buat manusia jatuh cinta pada dia ye. Tapi, da satu lagi jenis kucing yang pemilik kucing akan lebih sayang daripada kucing mereka yang biasa; TEACUP CATS. 

Teacup Cat, Kucing Miniature Paling Comel di Dunia


Teacup Cats ni sebenarnya kucing biasa sahaja yang ada semua ciri seekor kucing normal, kecuali saiznya yang lebih kecil. Teacup Cat jantan biasanya akan mempunyai berat sehingga 7 pounds, berbanding kucing jantan biasa yang biasanya seberat 17 pounds. Sama juga dengan kucing betina. Beza berat Teacup Cat dengan kucing biasa biasanya sebanyak 10 pounds. Perbezaan pada Teacup Cats ini sebenarnya terjadi hasil daripada mutasi genetik yang sangat jarang berlaku. 

Disebabkan mutasi ini, agak sukar bagi Teacup Cats nak membiak. Masih boleh, tapi ambil masa yang agak lama. Kesian korang. Banyak pula masalah sebab dorang lain dari yang lain kan. Sebagai pemilik Teacup Cats, ada benda yang anda boleh buat untuk membantu Teacup Cats hidup dengan lebih selesa.


teacup cats, kucing kecil, 7 tip pelihara teacup cats
image source http://www.petwellbeing.com/


1. Pastikan Teacup Cat mempunyai ruangnya sendiri.


Anda perlu menyediakan Teacup Cat dengan ruangnya sendiri. Anda boleh membeli kitty box. Kalau rasa mahal, buat sendiri pun boleh. Jangan lupa untuk letakkan selimut dan bantal dalam kotak tu supaya dorang tidak kesejukan dan sentiasa selesa. 

Teacup Cat ni sensitif sikit berbanding kucing biasa. Fragile kata omputeh. Sebab tulah dorang perlukan lebih kehangatan dan perlindungan. Korang kenalah faham tu.

2. Pastikan makanan Teacup Cat cukup


Kalau dengan kucing biasa, anda ada banyak cara untuk bagi makanan untuk binatang peliharaan anda tu. Banyak produk dengan pelbagai tahap kualiti di kedai yang anda boleh pilih. Tapi kalau dengan Teacup Cat, korang kena hati-hati semasa membuat pilihan. 

Teacup Cat perlu diberi makanan dengan kualiti terbaik sahaja sebab Teacup Cap lebih lemah. Dorang perlukan lebih protein berbanding kucing biasa. Pastikan anda periksa dulu kandungan protein dan tenaga yang anda berikan kepada Teacup Cat. 

Benda ni penting supaya makanan itu sesuai dengan keperluan nutrisinya. Kalau tak tahu nak pilih, tanyalah vet anda secepat mungkin. Jangan lupa juga untuk memberi makan dalam 3-4 kali sehari.

3. Pastikan Teacup Cat anda sentiasa terhidrasi


Teacup Cat memerlukan lebih tenaga dan protein sebab badan mereka yang kecil. Samalah juga dengan keperluan hidrasi mereka sepanjang hari. Letakkan mangkuk leper berisi air untuk Teacup Cat anda supaya mereka boleh minum air dengan lebih mudah.

4. Latih Teacup Cat membuang air awal


Nasihat nombor 4 ini sesuai untuk semua pemilik haiwan peliharaan. Latihan membuang air bagi Teacup Cat dari peringkat awal akan membantu menjadikannya suatu kebiasaan. Pastikan anda mengisi kotak kucing dengan pasir pembuangan dan letakkan kucing anda di situ dalam 5-6 kali sehari. Lakukan langkah ini selama beberapa minggu untuk menjadikannya suatu kebiasaan.

5. Lindungi teacup cat anda


Bila saiznya kecil, susah sikit orang yang perasan kehadiran kucing anda. Tanpa sengaja, dorang boleh tercedera. Jadi, bila anda sedang menerima tetamu di rumah, pastikan anda sentiasa ada dengan Teacup Cat anda itu. Kalau susah sangat, letak dorang dalam bilik yang selamat. 

Kemalangan kecil seperti jatuh atau terpijak sikit sahaja sudah boleh menyebabkan kecederaan parah. Senang cerita, tak payahlah pelihara teacup cat kalau anda ada anak kecil atau binatang peliharaan lain yang lebih besar.

6. Jaga kesihatan mereka


Memang tak dinafikan yang teacup cap perlukan perhatian lebih. Anda kena fokus kepada kebiasaan dan kesihatan mereka. Mungkin anda rasa macam melebih-lebih, tapi anda perlu jadi melebih-lebih kalau dengan teacup cat. 

Teacup cat biasanya mempunyai muka yang leper, menyebabkan mereka lebih terdedah kepada masalah pernafasan. Jadi, selalu selalulah perhatikan mata mereka kalau-kalau jadi merah, batuk-batuk atau bersin atau apa sahaja yang buat kucing kecil anda itu tidak selesa. 

Teacup cat juga terdedah kepada jangkitan kuman dan penyakit Polycystic Kidney. Polycystic Kidney Disease ini adalah masalah kegagalan buah pinggan akibat daripada kekurangan protein dalam pemakanan teacup cat anda. Antara simptom biasa bagi penyakit ini adalah kurang selera makan, nafas berbau dan kencing berdarah.

7. Sayangi kucing kecil anda


Sentiasa sayangi kucing anda sebanyak yang mungkin. Teacup cat adalah makhluk yang lemah. Peliharalah mereka dengan baik supaya mereka sentiasa selamat. Kalau teacup cat anda rasa sunyi, dorang boleh rasa tidak dihargai dan menjadi tertekan. Luangkan masa dengan mereka supaya mereka sentiasa gembira.

teacup cats, persian teacup cats, kucing kecil, 7 cara pelihara teacup cat
image source http://www.enkivillage.com/

LOVE CATS!!!

Sayangilah kucing anda. Dia saham ada di sana nanti, insya Allah.

Teacup cats adalah antara makluk paling comel yang anda akan jumpa di seluruh dunia. Mereka adalah kucing kecil yang sangat mudah disayangi. Bagaimanapun, kucing miniature ini memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang disebabkan oleh saiznya yang kecil. Mereka perlu diberi makanan yang betul dan sentiasa terhidrat sepanjang hari. Perhatikan habit mereka sebab dorang sangat mudah mengalami masalah pernafasan yang kadang-kadang sukar untuk dikenalpasti. 

Teacup cats mungkin memerlukan anda lebih berusaha, tapi itulah yang boleh buat anda jadi lebih bertanggungjawab. Mereka ini kucing yang sangat menakjubkan dan sangat berbaloi untuk dipelihara.

Wassalaam.

1 comment: