Diari Hamil Muja- Result Ultrasound dan Berat Badan Mula Turun - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, March 27, 2017

Diari Hamil Muja- Result Ultrasound dan Berat Badan Mula Turun

Diari Hamil Muja- Macam Mana Berat Boleh Turun | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tetiba, sudah masuk entri ketiga blog thread 'Diari Hamil Muja'. Nampaknya blogging passion ada lagi dalam diri aku. Ingatkan dah hilang bila kena menghadap internet yang tak stabil di kawasan perumahan aku ni. Mungkin sebab internet semakin stabil walaupun masih tak stabil. Untuk yang ketinggalan, boleh baca 2 entri sebelum ini di link Mula-mula Tahu Pregnant dan Ujian Prenatal dan Antenatal ini.

Sambung cerita, bila aku tahu result ujian glukos tak memberangsangkan, umi berikan aku Nutren Diabetics. Nama sahaja Nutren Diabetics, tapi orang yang tak sakit macam kita pun boleh minum. Nutren Diabetics datang dalam serbuk susu dan merupakan hidangan lengkap untuk satu waktu makan. Jadi, aku memilih untuk minum Nutren Diabetics pada waktu malam. Walaupun lengkap, takkanlah setiap waktu makan pun nak minum benda ini aja kan?

Macam mana ia berfungsi mengawal kandungan glukos darah? Disebabkan ia mempunyai Glycemix Index yang rendah, glukos akan masuk ke dalam darah secara lebih perlahan dan kita akan berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Jadi, kandungan gula dalam darah akan lebih rendah dan terkawal. Sangat sesuai untuk mereka yang rasa perlu mengawal diet harian.



2 lagi supplemen yang umi aku bekalkan adalah Similac Pramilet dan Belvea Begin Formula. Similac Pramilet untuk membekalkan asid folik dan mineral penting yang lain untuk perkembangan bayi. Asid folik sebenarnya perlu diambil semasa ibu merancang untuk mendapatkan anak lagi, bukanlah bila tahu hamil baru nak ambil. Tapi, aku tak tahu sebelum ni. Nak buat macam mana. Namun, asid folik masih perlu diambil secara konsisten selambat-lambatnya dalam 2 bulan pertama kehamilan. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan pada otak bayi.

Apabila dalam 2 bulan pertama keadaan ini berlaku (Nauzubillahiminzaalik), makan asid folik banyak mana pun sudah tidak berguna lagi. Bayi boleh mengalami kecacatan otak kekal atau boleh keguguran. Jadi, bila dapat tahu hamil, terus ambil asid folik setiap hari tanpa ponteng. Mula-mula dulu susah juga aku nak disiplinkan diri. Malaskan. Lama-lama menjadi kebiasaan. Alhamdulillah.

Belvea Begin Formula pula merupakan suplemen minyak ikan. Yang istimewanya dengan Belvea, ia menggunakan minyak ikan pada bahagian badan, bukan paru-paru. Ia juga minyak ikan yang melalui triple distillation menjadikannya lebih berkualiti dan berbeza dengan minyak ikan yang lain yang kebanyakannya adalah jenis filtered.

Kalau nak dapatkan Nutren Diabetics, Similac Pramilet dan Belvea Begin Formula dengan harga murah, boleh hubungi Klinik Dr Alwani, Selising, Pasir Puteh, Kelantan, yakni klinik umi aku sendiri di 09-7891208 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 pagi. Lepas daripada masa ini, memang tidak akan dilayan. Selain itu, aku juga mengamalkan Set Hamil Shaklee. Insya Allah aku cerita di lain entri.

20 Januari 2017- Tibalah masa untuk ujian antenatal kedua di klinik umi. Nervous sangat bila aku kena buat MGGT atau ujian glukos sekali lagi. Keputusannya:

Berat badan- 65kg. Turun 2kg hasil tak makan nasi sangat, minum air kosong plus chia seed plus green tea. Ada juga minum ESP Shaklee.
Bacaan glukos puasa- 4.1 mmol/L. Lebih rendah daripada yang sebelum ini.
Bacaan glukos selepas 2 jam pengambilan glukos- 7.2 mmol/L. Naik? Kenapa???

Berbeza sangat ke muka sebelum dan selepas hamil sampai kawan aku tanya kot-kot aku sakit?

Berat badan turun 2kg dalam sebulan memang pencapaian pengurangan berat badan terhebat bagi aku. Bacaan glukos berpuasa pun turun. Kenapa bacaan glukos selepas 2 jam naik pula? Seriously, sistem badan orang hamil memang tak sama dengan orang tak hamil. Panik aku makin teruk. Masa ni, umi pun sudah mula risau sama sebab beliau kurang kepakaran dalam menguruskan pesakit Diabetes, tambah pula dalam keadaan hamil.

Sebab kandungan gula dalam darah agak tinggi, umi jalankan pula ujian gula dalam air kencing. Alhamdulillah, air kencing aku clear daripada gula.

My baby's first photo. Cute tak? Hehehe

Next, pertama kali buat pemeriksaan ultra bunyi atau lebih familiar dengan ultrasound. Sebelum mula, umi sapu dulu ultrasound gel untuk licinkan kawasan bawah pusat. Kalau orang yang penggeli, kasihan aku tumpah untuk korang. Bila umi dah golek-golekkan alat dia tu, alhamdulillah, dapat tengok sendiri degupan jantung walaupun ukuran bayi masih kecil. Tapi, timbul pula masalah baru. Umi mengesan ada cyst bersaiz kecil di ovari kiri.

Ya Allah, dugaan apa lagi. T_T

Umi pun mengaturkan temu janji dengan pakar sakit puan dengan Doktor Aziati di Klinik Hikmah, Kota Bharu (sebelum bernama Klinik TMC) pada 22 Januari 2017. Aku semakin pucat dan tak bermaya sebab tak lalu makan. Sebelum masuk jumpa doktor, nurse timbang berat badan dulu. Turun lagi 2.5kg menjadi 63.5kg. Nurse pun cakap, 'Banyaknya turun.' Dia tak tahu aku jaga diet. Tak pelah turun dari segi lemak, bukannya anak tak membesar dalam perut. Yang penting anak sihat.

Gambar cop Klinik Hikmah pun ok sebagai kenangan pertama kali pergi jumpa doktor pakar.

Tibalah masa untuk aku masuk jumpa doktor. Apabila Dr Aziati melihat keputusan ujian antenatal sebelum ini, beliau agak terkejut sebab dalam masa 2 bulan, sudah 2 kali ujian glukos dilakukan. Biasanya, sepanjang proses kehamilan, adalah dalam 3 kali begitu kita buat ujian ini. Umi bagitahu lah dia curious nak tengok result glukos test lepas aku dah hilang berat badan banyak.

My baby's second photo session. He is so strong and healthy! :'D

Doktor Aziati juga memberitahu yang keputusan ujian glukos yang tidak normal bermula dari 7.8 mmol/L. Jadi, 7.2 mmol/L masih normal dan tidak perlu dirisaukan. Ujian glukos ketiga akan dilakukan selepas usia kandungan mencapai 24 minggu. Pemeriksaan ultrasound juga dilakukan. Sekali lagi aku teruja melihat degupan jantung Nik Jr. Tentang cyst pula, doktor cakap tak perlu risau sebab saiznya masih kecil dan tidak akan menjejaskan apa-apa. Cyst ini juga mungkin akan hilang sendiri dalam tempoh kehamilan. Aku berasa sangat lega. Umi sempat juga belanja aku dengan Dr. Aziati makan tengah hari. Terima kasih Doktor Alwani dan Doktor Aziati. Anda berdua sangat membantu saya menghadapi kehamilan pertama saya ini. T_T

Kalau ada anak comel dan lincah, anda boleh seratai Peraduan Gugu Gaga oleh Minyak Bebe Anugerah. Boleh menang wang tunai sehingga RM10 ribu tau. :D

Kalau ada ibu bapa yang memerlukan servis doktor pakar sakit puan dan kanak-kanak, bolehlah ke Klinik Hikmah di Jalan Sultan Yahya, Kota Bharu. Betul-betul berhadapan dengan kedai kereta sebelah Bank Islam. Di sana ada 2 orang doktor pakar. Lelaki dan perempuan. Yang perempuan, Dr Aziati yang sangat baik dan peramah. Bila dia bercakap, hati yang takut pun boleh hilang rasa risau. Recommended!

Eh, dah 3 kalilah aku buat antenatal check up. My next antenatal check up adalah di tempat baru, negeri baru. Nantikan okay. Macam biasa, aku mohon doa korang dari jauh. Mintalah aku boleh bersalin secara normal dan anak aku lahir dalam keadaan sihat sempurna. Yang penting, semoga dia membesar menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa, bangsa, negara dan agama. Amiin.

Wassalaam.

1 comment: