SGI Vacation Club Tipu? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, April 26, 2017

SGI Vacation Club Tipu?

SGI Vacation Club Tipu? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebagai pengguna internet tegar, aku tidak nafikan yang banyak informasi di alam maya ini adalah tidak sahih, tetapi itu tidak bermaksud SEMUA maklumat adalah salah.

Antara maklumat yang BENAR adalah mengenai kewujudan pakej percuma penginapan 3 hari 2 malam di mana-mana hotel atau resort di bawah pengurusan SGI Vacation Club untuk mereka yang menghadiri vacation preview kelab percutian ini. Antara maklumat yang SALAH pula adalah mereka yang menyatakan SGI Vacation Club adalah sebuah scam atau fraud atau penipuan.



SGI Vacation Club yang sebelum ini dikenali sebagai Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) adalah sebuah kelab percutian yang menawarkan pakej-pakej penginapan yang sangat menarik kepada mereka yang menggilai aktiviti melancong sama ada di dalam atau di luar negara.

Dengan keahlian di SGI Vacation Club, semua ahli dapat memilih daripada beribu-ribu tempat penginapan yang disediakan dan menikmati pengalaman menginap di tempat penginapan yang selesa dan mewah dengan harga yang jauh lebih rendah dengan partner mereka, Interval International. Bukankah itu sesuatu yang baik dan bermanfaat? Tiada salahnya kalau kita mahukan suasana percutian yang selesa semasa bercuti.

Namun begitu, apabila wujudnya sesuatu perkara yang baik seperti ini, akan wujud jugalah pihak yang mungkin tidak memahami konsep sebenar SGI Vacation Club, tetapi tidak mahu menyiasat perkara yang sebenar. Mungkin juga, mereka berasa tidak percaya dengan apa yang mampu disediakan oleh SGI Vacation Club kerana mereka tidak boleh menerima hakikat yang mereka sendiri tidak mampu memberikan tawaran dan perkhidmatan sebaik itu.

Golongan ini seterusnya akan berkongsi dengan orang ramai sehingga timbul salah faham yang merosakkan reputasi syarikat. Inilah antara punca tersebarnya cerita-cerita salah dan tidak elok yang kononnya SGI Vacation Club menipu para pelanggan. Hal ini menyebabkan banyak kekeliruan orang ramai dan pastinya menjejaskan reputasi baik SGI Vacation Club.

Siapa kata SGI Vacation Club Menipu? Aku dengan yakinnya ingin menyatakan yang SGI Vacation Club sama sekali tidak menipu. Bagaimana aku boleh yakin? Mestilah sebab aku sendiri sudah mempunyai pengalaman menghadiri vacation preview oleh pihak SGI Vacation Club dan menginap secara percuma di salah sebuah tempat penginapan di bawah kelolaan kelab percutian ini.

Untuk memudahkan para pelanggan yang ingin menghadirkan diri, kita dibolehkan untuk memilih sendiri tempat penginapan yang dirasakan sesuai daripada senarai tempat penginapan mereka. Mungkin ada yang cenderung untuk memilih tempat penginapan yang lebih dekat. Mungkin juga ada yang lebih cenderung untuk merasai tempat penginapan baru di tempat yang lebih jauh dari rumah. Pada masa itu, aku memilih untuk menginap di salah sebuah tempat penginapan mereka di Kuala Lumpur.



Penginapan percuma ini aku anggap sebagai percutian yang diberi oleh pihak SGI Vacation Club untuk merasai sendiri pengalaman menginap di sebuah tempat penginapan selesa seperti yang dijanjikan. Penginapan percuma itu juga boleh dianggap sebagai tanda penghargaan kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri vacation preview yang dijalankan. Bagi aku, tiada yang salahnya dengan perkara ini. Bukankah itu sesuatu yang sangat baik dan menakjubkan?

Daripada pengalaman peribadi aku sendiri menghadiri vacation preview di Kuala Lumpur, aku telah berpeluang merasai sendiri pengalaman menginap selama 3 hari 2 malam di Swiss Garden Residences Kuala Lumpur menggunakan baucar yang diberikan. Semasa vacation preview itu, kita akan ditawarkan dengan pelbagai pakej yang disediakan oleh SGI Vacation Club, tetapi kita tidak akan didesak untuk memilih dan membeli mana-mana pakej tersebut.

Ia bergantung kepada diri kita sendiri sama ada ingin mengambil pakej tersebut atau tidak. Walaupun kita tidak menerima mana-mana pakej, baucar penginapan tetap akan diberikan kepada kita seperti yang dijanjikan. Dapatlah juga kita berehat dan bersantai di tempat penginapan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Jadi, bahagian mana yang tipunya?


Pengalaman menginap di bilik yang cantik dan mewah itu memang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Yelah, bukan selalu kita dapat peluang untuk berehat dan menenangkan fikiran dalam suasana baru yang menyenangkan. Bilik yang disediakan sangat cantik dan layanan yang baik oleh para pekerja walaupun aku menginap tanpa sebarang bayaran, menyebabkan aku menghargai peluang tersebut. Sebagai orang yang sudah merasai sendiri pengalaman tersebut, aku boleh memberi jaminan bahawa SGI Vacation Club tidak menipu. 

Aku betul-betul tidak faham dengan orang yang senang-senang membuat fitnah semata-mata kerana merasakan yang sesuatu itu adalah sebuah penipuan. Padahal, mereka sendiri tidak pasti dengan apa yang mereka rasakan. Apa kata kalau mereka pergi dulu sendiri dan rasai sendiri pengalaman tersebut. Tidak timbul soal hilang duit atau ditipu kalau kita memilih untuk tidak membeli pakej yang disediakan. Kemudian, kita masih dapat peluang untuk menginap di tempat penginapan terbaik secara percuma dengan baucar yang disediakan.

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk menghadiri vacation preview oleh SGI Vacation Club dan mendapatkan baucar penginapan secara percuma, bolehlah singgah ke laman web SGI Vacation Club. Anda pasti tidak akan kecewa dengan pengalaman tersebut. Wassalaam.

13 comments:

  1. Seronoknya dapat stay free.hotel pn nmpk mewah dan selesa

    ReplyDelete
  2. Salam, saya Kamaruddin Bin A Rahman, saya ahli sudah 5 tahun, tiada masalah dan sangat gembira dengan perkhidmatan SGIVC, bagi saya hotel yang ditawarkan di Bali amat menarik & terasa murah sgt dengan apa yg dah dibayar, sampai 4 kali saya ke sana dengan 3 pilihan hotel, Kuantan saya pergi secara berkala 2 kali setahun utk ziarah keluarga, Damai Laut juga sgt menarik bertaraf antarabangsa dgn panorama yg cantik di waktu senja bertiraikan Pulau Pangkor, fahami apa yg ditawarkan, tempah seperti yg dicadangkan iaitu setahun awal utk homebased & 6 bulan utk antarabangsa, jgn sesekali join club kerana voucher percuma, anda perlu audit sendiri kemampuan anda, cuma anda kena faham ini adalah sebuah kelab percutian, jangan masuk kelab perahu layar kalau x minat perahu layar, jangan masuk kelab catur jika tidak minat bermain catur, kelab ini untuk mereka yang serius minat bercuti secara terancang. Sila rujuk apa sahaja kelab, adakah ahli kelab masuk ahli kerana kempen voucher percuma? Juga tidak timbul soal pilihan hotel yg terhad, hotel yg tersenarai pun sukar nk dihabiskan.

    ReplyDelete
  3. Ya.....Saya setuju dengan pendapat En Kamarudin

    ReplyDelete
  4. salam .. saya sudah 15 tahun menjadi ahli.. tiada masalah pun.. apa yg dikatakan tipu tu... damai laut appartment dah lebih 5 kali.. damai hotel 2 kali.. kuantan 6 kali.. crown plaza kuching 2 kali.. damai santubong 1 kali..corus paradise PD 2 kali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan percaya vacation club ini, list hotel panjang tapi yang kosong hanya damai laut dan Kuantan

      Delete
    2. Betul. Penipuan besar. Yg sokong tu, mesti pekerja mereka

      Delete
    3. Terkena jugak..mmg hanat..such a rubish

      Delete
    4. Pakej 20k. Dapat 7 malam. Dia tak cerita 5 malam tu hari be kerja. 2 mlm ja ari minggu.
      B) kena tempah lebih dari sebulan.
      C) kena bayar 30% baru dapat 7 mlm.
      D) ada 7 hotel shj. Masa ajak join kata byk.
      Saya terminate terus dari terus rugi.

      Delete
  5. TERBARU>
    SAYA PAKEJ PLATIUM SEJAK 2008.
    BANYAK ENTITLEMENT YANG TAK DIGUNAKAN.
    TETAP BAYAR ANNUAL MAINTANENCE FEE SETIAP TAHUN
    2016 ni. AKAUN SAYA DIBATALKAN HANYA KERANA LAMBAT BAYAR ANNUAL MAINTAINENCE FEE SELAMA 13 HARI DARI TARIKH AKHIR PEMBAYARAN 30 SEPTEMBER 2016.

    BILA DITANYA SEJAK TUKAR MANAGEMENT BARU MMG COMPANY AKAN TERMINATED JIKA LAMBAT BAYAR. SAYA JUGA ADA MEMBERS CLUB PALACE OF THE GOLDEN HORSES. TAPI WALAUPUN LAMBAT BAYAR ANNUAL MAINTAINENCE FEE XDE PLAK DI TERMINATED AKAUN.

    MEREKA KATA ADA TERTULIS DALAM AGG> ADA SESIAPA YANG BOLEH BAGI PENCERAHAN ATAU YANG TERKENA SAMA SEPERTI SAYA?

    SAYA RASA SANGAT UNFAIR. KITA BUKAN BAYAR SERIBU DUA. KITA BAYAR PULUH RIBU

    ReplyDelete
  6. (Sambung bayar)Saya nak jual kad membership ni rm3500 harga blh bincang..ada baki 30bulan utk sambung byr,tahun ini ada baki 5malam baki boleh digunakan.pakej gold 7mlm boleh guna hingga 30thn,tarikh last offer 30/7/2018 .. kalau tiada mahu kami terminate..

    ReplyDelete
  7. kalau boleh ye tak payah join lah. hanya homebase saja bagus, saya telah 17tahun dengan sgvc, setahun damai laut setahun kuantan macam tu la pusingannya selama 17 tahun sampai macam nak muntal tapi apa boleh buat sebab hotel oversea yang lain semua dia kata contract sudah tamat tak boleh book, suruh tunggu sebulan, lepas sebulan dia kata contact ada sambung tapi fully book. macam tu la cara mereka permainkan member, jadi kamu cuma berpusing saja lah dengan damai dan kuantan tu.

    ReplyDelete
  8. Ada nasihat utk say yang baru Cuba no Masuk ni x?..sapa2 blh advise samadaia bagus atau x?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. X payah. Percaya la. Baik guna booking.com atau trivago

      Delete