Tempat Menarik di Melaka Yang Wajib Dilawati - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, April 28, 2018

Tempat Menarik di Melaka Yang Wajib Dilawati

Tempat Menarik di Melaka Yang Wajib Dilawati | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Bila kita tak pernah keluar daripada persekitaran yang sama sama bertahun tahun, percayalah yang kita sebenarnya menyekat ilmu dan pandangan. Itulah kenapa orang yang orang tidak mengembara diibaratkan seperti air sungai yang tidak mengalir. Lama-lama akan membusuk. Kena sangat dengan aku dulu. Aku dulu, bersekolah rendah, menengah di Kelantan. Asasi di KL setahun, asyik naik bas seringgit ke Mid Valley je. Then, balik ke Kelantan semula menyambung pelajaran di IPG. Betapa macam katak di bawah tempurungnya aku.

Sebenarnya, dari kecil aku nak sangat berjalan jalan di Melaka. Sebab utama, mestilah sebab budak darjah 6 dapat pergi sana masa aku darjah 5. Tup tup, masa darjah 6, sekolah tukar lokasi lawatan. Bila naik sekolah menengah pula, asyik baca sahaja kehebatan negeri Melaka dari zaman Parameswara. Manjang tengok gambar dalam buku teks saja. Pernah sekali tu, keluarga aku berani berjalan-jalan di Melaka tak bawa aku sebab aku tak boleh cuti. Zaman PMR kalau tak silap Urgghhh!!! Memang kecewa sangat masa tu.


Alhamdulillah. Masa di Tangkak, kawan yang kat Jasin bawa aku jenjalan kat  Dataran Pahlawan. Akhirnya, aku dapat tengok betapa gahnya A Famosa berdiri teguh di Melaka. Agak menguji kehebatan juga time nak mendaki bukit tu tapi sangat berbaloi. Sempat juga aku tangkap gambar kat sana. Bila dah penat bergambar, boleh juga melawat banyak lagi bangunan bersejarah kat sana. Nak shopping kat Dataran Pahlawan tu pun boleh tau.


Sekarang ni, kalau korang nak bercuti di Melaka, kena sangat dengan masanya sebab sekarang tengah ada great deal on A Famosa Resort! Aku pun tengah merancang nak ke sana sebab tak puas lagi meneroka Melaka, Bandar Bersejarah itu. Tunggu Nazhan besar sikit. Mesti dia suka sebab ada banyak sangat benda menarik kat A Famosa Resort tu. Hotel, water theme park, animal world safari.  Macam-macam lagilah. Tak delah bosan pergi bercuti. Asyik jalan tepi pantai kutip kulit siput je. Ni baru challenging. Don't mess with Melaka. Sekali pergi, mesti pergi lagi dan lagi. 

Taken from http://www.sgmytaxi.com/theme-parks-malaysia/ 

Sekarang, aku di Muar, Johor. Sangat dekat dengan Melaka. Bawa kereta lalu lebuhraya AMJ, sampai Melaka tak sampai sejam. Selain A Famosa Resort, banyak lagi tempat menarik yang lain kat Melaka. Jom tengok tempat menarik yang aku dah sampai kat Melaka.

Freeport A Famosa Outlet

Masa aku berpantang dulu, memang berniat dah nak bawa adik-adik jalan-jalan kat Melaka. Dorang dah banyak tolong aku jagakan Nazhan kat Kelantan. Kitorang sakan tawaf Freeport A Famosa Outlet sebab tempat ni adalah tempat shopping yang sangat cantik! Dah macam berjalan-jalan kat kampung kat luar negara sebab kat sana ada kincir angin.

Nak shopping dengan suasana yang sangat menarik dan lain dari yang lain, Freeport A Famosa Outlet.

Sumayah siap buat pre-convo photography session lagi kat Freeport A Famosa Outlet.

Restoran Terapung Umbai, Melaka

Sekali sekala, time baru dapat gaji, kitorang suka makan kat tempat yang viral. Antara yang kami dah pergi, restoran terapung Umbai. Memang best! Makanan sedap. Pemandangan santai je. Siap mengadap laut lagi tau. Sakan aku buat Insta Story hari tu. Kih3

Nak makan sedap dikelilingi air, Restoran Terapung Umbai.

MITC, Melaka


Kalau ada aktiviti sekolah Nik pun aku selalu ikut. Ni lah time nak jenjalan daripada terperap je kat rumah. Masa pergi MITC hari tu, ada ekspo kerjaya dan barang bayi. Dewan mana satu aku masuk? Mestilah dewan yang jual banyak baju untuk Nazhan. :D

Masa aku pergi MITC, ada ekspo kerjaya dan ekspo baby. Ada je benda menarik buat kat sini.

Pantai Klebang, Melaka


Masa cuti hujung minggu hari tu, Nik bawa aku pergi Pantai Klebang pula. Panas panas pun, tetap ramai orang yang berkunjung ke sana. Berderet kedai menjual makanan dan minuman. Kat situ, coconut shake Klebang paling famous. Syok pulak tengok orang ramai main layang-layang, naik kuda. Yang paling win, mestilah toiletnya yang dibuat di dalam bas.



Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik yang ada kat Melaka tau. Antara tempat yang masih ada dalam wishlist aku adalah Agrofarm Homestay, Rumah Terbalik, Taman Rama-rama. Kalau ada peluang, insya Allah nak pergi malam pula. Nak rasa beli barang kat Jonker Walk dan river cruise. Seronoknya! Korang pun, kalau ada masa, kena pergi Melaka. Banyak sangat tempat menarik kat sana. Percayalah....

Wassalaam.

2 comments: