Shopping List Untuk Makanan Anakku Nazhan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, October 31, 2018

Shopping List Untuk Makanan Anakku Nazhan

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sejak aku jadi bini, aku mula memasak. Sejak aku jadi mak, aku suka masak. Tapi, lagi suka masak untuk anak sebab dia makan je apa aku masakkan. Tak banyak kerenah. Tak banyak cerewet.Untuk abi dengan uminya, sukatan gula dengan garam nak kena jaga. Leceh... :P

Seminggu sekali, biasanya aku dengan Nik akan ke Econsave untuk topup barang makanan. Bila beli barang makanan, yang penting kenalah halal, tiada gula tambahan, tiada garam tambahan untuk bayi bawah 2 tahun. Walaupun dulu mak-mak cakap nak kena tambahkan juga garam untuk bagi ada rasa, no no no. Setakat ni, Nazhan makan elok aja walaupun aku tak tambahkan garam sebab deria rasa bayi lebih kuat berbanding deria rasa orang dewasa. Tanpa kita sedar, dalam makanan semulajadi yang kita beli tu, sudah ada sodium dorang sendiri. Kita juga ada bahan-bahan organik yang boleh dijadikan penambah perasa.

Ikan bilis, seleri atau keju untuk rasa masin.
Kurma, madu (above 1 year old) atau buah macam mangga atau pisang untuk rasa manis.
Tomato atau asam keping untuk rasa masam.
Black pepper,  mixed spices, halia, kunyit, kari, lengkuas boleh guna lepas anak dah setahun.
Banyak tahu perasa organik yang kita boleh guna untuk anak. Salt is not the only choice. :D

Baca: 6 Resepi Ringkas Untuk Baby Nazhan

So, there is no big deal dengan nasi tawar ke, nasi tak berasa ke. It is just a matter of kita rajin masak ke tak and sama ada kita lebih suka masak atau bagi instant baby food untuk anak kita. It is about our choice. What we choose to feed our children. Not to say yang ni betul yang ni salah sebab semua orang sayang anak masing-masing, nak yang terbaik untuk dorang. Cuma, remember, we are feeding our children, THEIR FOOD. Not OUR FOOD. Just my two cent.

Setakat ni, ada jugalah terbagi Nazhan makanan terlarang, macam roti atau biskut sebab kebetulan depan mata, lepas tu menyesal. Tapi aku masih berusaha untuk bagi makanan bayi yang sesuai. Aku bukan nak jadi skema sangat ke hape, aku cuma sejenis manusia yang sangat paranoid dan tak nak menyesal di kemudian hari.  Hari tu, terbagi makan secoet Cadbury pun Nazhan dah berak cair.

Kau ingat best ke rasa bersalah dengan anak sendiri? Aku bukan kata kalau jadi pemakanan dorang betul-betul, memang takkan sakit ke hape. Kalau Allah dah kata kun fayakun, akan jadi juga. Cuma, aku lebih suka tawakkal selepas berusaha. Kalau apa-apa yang tak diingini terjadi juga, aku kena reda tanpa penyesalan. Gitcheww...

Okay, back to the original topic.

Most of the time, kami fokuskan beli buah sebab kami suka sangat makan buah. Kalau dah macam tak termakan, terus blend jadi jus. Buah juga senang nak sediakan kalau macam rasa nak masak lambat sikit untuk Nazhan. Kiranya, buah ni jadi pengganti snek untuk dia. Antara bahan makanan untuk yang selalu kami prepare untuk Nazhan;

Nasi



Setakat ni, aku guna beras biasa yang kitorang guna saja untuk nasi atau bubur Nazhan. Tip untuk beras hancur cantik; bersihkan, masukkan air, bekukan. Letak atas dapur dalam bentuk beku. Insya Allah halus je bubur anak. Untuk anak yang kurang berat, kita boleh pilih organic baby rice yang boleh beli kat Shopee tu. Biasanya dorang dah tambahkan quinoa atau millet yang boleh tambahkan berat badan anak. Untuk karbohidrat, kita juga boleh beli baby noodles atau baby pasta. Bolehlah pelbagaikan makanan untuk anak. Tak delah dorang bosan.

Baca: Cara masak nasi tanpa kerak.

Tofu


Tofu sangat tinggi dengan protein. Orang dewasa memang rasa macam tak sedap, tapi teksturnya tu bayi suka sebab lembut je and dorang tak tahu nak beza sedap atau tak sedap. Jadi, jangan risau. Carikan tofu yang organik macam dalam gambar tu. Boleh masukkan dalam nasi atau makan dengan buah naga. Tinggi protein. Berkhasiat. Halal.


Keju

Cream cheese boleh, cheddar cheese boleh, sliced cheese pun boleh. B Tapi, cheese ni bersifat lemak tepu, so, kena elakkan guna setiap hari. Kurangkan guna sliced cheese sebab dia masin lebih sikit.

Unsalted Butter

Bater tanpa garam boleh guna sebagai ganti kepada minyak masak biasa tu. Boleh guna buat organis baby biscuits atau lempeng. Bau dia sedap sangat kalau buat tumis bawang.

Mangga




Sesuai buat jus atau smoothie. Kalau combine dengan pisang memang syok sebab dia tambahkan manis smoothie tu. Makan dengan tofu steam pun sedap.

Tembikai




Kalau buat jus tembikai, letak ais, minum tengah hari time cuaca panas ceng ceng tu, aahhh.. legaa.. Anak pun suka.

Rock Melon


rock melon

Rock melon ni sedap! Potong kecil, letak dalam peti beku. Dah keras betul, makan. Boleh dijadikan food teether untuk anak yang asyik nak menggigit je sebab nak naik gigi. Bagi kat Nazhan, asyik nak menambah aje.

Pisang




Pisang lak sedap dimakan begitu saja. Kalau buat smoothie pun okay. Blend dengan kurma, letak dalam peti sejuk. Kalau ada nasi kosong, lenyek dengan pisang, habis nasi Nazhan makan. Tapi, pisang ni boleh juga buat sesetengah anak jadi sembelit. Jadi, kena tengok anak juga. Better bagi satu aja sekali makan. Jangan banyak sangat.

Epal

Epal ni biasanya pilih yang epal merah sebab teksturnya lebih lembut dan rasanya lebih manis berbanding epal hijau. Boleh ditambahkan dalam bubur sebagai pemanis pengganti gula. Boleh dimasak untuk dijadikan sos epal. Bolehlah buat cecah dengan biskut bagi homemade.

Jambu Batu

Jambu batu termasuk dalam kategori buah yang sangat berkhasiat. Masa ibu hamil, silalah makan buah ini. Untuk bayi pula, kena korekkan dulu bijinya, blend. Kalau umur anak dah lebih setahun, boleh tambah madu. Kalau dah ada gigi, dah boleh pegang, boleh bagi anak makan di tangan, TAPI kena pantau lebih, takut tercekik.

Buah Naga

Kelebihan buah naga pula, sangat berkhasiat dan warnanya yang terang menarik minat anak untuk makan. Buah naga boleh masukkan dalam smoothie pisang atau lempeng, nak kasi warna cantik. Tak sabarlah anaknya nak makan. Sedap dan berkhasiat!

Dada Ayam


chicken breast

Biasanya, pilih dada ayam untuk anak sebab tak banyak tulang. Senang nak potong kecil-kecil, letak dalam bekas kecil untuk satu kali masak. Bila masak ayam, kena pastikan daging ayam betul-betul masak tau sebab bila ayam keluar masuk peti ais, dia banyak bakteria. Boleh dijadikan lauk dalam nasi, macaroni, spageti. Boleh juga direbus dulu, carik-carikkan, masukkan dalam makanan yang dah masak.

Jom Masak Sendiri Untuk Anak!


Aku dengar cerita Cerelac tu dah pernah kalah kes di Australia tau. Means that ia tak bagus sangat sebagai makanan bayi. Walaupun mudah disediakan, cuma tambah air, rasa macam tak sampai hati pulak. Untuk diri sendiri kemain lagi masak sesedap. Untuk anak, nak instant aje. Tapi, tu aku punya opinion. Tak bersangkut dengan orang lain tau. Ini cuma preference aku sebab aku rasa aku ada masa  dan kesempatan itu and I am not in everyone's shoes. Everybody is different and I am willing to understand that fact.

Kita elakkan garam untuk elakkan gangguan pada ginjal anak. Kita elakkan gula untuk galakkan anak makan pelbagai jenis makanan berkhasiat dan tak memilih makan. Tak delah nanti dorang ketagih gula macam kebanyakan orang kita sekarang. Bila dah ketagih gula, itu yang jadi diabetics at early age. Ada juga yang obese padahal sekolah rendah pun tak jejak lagi. Ini berdasarkan pengalaman dalam keluarga aku sendiri tahu. I hope I will not repeat the history with my children.

Setakat ni, memang ni yang aku selalu gunakan untuk buat makanan Nazhan. Ada la beberapa bahan lagi yang macam malas lak aku nak snap gambar. Kih3. Time to pen off. Wassalaam.

No comments:

Post a Comment