Bercuti Ke Lombok Dengan Pakej Kombo Flight + Hotel Di Traveloka - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, November 09, 2018

Bercuti Ke Lombok Dengan Pakej Kombo Flight + Hotel Di Traveloka

Agak-agak dalam tahun ni berapa kali korang dah pergi bercuti bersama keluarga? Hampir setahun bekerja, rasanya dah boleh hadiahkan diri sendiri dengan cari tempat percutian yang menarik di dalam dan luar negara. Biasanya bila pergi bercuti, mesti nak cari tempat yang tenang dan jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota. Tidak perlu bayangkan tempat-tempat yang jauh kerana semua ini korang dapat nikmati di sebuah pulau yang terletak di Indonesia iaitu Lombok.

Lombok memang sudah sangat terkenal dengan keindahan panorama dan pemandangannya. Dengan laut yang membiru, bukit bukaunya, kepulauannya. Pergghh. Memang memanggil-manggil travelers untuk pergi ke sana. Kat sana juga terdapat perbagai acara kebudayaan dan cara hidup yang sangat menarik. Kita boleh tengok tarian tradisi, bangunan-banguan bersejarah, pelbagai artifak dan yang paling penting, boleh merasa sendiri pelbagai jenis makanan yang ummphhh sedap!


Yang mana bercadang nak bercuti di Lombok, cuti sekolah inilah masa yang sesuai untuk korang luangkan masa bersama pergi bercuti. Oh ya! Sekarang ni, tak kisahlah lambat macam mana pun percutian yang korang rancang, korang dah tak perlu pening kepala lagi kalau-kalau flight dan hotel di Lombok penuh. Sebab apa? Haaa..sekarang ni Traveloka sudah menyediakan pakej lengkap ke Lombok, Indonesia! Pakej ini adalah kombo flight dan hotel sekali.

Percutian Ke Lombok Dengan Traveloka



Lombok adalah salah satu destinasi pelancongan yang popular di Indonesia yang menarik ribuan pelancong, malah jutaan untuk datang melawat. Tak kisah la korang datang sini samada untuk bercuti atau berbulan madu, yang pasti ianya tempat pelancongan yang tak mengeringkan poket korang. 


Mudah je kalau korang nak tempah flight dan hotel ke Lombok melalui Traveloka. Boleh klik disini Lombok Tour Packages. Harga termasuk hotel dengan flight. Bukan perbelanjaan lain-lain di sana okay. Apa yang korang perlu buat ialah dengan memasukkan tarikh pelepasan dan pulang (departure date dan return date), pilih berapa orang, pilih destinasi dan tekan Search Flight + Hotel.


Hasil daripada carian melalui Traveloka, terdapat pelbagai pilihan hotel dan penerbangan yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian masa dan bajet korang. Yang penting di setiap kombo ada diskaun hebat, boleh tengok pada Package Special Price. Oh..lupa nak bagitahu, harga yang dipaparkan adalah harga siap dengan tiket flight tau. Susah nak percaya tapi itulah hakikatnya. Harga yang ditawarkan murah dan berpatutan macam ni hanya di Traveloka sahaja. 

Manakala untuk pembayaran booking, korang boleh bayar dengan online banking ataupun secara installment plan dengan kad kredit korang. Oh ye, bukan Lombok saja tahu. Korang boleh tempah pakej ini di banyak lagi lokasi menarik lain di seluruh asia seperti Singapura, China, Australia, Vietnam, New Zealand dan Korea! Semua tempat korang boleh pergi dengan harga yang jauh lebih rendah.

Pakej Terbaru Traveloka : Pakej Kombo Flight + Hotel 



So, kalau korang semua dah ada planning nak pergi bercuti tu, sangat berbaloi-baloi kalau korang pilih pakej kombo Traveloka .Siap dengan pakej perjalanan dan hotel sekali tu.Dengan pakej kombo ni, korang akan dapat harga tiket flight dan hotel pada harga yang menjimatkan. Mesti korang suka kan kalau dapat harga flight dan hotel yang berpatutan. Hanya buat pilihan di Traveloka, korang dah boleh dapat harga flight sekali dengan harga hotel pilihan anda. 

Secara ringkasnya, korang tak perlu nak susah kan diri nak check harga flight lepas tu cari hotel pula. Kita boleh menempah flight dan hotel sekaligus dengan satu harga. Semuanya dah tersedia melalui pakej kombo di Traveloka ini. Harganya pula membolehkan kita berjimat sehingga 11.5%! Sangat memudahkan kita dan menjimatkan perbelanjaan untuk percutian yang kita idam-idamkan. 

Bila dah dapat pakej percutian dengan harga kombo yang murah dan best macam ni, jangan lupa share dengan kawan-kawan..manalah tahu diorang nak ikut korang pergi bercuti jugak. Bolehlah korang tong tong duit minyak kereta sewa kat sana pula. huhu

Jom Tempah Dengan Traveloka Sekarang! 


Memang bagus pakej kombo Lombok Tour Packages yang disediakan oleh Traveloka ni. Kalau korang rancang untuk Lombok dalam masa terdekat, boleh pilih dan tempah pakej yang Traveloka tawarkan ni. Bayangkan dengan 1 harga korang boleh dapat 2 benda? Memang jimat dan berbaloi-baloi dengan harga yang ditawarkan. Kenapa kena bayar lebih bila kita boleh bayar kurang? Betul tak?

Yang ni la kelebihan kalau korang guna Traveloka. Bajet korang akan jadi lebih jimat. Penjimatan tu bolehlah korang tambahkan dalam bajet nak shopping pulak. Keh2. Korang dah tak payah nak fikir untuk cari tempat penginapan selepas booking tiket flight. Memang didatangkan dalam bentuk pakej kombo. Habiskan masa dan percutian korang dengan tenang. 

Untuk sementara waktu, pakej baru ni hanya boleh didapati di laman web Traveloka dan aplikasi android. IOS belum lagi tapi akan menyusul kemudian. So, tunggu apa lagi, jom terjah terjah Traveloka untuk tawaran terbaik.

No comments:

Post a Comment