Rutin Penjagaan Wajah dari Drugstore- Cheapskate Beauty Routine (Part 1) - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, November 17, 2018

Rutin Penjagaan Wajah dari Drugstore- Cheapskate Beauty Routine (Part 1)

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. This is going to be a very long entry so bear with me. Sejak dah berumur ni, makin banyak pulak langkah yang aku masukkan dalam rutin penjagaan wajah ni. Ni pun rasa macam tak cukup dan masih tak disiplin macam orang lain lagi. Nak kena tambah lagi kerajinannya ni. No one wants wrinkly saggy face okay. Walaupun umur masih berpangkal nombor 2, memang dah kena start! Ini pun dah kira lewat tau sebab tanda-tanda penuaan boleh mula memunculkan diri seawal umur 20 tahun!

At this age, aku mula sedar yang skincare routine adalah far more important than makeup routine. MUA yang famous kat Malaysia ni pun ada cakap, kalau nak mekap cantik, pastikan kulit muka memang dalam keadaan terbaik dulu. Kanvas mekap yang terbaik adalah kulit wajah yang rata, tona yang sekata, lembap, dan lembut. Tapi, kalau dah berkawah macam aku ni, kena redha jela. But still, kita masih boleh usahakan kulit berkawah kita pun dalam keadaan kulit berkawah yang terbaik. Get what I mean? Hehehe.

Let's start. Aku mulakan dengan kaedah membersihkan kulit muka dan menanggalkan mekap sebab ini adalah antara step skincare routine yang paling penting!

1. Double Cleansing


Double cleansing bermaksud kita menggunakan 2 jenis pembersih yang terdiri daripada 2 jenis yang berlainan. Contohnya, 1 jenis oil-based, dan 1 lagi jenis water-based. Kita buat double cleansing untuk memastikan kulit muka kita betul-betul bersih daripada sisa mekap yang kita pakai. Minyak memang sangat berkesan untuk menguraikan mekap so that semua sisa mekap boleh ditanggalkan sebersih-bersihnya. Lepas dah terurai semuanya, barulah kita basuh pula dengan jenis yang water-based ke, foam-based ke.

Biore Oil Makeup Remover

Double cleansing dimulakan dengan oil-based cleanser. Aku sekarang tengah guna brand Biore. Letak satu pump atas tapak tangan, ratakan pada wajah. Fokuskan pada bahagian wajah yang kita guna produk kalis air, biasanya pada bahagian mata dan bibir.

Garnier Micellar Cleansing Water

Tapi, as for me, aku paling suka guna oil-based cleanser, followed by makeup remover wipes dulu. Aku sekarang tengah guna wipes brand Color Combos.

Color Combos Refreshing Micellar Cleansing Wipes

Kita juga boleh guna cotton pad yang dibasahkan dengan micellar water. Brand aku guna, Garnier. Micellar water yang terdiri daripada micells cleansing oil memang tengah in trend sebagai penanggal makeup sebab sifatnya yang lembut pada kulit kerana kandungan utamanya adalah air. Ia boleh menjadi pengganti wet tissues dan selamat untuk kulit sensitif. Ia boleh berfungsi 3 dalam 1 iaitu sebagai makeup remover, toner dan moisturizer.



Untuk pencuci muka kedua, aku sekarang tengah guna brand Bio Essence. Yang ni memang favourite aku sebab aku dapat rasa kulit wajah rasa macam tegang tapi tak sakit macam kena siat. Rasa macam toing-toing! Makin lama pakai, makin jatuh cinta rasanya sebab garis halus bawah mata pun rasa macam makin hilang. Cinta bangat sama ini produk!

Bio Essence Bio Gold 24K Gold Facial Cleanser

Skrub Muka


Sekali seminggu, gunakanlah skrub muka. Barulah boleh get rid sel kulit mati pada wajah. Skrub ni boleh jadi addictive sebab kita akan sangat suka rasa lembut kulit. Jadi, kita kena ingat untuk mengehadkan exfoliation kepada 3 or 4 kali sahaja seminggu. Tapi, ada yang berpendapat, penggunaan skrub bergantung juga pada teksturnya. Ada skrub yang boleh digunakan setiap hari dengan syarat, butiran skrubnya lembut atau yang jenis bila gosok, dia cair. Ada jenis kasar tu, boleh guna untuk extra exfoliation power. Bolehla guna seminggu sekali atau dua kali.

Aku sekarang menggunakan 2 jenis skrub. Kedua-duanya brand St. Ives. Guna waktu malam sebelum tidur. Rasa fresh dan bersih je esoknya. Favourite sejak zaman belajar lagi. Sekarang, makin banyak jenis yang dorang keluarkan. Yang lembut, aku guna selang sehari. Yang kasar, seminggu sekali. Jangan sesekali over exfoliate. Nanti, terhakis pula sel kulit sihat, kulit boleh luka dan menggelupas.

St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub (kasar)

St. Ives Nourised and Smooth Oatmeal Scrub + Mask (halus)

Alang alang aku dah tersnap gambar, aku sharekan sekali produk yang aku guna untuk satu badan. Dua jenis skrub badan yang aku guna pula jenama Coffee To Me dengan Watsons je. Coffee To Me tu sebenarnya skrub muka, tapi aku guna pada badan sebab teksturnya terlalu kasar. Aku fokuskan pada ketiak, siku, peha dan lutut. Best dedua.

Coffee 2 Me By Niqrees


Watsons Cream Body Scrub

Okay, setakat ini dulu blogpost aku buat kali ini sebab rasa macam sudah terlalu panjang, BUT, bear in mind that it is not yet over okay? Baca Skcarine Routine Part 2.

Wassalaam.




No comments:

Post a Comment