Rutin Penjagaan Wajah dari Drugstore- Cheapskate Beauty Routine (Part 2) - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, November 22, 2018

Rutin Penjagaan Wajah dari Drugstore- Cheapskate Beauty Routine (Part 2)

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebelum korang baca entri ini, aku nasihatkan korang pergi baca dulu - https://www.mujadafewa.my/2018/11/rutin-penjagaan-wajah-dari-drugstore.html

By the way, semalam aku ada tengok Youtube. Thatayla cakap, malam memang guna pencuci muka, paginya wipe kan aje. So, starting from semalam, aku dah tukar sikit beauty routine aku. Waktu pagi, aku guna Garnier Micellar Water sahaja untuk bersihkan muka sebab waktu tidur, kita tak terdedah pada pollution sangat, tapi masih ada kotorannya. Waktu lain baru guna Bio Essence 24K Cleanser.

Toner


Toner penting sebab ia berfungsi menenangkan kulit muka dan menutup pori setelah pori terbuka semasa proses mencuci muka. Toner juga melembapkan dan menyediakan kulit kita menerima kebaikan daripada produk yang lain. Kalau tak nak liang pori sebesar Gua Niah, korang wajibkanlah diri korang untuk toning muka!

Lotion Tonique Hydratante


Essence


Selepas toner, aku apply essence pula. Essence ni memang akan menghidratkan kulit wajah kita. Bila kulit muka kita terhidrat, itulah kunci kepada kulit yang sihat. Nampak gebu, tegang, glowing. Baru lawa!

Bio Essence Rose Gold Water
Time aku gi Sasa hari tu, beautician kat sana cakap aku ni jenis kulit kering. So, aku memang guna banyak moisturizer. Moisturizer memang sangat penting bagi aku sebab kulit kering memang 'membahayakan' untuk orang yang suka pakai mekap. Kalau kulit tak moisturized enough, mekap akan crack macam time gempa bumi, lepas tu cair truut, truut. Horror!


Selain essence, aku suka apply aloevera ni. Best sebab teksturnya yang sejuk dan mudah meresap sangat best pada kulit. Kalau kulit jenis kering kontang, please please please, guna aloevera gel. Untuk kulit sun burnt pun bagus ni.

Moisturizer


Selepas kita sudah bekalkan kulit kita dengan hydration yang secukupnya, kita kena 'lock the moisture'. Inilah fungsi moisturizer.

Rosken Skin Repair Dry Skin Lotion
Satu isu yang aku hadapi dengan produk dalam bekas macam ni adalah kebersihan. Bila nak kena celup je tangan dalam bekas tu, rasa macam kurang hygienic. Aku lagi suka produk yang dalam pump macam kat bawah ni.

Aku pindahkan moisturizer tu dalam bekas yang aku beli kat DIY ni. Senang dan lebih bersih.
Bila kita pilih produk, selain contentnya, aku juga suka tengok bekasnya, cara applynya. Ada pump ke tak. Aspek ini pun penting juga tau.

Sunblock


Walaupun Matahari sangat penting bagi kita manusia, it is a no no for our skin. Except from 7 am to 9 am. Dapat jugak Vit D. Atas daripada tu, tolonglah protect our skin menggunakan sunblock. Pilih sunblock dengan SPF yang sesuai. Yang paling tinggi SPFnya bukanlah yang terbaik. Ia hanya berbeza daripada segi masa pertahanan diberikan. As aku consider kulit aku normal to oily pada zon T, aku suka water-based sunblock.

Biore UV Aqua Rich

Face Mist


Face mist pun penting bagi aku. Lepas mekap, aku spray sikit so that mekap meresap lebih dan tahan lebih lama pada kulit. Selain itu, ia sangat berguna untuk membekalkan hydration pada kulit wajah tanpa menanggalkan mekap. Contohnya, kalau kat tempat kerja, tak nak buang mekap lagi, tapi kulit rasa kering. Spraykan aje. Settled.

Watsons Pure Water Spray

Nature Republic Soothing Gel Mist

Sleeping Mask


Kalau time berjerawat, sangat sangat sarankan guna sleeping mask daripada Miss Lady Tea Tree ni. Murah tapi berkesan sangat untuk redakan jerawat.


Sheet Face Mask


Sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kalau pakai setiap hari, 20 minit setiap kali bercahaya muka kita tau. Orang kata, kalau nak kurus, nak sihat, nak cantik, kena mandi sebelum subuh tau. Jadi, aku jenis bangun pukul 5.30 pagi setiap hari. Jadi, sempatlah mandi, buat semua skincare steps, dan makeup the way I do yang macam orang tengok kat Instagram tu.

The key ingredient is DETERMINATION and DISCIPLINE !

Be determined to cantik. Be disciplined to cantik. Bila kita dah berazam, automatic kita akan berdisiplin. Tip untuk lagi bersemangat, tepek gambar artis yang korang paling suka. Jadikan satu target untuk jadi cun melecun macam dia. :D

Usahakan untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Senang je ni bagi aku. Settle mandi diri sendiri dengan Nazhan, masuk bilik, tidur lampu, kejap je terus ke alam mimpi. Sebaik sahaja bangun, minum air kosong. Kalau boleh, habiskan air mineral 1 liter sebelum sarapan pagi. Ini tip kurus daripada Kak Namee Roslan. Kurus dapat, kulit cantik pun dapat.

Belanja gambar mekap seketul. Ni dah rasa macam woww sangat dah ni. Hahaha :P

Produk yang aku pakai biasanya aku dapatkan kat Watsons, Guardian atau Hermo. Yes, semuanya produk drugstore. Beli pun masa ada sale je. Itulah kelebihan drugstore. Sudah murah, buat sale pula. Bertambah-tambah murah. Bagi aku, it does not matter where you get the products but how efficient the products are. Kalau beli beratus-ratus pun, tapi kulit tetiba meletup letup macam gunung berapi pun tak guna jugak kan? So, look at your skin and look for what your skin needs. Insya Allah, ada je affordable skincare product yang akan bring the glow to your skin.




No comments:

Post a Comment