Huggies Dry Pants, Diapers Terbaik Pilihan Ibu Bapa Masa Kini - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, December 25, 2018

Huggies Dry Pants, Diapers Terbaik Pilihan Ibu Bapa Masa Kini

Hye Mama dan Papa kat luar tu? Tengah cari barang untuk bayi dalam perut ke? Ke nak tukar pilihan lampin anak sebab bum bum baby naik ruam sebab lampin selalu basah? Pilihan yang pelbagai mesti buat kita confuse nak pilih yang mana satu. Worry not. Aku tahu macam mana nak tolong korang. 

Masa dah nak dekat bersalin dulu, antara benda yang nak kena prepare mestilah diapers. Punyalah banyak brand diapers di pasaran, pening nak pilih mana satu jadinya. Parents will be? I got you here sebab aku pun pernah mengalirkan air mata bila Nazhan menangis tak henti henti bila bontotnya naik ruam gara-gara lampin pakai buang yang tak sesuai. Sampai sekarang, ada kat tepi dinding, tak pakai. Nak buang sayang pulak. Hehe. 

Aku sebenarnya sangat sarankan ibu bapa semua memilih Huggies Dry Pants! Vivy Yusof pun guna Huggies untuk Sarah, jadi, memang brand terbaiklah tu. Huggies Dry Pants adalah sejenis lampin pakai buang yang direka seperti seluar. Jadi, tinggal sarung sahaja berbanding nak berperang dengan anak yang tak reti duduk diam semata mata nak melekatkan pelekat kiri kanan. Dengan lampin sedia disarung ni, bentuknya pun sudah balance mengelilingi badan bayi. Tak macam lampin yang perlu dilekat yang mungkin senget kiri atau kanan. Bayi pun tak selesa. 

5 Ciri Lampin Pakai Buang Yang Terbaik Untuk Bayi Kita


Memilih lampin pakai buang yang terbaik memang penting kerana ia akan menentukan keselesaan bayi yang boleh mempengaruhi mood dan kerenah bayi kita. Mereka akan behave nicely apabila mereka berasa selesa dengan apa yang melekat pada badan mereka. Apatah lagi dengan lampin yang membaluti bahagian sensitif pada badan mereka. Jika mereka berasa tidak selesa, basah lencun, gatal sebab ruam, mereka memang akan buat hal. Macam mana? Menangis tak henti, hentak hentak kaki, dan kita? Kitalah yang akan ikut stress nanti. Jadi, bila nak pilih lampin, ambil kira 5 ciri ini. 

Lampin Yang Cepat Kering 


Ciri paling utama, lampin kena cepat KERING! Dia kencing je, terus kering. Dia poo poo je, kering. Bila lampin cepat kering, kulit akan kurang risiko dapat ruam, si manja pun selesa. Tak rasa melekit kat bawah tu. 

Harga Yang Berpatutan 


Harga lampin juga perlulah berpatutan sebab kita akan sentiasa memerlukannya. Sebulan sekali memang kena beli sebab bekalan lampin kena ada sentiasa. Kalau mampu beli sekali je, baik fikir jenama yang lebih affordable. 

Senang Dipakaikan Pada Si Manja 


Bayi bukan manusia yang suka duduk diam. Percayalah, memakaikan lampin, baju, dan seluar dorang ni memang satu cabaran yang amat besar. Jadi, kalau ada 2 jenama untuk dipilih, pilihlah jenama yang paling senang disarungkan, paling cepat dipakaikan. 

Lilitan Pinggang Yang Selesa 


Lampin dengan lilitan pinggang yang selesa membolehkan bayi bernafas dengan selesa. Tak delah rasa macam kita pakai korset. Lilitan pinggang yang terbaik adalah pinggang yang boleh mengembang selari dengan perkembangan abdomen semasa bayi bernafas. 

Elastik dan Tahan Lasak 


Ini sudah semestinya. Boleh bayangkan tak kalau lampin pakai buang ni jenis mudah koyak? Anak pulak jenis asyik merentap pinggang lampin? Berteraburlah poo poo atas lantai jadinya. Jadi, lampin yang elastik dan tahan lasak jugak penting. 


Huggies Dry Pants, Cepat Menyerap Lembapan, Si Manja Selesa Sentiasa. 


Huggies Dry Pants adalah Malaysia’s Fastest Absorbing Diaper Pants. Lampin jenis sarung macam ni memang sudah menjadi pilihan ramai kerana ia sangat menyenangkan para ibu bapa memakaikan lampin kepada bayi. Daya penyerapan Huggies Dry Pants sangat pantas berbanding jenama terkenal yang lain. 

Tak percaya cuba tonton video ujian serapan terpantas di antara Huggies Dry Pants dan juga lampin pakai buang jenama biasa di bawah: 






1000 Fast Absorbing Micro Holes 


Apa yang membuatkan Huggies Dry Pants sangat cepat kering? Kemanakah lembapan itu pergi? Huggies Dry Pants mempunyai 1000 lubang mikro yang sangat cepat menyerap lembapan. Micro holes ini bukan sahaja menyerap lembapan dengan sangat pantas, malah mengunci lembapan supaya kulit bayi kita sentiasa kering dan selesa. 

5-Way Comfort Fit 


Dengan teknologi terkini yang diaplikasikan dalam penghasilan Huggies Dry Pants, bayi akan merasakan padanan yang sempurna dengan lebih regangan dan keanjalan lebih baik. Jadi, bila si manja bernafas dan mengembang dan mengempiskan abdomennya, bayi kita akan tetap berasa sangat selesa terutamanya pada 5 bahagian iaitu pinggang, perut, belakang pinggang, kedua-dua kaki dan celah kelangkang. 

Cepat kering, senang kembang, itu sudah cukup membuktikan Huggies Dry Pants sangat sesuai untuk si manja kita. Si Manja selesa, ibu lebih lebih lagi ceria. Si Manja gembira, ibu lebih lebih lagi bahagia. 

Jangan lengah dah. Klik http://bit.ly/2LgcBwt untuk dapatkan Huggies Dry Pants dari Lazada dengan harga yang sangat istimewa. Berbaloi-baloi tau.

No comments:

Post a Comment