Agen Farm Fresh Muar- Dapatkan Susu Segar Tersedap Daripada Kami di Muar - Nurmujahidah

Latest

Monday, April 15, 2019

Agen Farm Fresh Muar- Dapatkan Susu Segar Tersedap Daripada Kami di Muar

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku memang peminat susu dari dulu sampai sekarang. Tapi setakat ni, susu yang paling sedap dan berkhasiat yang pernah aku cuba mestilah daripada jenama Farm Fresh. Bila kita tahu barang terbaik, kita kena share. Betul tak?

Farm Fresh, sesuai dengan namanya, adalah produk tenusu yang dihantar kepada pengguna, segar dari ladang lembu yang dipelihara secara semulajadi dalam masa 48 jam dari ladang Farm Fresh di Johor dan Pahang.. Kiranya, kalau susu diperah pagi Ahad, susu itu akan sampai ke kedai-kedai paling lewat pun pagi Selasa.


Syarikat Farm Fresh sentiasa menjaga kualiti susu yang mereka hasilkan supaya susu mereka dihasilkan sesemulajadi yang boleh.  Lembu mereka dijaga dengan baik dalam kawasan ladang rumput tanah tinggi yang segar untuk memastikan kualiti susu yang dihasilkan sentiasa pada peringkat tertinggi. 

Oleh itu, mereka sentiasa memastikan kandungan susu Farm Fresh adalah BEBAS daripada:
  • bahan pengawet
  • bahan pewarna tiruan
  • segala jenis bahan asing 

Farm Fresh juga sangat istimewa kerana ia jenama susu berkualiti yang datang dengan pelbagai jenis dan saiz. Kepelbagaian ini memberi lebih banyak pilihan untuk para pengguna kerana peminat Farm Fresh mempunyai selera masing-masing yang berlainan. Betul tak?

Ada produk susu segar, ada produk susu UHT. Ada yang dalam bentuk botol. Ada juga dalam bentuk kotaK. Ada saiz besar, ada juga saiz kecil. Susu segar dalam botol boleh bertahan dalam masa 3 minggu di dalam peti sejuk. Yang ni memang sedap dan rasanya terbaik jika diminum dalam 3 hari selepas dibuka penutupnya ya.

UHT Milk pula mampu bertahan dalam masa 9 bulan. Sangat sesuai untuk disimpan sebagai stok di rumah. Tambah-tambah lagi untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Di zaman kanak-kanaklah tempoh masa di mana mereka paling memerlukan bekalan kalsium yang cukup untuk perkembangan otot dan tulang.

Perisa Susu Farm Fresh Kegemaran Aku



Susu kegemaran aku mestilah yang perisa kurma. Seingat akulah, Farm Fresh adalah brand susu pertama berperisa kurma yang pernah aku cuba. Susu kurmanya tanpa gula tambahan. Manis kurma semata-mata. Perisa lain pun, memang tak semanis brand lain tau. Sangat sedap sebab tak manis sangat macam susu biasa tu. 

Jadi sekarang, aku tak perlu lagi bersusah payah mengisar susu dengan kurma guna blender. Farm Fresh Kurma Milk dah ada. Bukan aku sahaja peminat Farm Fresh Kurma Milk ni. Ramai sangat peminatnya sehingga aku sendiri nak nobatkan perisa kurma sebagai perisa yang paling terkenal dalam banyak-banyak jenis susu Farm Fresh.

Kelebihan dan Kebaikan Susu Farm Fresh


  • Dihasilkan oleh syarikat susu Bumiputra Melayu
  • Diperah daripada baka lembu Holsten Jersey Cow dari Australia yang sangat dijaga daripada segi pemakanan, minuman dan persekitaran.
  • Dijamin Halalan Toyyiban
  • Merupakan susu yang berkualiti tinggi
  • Boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan
  • Datang dalam pelbagai saiz botol dan kotak mengikut keperluan orang ramai
  • Pelbagai jenis perisa dan varian yang sangat sedap untuk memenuhi citarasa yang berlainan
    • boleh pilih dalam botol atau kotak
    • boleh pilih jenis susu biasa atau dalam bentuk yogurt
    • boleh pilih daripada 7 perisa yang sangat sedap
  • Sangat sesuai untuk seisi keluarga mengikut keperluan masing-masing
    • full cream untuk anak setahun ke atas
    • skinny low fat untuk yang dalam proses menjaga berat badan
    • chocolate untuk peminat coklat
    • yogurt drink untuk meminat rasa buah-buahan

SENARAI SUSU UHT FARM FRESH


  • Yarra Farm Full Cream Milk 1L RM6
  • Cafe Latte Milk RM3
  • Kurma Milk RM2.50
  • Premium Chocolate Milk RM2.50
  • Mixed Berries Yogurt Drink RM2.50
  • Strawberry Yogurt Drink RM2.50
  • Mango Tango Yogurt Drink RM2.50


Sedap lagi berkhasiat! Buat masa sekarang, aku dengan Nik buka jualan untuk UHT Milk dulu. Insya Allah, akan datang, kami akan banyakkan lagi produk Farm Fresh untuk keperluan semua pelanggan di luar sana.

Dapatkan Susu Farm Fresh Hari Ini


Untuk sesiapa yang teringin untuk mendapatkan Farm Fresh UHT Milk, bolehlah hubungi kami berdua.

Nik 0194781813 atau klik https://bit.ly/2V1ZpCk
Muja 01126947035 atau klik https://bit.ly/2GlCbPE

No comments:

Post a Comment