Follow Us @soratemplates

Friday, May 03, 2019

Grand Opening MBH Skin Expert Muar

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lama sungguh aku tak berjumpa dengan blogger sekalian alam kecuali Nick Nashram yang bermastautin dengan aku tu. Alhamdulillah, Sabtu, 27 April 2019 yang lepas, aku berpeluang untuk menghadiri Grand Opening MBH Skin Expert Cawangan Muar.

MBH Medispa sememangnya sangat terkenal di Malaysia sebagai sebuah syarikat kecantikan 100% Bumiputera Muslimah yang menawarkan pelbagai servis kecantikan kepada semua golongan yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Eh, kita-kita lah tu. 

mbh medispa, mbh skin expert
Kita mulakan dengan Bismillah. :D

Kena sangat dengan musim dekat nak raya ni, MBH Medispa telah membuka cawangan MBH Skin Expert terbaru di Muar. Bolehlah rakyat Muar beraya sakan dengan 'kulit wajah baru' tak lama lagi. :D

Grand Opening MBH Skin Expert Muar- Cawangan MBH ke-5 di Johor




MBH Skin Expert Muar merupakan cawangan MBH Medispa yang ke-19 yang menawarkan khidmat kecantikan kulit. Antara masalah yang boleh diselesaikan di MBH Skin Expert adalah masalah jerawat, parut jerawat dan penuaan. Antara rawatan yang ditawarkan adalah laser dan pencerahan kulit. Ada juga cawangan lain yang menawarkan servis kecantikan rambut dan pelangsingan badan tau. Tapi, kali ini, MBH Skin Expert dulu. Bab rambut dengan body kerengga, kita bahas di lain entri insya Allah. 


MBH Medispa sebenarnya sudah sekian lama bertapak di Johor dengan adanya cawangan mereka di Johor Bahru, Batu Pahat, Segamat dan Kluang. Disebabkan permintaan yang sangat hebat, kini cawangan terbaru MBH Medispa dibuka pula di Muar, Johor. Bolehlah orang Muar cantik flawless sebelum raya ni. 

No laa, bukan orang Muar je, orang Melaka pun boleh datang sekali buang garis halus dan cerahkan kulit wajah.



Terima kasih sangat aku ucapkan kat Kak Ena sudi mengajak aku sama-sama hadir untuk grand opening ini dengan Neeza. Teringatlah balik, 'Eh, aku ada bloglah.'. Memang tak menyesallah datang ke MBH Skin Expert Muar ini bila pemilik MBH sendiri iaitu Puan Yaya dan CEO dorang pun turun padang tau. 



Dah tu, CEO dorang sendiri pula yang tolong hidangkan nasi lemak untuk mak buyung kat tengah-tengah tu. Masa tu, aku tak perasan weh orang have-have yang tolong serve nasi lemak aku tu. Betapa humblenya beliau. Staff dorang pun, punyalah friendly.



MBH Skin Expert Muar dibuka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Jadi, senanglah para pelanggan mendapatkan rawatan yang diidamkan pada hari cuti di Johor iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Orang Melaka boleh singgah hari Ahad ye. 

Ingat, Isnin tutup. :D


Kelebihan dan Kekuatan MBH Medispa

Merupakan Syarikat yang 100% Bertaraf Bumiputera

  • MBH Medispa merupakan syarikat 100% bumiputera Melayu dan menggunakan kepakaran anak tempatan.

10 Tahun Pengalaman Dalam Bidang Kecantikan

  • Mula bertapak sejak tahun 2008 dan mempunyai lebih dari 20 cawangan di seluruh Malaysia

Memenangi Pelbagai Anugerah

  • Telah memenangi pelbagai anugerah antaranya Asia Pacific Top Excellence Service Award dan juga Malaysia Top 10.

Mempunyai lebih 20 rangkaian 

  • Setakat ini, terdapat 20 rangkaian MBH Medispa, antaranya di Ampang, Bangi, Cheras, Wangsa Maju, Senawang, Kota Damansara, Shah Alam, Ipoh, Melaka, Johor Bharu, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Sungai Petani, Seberang Jaya, Temerloh dan lain-lain lagi. 

Menggunakan Teknologi dan Mesin Moden Terkini Dalam Kaedah Rawatan

  • Rawatan dijalankan dengan menggunakan mesin berteknologi tinggi dari German dan Korea.

Mesra Muslimah


  • Persekitarannya sangat menjaga privasi pelanggan Muslimah. Malas, staf juga adalah dalam kalangan Muslimah Melayu.
Sepanjang majlis grand opening berlangsung, para pengunjung ditawarkan dengan pelbagai jenis rawatan berkualiti tinggi dengan diskaun hebat. Walaupun pembukaan ini diadakan di Muar, ada pengunjung yang sanggup datang dari Melaka. Ada juga yang sudah sedia menunggu seawal 6.30 pagi. 

Punyalah hebat penangan MBH Skin Expert ni.

Tawaran Hebat Yang Diberikan Sepanjang Grand Opening


1) MBH CINDERELLA FACIAL RM50.00 /per person! (Harga Asal Rm100)

.
Merupakan 4-STEP FACIAL TREATMENT yang ringkas tapi sangat berkesan sehingga mendapat pujian hebat daripada warga JB dan pelanggan di utara. Facial yang dilakukan adalah mengambil masa dalam 30 minit sahaja, tetapi sudah boleh menjadikan kulit kita lebih gebu dan cantik. Sukanya bila husband puji. Fiyuuuhhh.
.

2) MBH CINDERELLA FACIAL- BUY 4 FREE 1


Jika anda membawa 4 orang rakan yang sama-sama membeli pakej Cinderella Facial dengan harga RM50 seorang, anda boleh mendapat satu lagi pakej CINDERELLA FACIAL untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang anda inginkan secara PERCUMA! 

Jadi, walaupun harga total sebenar adalah RM250 untuk 5 orang, anda hanya perlu membayar RM200. Jadi, setiap sesi boleh dikatakan bernilai RM40 SAHAJA. Inilah yang dikatakan penjimatan berganda-ganda!

3) DISKAUN SEHINGGA 90% UNTUK SEMUA JENIS RAWATAN (LIMITED)


Semua jenis pakej rawatan pada hari grand opening ini juga diberikan diskaun sehingga 90%. Woww!

4) SKIN ANALYSIS DAN FACIAL CONSULTATION SECARA PERCUMA


Semua pengunjung juga berpeluang untuk melakukan Skin Analysis dan Facial Consultation Secara PERCUMA!

Pengalaman aku sendiri, korang boleh refer gambar kat bawah ni. 

Mula-mula kena buang bedak. Barulah nampak realitinya.

Bila U boleh hilangkan semua bencana ini daripada wajah I?

Ok here! Take my money.

Selama ini, duk syok sendiri kulit flawless. Sekali tengok bawah mikroskop canggih, berlambak whitehead, blackhead, liang pori, minyak berlebihan dan segala mak nenek kekotoran dan kepincangan kat kulit muka. 

Barulah nak insaf!  T_T

5) EXCLUSIVE GOODIES KHAS DARI MBH Skin Expert

.
Cuma isi form berserta details yang diperlukan, sebekas GOODIES mewah boleh dibawa pulang untuk yang tersayang. Mudah kan?
.
.

6) DISKAUN SEHINGGA 15% UNTUK PRODUK MBH DERMACARE



MBH Dermacare merupakan rangkaian produk yang berkualiti tinggi keluaran MBH Medispa. Memang sangat berkesan dalam mengembalikan dan mengekalkan kecantikan kulit wajah. Untungla pengunjung grand opening ini. Boleh merasa produk kecantikan mewah dengan harga diskaun.

7) 2 KALI MAKAN FREE

.
Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan.

8) CABUTAN BERTUAH - TAJAAN FACIAL EXCLUSIVE DARI MBH MEDISPA UNTUK 10 ORG BERTUAH BERNILAI ALMOST 5K! PLUS ADA EMAS UTK DIMENANGI!!

Inilah benda yang paling mendebarkan tapi sangat berbaloi untuk mereka yang menunggu sehingga ke akhir acara!

9) SPIN AND WIN

Pin and Win membolehkan pengunjung memenangan pelbagai hadiah yang disediakan oleh MBH.
.
Dirasmikan oleh ibu owner dan ceo syarikat (yang di tengah-tengah)

Bila kat sana, cari signature aku tau. Hahaha

MBH Skin Expert, Best!

Hubungi MBH Skin Expert Muar

Laman Web Rasmi:
MBH Medispa
Facebook Fanpage Official:
MBH Medispa Official
Facebook Fanpage Cawangan Muar:
MBH Skin Expert Muar
Telefon:
03-8736 1626
Alamat:
NO 5-9 (Ground Floor) Jalan Othman, 84000, Muar, Johor.

Jangan lupa tau. Singgah di MBH Skin Expert Muar dan rasai sendiri pengalaman rawatan kecantikan wajah yang terbaik! 

1 comment:

  1. Wawahhhh welcome dear. Dapat jugak kenal blogger femes ni. Hikhik

    ReplyDelete