Follow Us @soratemplates

Monday, November 04, 2019

Preena Serum- Serum Anti-Aging Terbaik dari Thailand

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Wanita dengan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Kalau dah namanya wanita, cantiklah dia. Cuma, kecantikan wanita ini boleh pudar kalau tidak dijaga dengan baik. Jangan biarkan kulit kita terbiar tanpa langkah-langkah untuk melambatkan penuaan. Ya, semua orang akan tua, tapi kalau kita boleh rasa cantik sampai bila-bila, apa salahnya? Kan? That, is our aim guys! To be and to feel beautiful at all time.

Sebenarnya, pada saat kita rasa kita masih muda dan tak perlu ambil berat sangat tentang kecantikan wajah, pada masa itulah kulit kita semakin hari semakin tidak bermaya. Tanda-tanda penuaan ni tak tunggu lama untuk menampakkan diri di muka kita. Bermula dari seawal umur 20 tahun, wanita mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Kita akan mula perasan tompok-tompok hitam dan garis-garis halus mula kelihatan. Lubang pori pada muka pun mula menjelma, makin hari makin jelas.

Tanda-tanda Penuaan Pada Wajah

  • tona kulit tak sekata
  • garis-garis halus
  • kulit menggeleber
  • liang pori semakin besar
  • lingkaran hitam bawah mata.

Semua tanda macam ni memang mengerikan semua orang terutamanya wanita. Jadi, ramai budak-budak muda pun dah mula menggunakan produk anti-penuaan seawal umur 20-an. Toner nak anti-aging, moisturizer pun nak anti-aging. Tapi, dalam banyak-banyak produk yang ada, mana satu yang kita nak guna.

Meh sini rapat-rapat aku nak cerita.

Preena Serum- Serum Anti-Penuaan dari Thailand Untuk Kulit Wajah Awet Muda



Preena Serum adalah serum yang memungkinkan kita merasai sendiri pengalaman mempunyai kulit wajah yang lembap dan lembut pada sentuhan tetapi cukup kuat untuk menghalang tanda-tanda penuaan daripada menampakkan diri pada wajah. Ini kerana Preena Serumm mampu membekalkan kelembapan yang cukup. Hidrasi ini sangat diperlukan untuk kulit kekal selembut sutera dan cantik seperti orang muda-muda.




Senarai Bahan Dalam Preena Serum



Aqua, Niacinamide, Glycerin, Pisum, Sativum Extract, Phenoxyethanol, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Polysorbate 20 , Carbomer, Palmitoyl Oligopeptide, Palmitoyl Tetrapeptide-7, Propanediol, Xanthan Gum, Ethylhexyl Glycerin, Fragrance

Preena Serum Bebas Daripada Bahan-bahan Berbahaya


Preena Serum memang dijamin selamat dan sudah didaftarkan dengan nombor Pendaftaran Produk (Thailand): 10-1-6200024050. Ia diformulasikan tanpa;
  • paraben
  • steroid
  • retinoic acid
Bila bahan-bahan bahaya tak de, kerisauan pun tak de. Jadi, kita lebih yakin untuk menggunakan produk. Yelah, muka kita ni ada satu je tau. Setiap produk yang kita guna, kena pastikan dulu keselamatan dia.


Berat Bersih: 30ml (1oz). Saiz normal untuk produk kecantikan.

Cara Penggunaan Preena Serum


Cara penggunaan produk ini sangat senang.
  1. Gunakan selepas membersihkan muka dan pakai toner pada waktu pagi dan malam.
  2. Titiskan 1 hingga 3 titis pada jari.
  3. Tekapkan pada wajah dari bawah ke atas.
  4. Boleh dijadikan primer sebelum make up foundation.


Review Preena Serum


Sekarang, pendapat aku tentang Preena Serum pula.

Packaging


Bila nak travel, guna penutup supaya produk tak berterabur.

Masa mula-mula sampai, produk dibalut menggunakan bubble wrap untuk menjamin keselamatan produk. Lepas dah buka, aku nampak produk yang sangat mewah dengan warna gold sepenuhnya. Bentuknya pun agak unik, tak cliche. Macam peluru gitu. Terus menusuk hati tau.

Produk tu juga rasa berat bila kita pegang. Bila rasa berat, rasa macam tengah guna produk mewah. Bukan pegang plastik murah. Keliling dia keras, bukan jenis senang kemik. Bagi aku, small details macam ni pun penting bagi kita pengguna. Kita nak rasa tu. Rasa yang... Korang fahamkan?

serum, serum kecantikan, produk thailand

Yang paling penting, ia didatangkan dengan penutup dan fungsi pam untuk keluarkan produk. Tinggal picit je uols. Packaging jenis pam memang favourite aku sebab sangat menyenangkan dan hygienic. Tak delah senang bakteria nak masuk dalam produk berbanding dengan produk yang jenis dalam bekas yang kita kena calit untuk pakai.

Tekstur



Berbentuk gel jernih yang sedikit pekat. Kepekatannya masih membolehkan kita meratakan produk pada seluruh wajah dengan senang dan sempurna. Setelah diaplikasikan, dia ada rasa sedikit kesat yang menjadikan dia primer yang baik.

Apabila dia ada rasa kesat, foundation lebih melekat dan tahan lama pada kulit muka. Tapi, untuk serum jenis gel macam ni, dia tidak begitu sesuai untuk dititiskan bersama foundation.

Bau


preena serum, anti aging serum

Bau Preens Serum lebih kepada floral. Ala-ala bau mawar, tapi bukan mawar. Baunya tak kuat sangat. Lepas beberapa minit, baunya hilang. Tidaklah menyakitkan hidung sepanjang pakai serum tu.

serum anti ageing
Dah mendapat tempat istimewa dalam almari mekap aku.

Alhamdulillah. Kulit aku sangat serasi dengan Preena Serum. Tak de kesan-kesan negatif yang dapat dilihat. Sangat menghidratkan kulit supaya kulit wajah tak kering. Aku sangat recommend pakai serum ni sebelum foundation sebab ia buat mekap sangat tahan lama.

Harga Preena Serum


Satu produk Preena Serum berharga $39. Harga yang sangat berpatutan dan berbaloi dengan kualiti yang ada pada sebuah produk kecantikan.

Jom Tahu Lebih Lanjut Tentang Preena Serum



Untuk lebih lanjut tentang Preena Serum, kita boleh lawati
Jangan lupa dapatkan Preena Serum hari ini juga.
Selamat menjadi cantik dan awet muda dengan Preena Serum! :D

No comments:

Post a Comment