Wednesday, May 27, 2020

Period Lambat Datang Lepas Bersalin?

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku harap, bila tulis di blog, tak delah orang cakap, membuka aib. Cumanya, aku nak beritahu yang period lambat datang lepas bersalin itu biasa. 

Masa bersalinkan Nazhan, aku campur-campur susu badan dengan susu formula. Masa umur Nazhan 5 bulan, aku dah period. Tapi, bulan-bulan lepas tu, period datang taklah regular macam sebelum bersalin. Tak pasti selama lama dia tak regular sebab aku dah hamil balik masa umur Nazhan lebih kurang setahun. Hehe. 😅


Masa bersalinkan Nazeem pula, aku nekad untuk menyusu badan sepenuhnya. Period pertama datang lepas Nazeem berusia 10 bulan. Biasanya, period pertam lepas bersalin ini lebih pendek berbanding biasa. 


Nurse Kongsi Pengalaman

Masa bersalinkan Nazhan, nurse yang datang check aku cakap, dia tak datang period 8 bulan lepas bersalin. Masa 'bersama', dia kurang tekankan protection, masih tak mengandung. Tapi, lepas start period balik, dia terus amalkan langkah-langkah merancang kehamilan balik. 

Sempat 'Kosong' Tiga Bulan Je

Kawan aku pula cakap, 3 bulan lepas bersalin, terus lekat. Tak sempat datang period pun. Agak stress juga kalau jadi macam nikan. Tapi, dah rezeki. Insya Allah, anak hadir dengan rezekinya sendiri dan ibu bapa juga akan ada kekuatan untuk menjaganya juga. 

Orang Tua Share Pengalaman

Ada juga orang tua yang share dengan aku yang dia pernah tak datang period selama 2 tahun selepas bersalin. Dalam tempoh itu, dia menyusu badan penuh kalau tak silap. Alhamdulillah, dia mampu jarak jarakkan anak dengan baik.

Contoh daripada Facebook

Hari tu, ada juga terbaca. Ada seorang pengguna Facebook ini. Dia tak datang period kalau tak silap 17bulan. Tup tup, lepas dia check, dah hamil 2 bulan. 

Period, Menyusu dan Kehamilan

Menyusu badan sememangnya termasuk dalam kaedah perancangan keluarga kerana menyusu adalah salah satu cara mempercepatkan mengembalikan saiz rahim kepada asal. Sebab tu, mula-mula menyusu dulu, setiap kali menyusu, aku akan rasa sakit di bahagian bawah pusat seakan-akan contraction nak bersalin. 

Penghasilan susu juga berkait dengan perubahan hormon dan sebagainya yang menyebabkan period lambat datang dan 'kurang subur'. Yang paling best dengan menyusu ni, bab tolong ibu kembalikan bentuk badan asal. Makan banyak pun, tak cepat naik badan kalau menyusu. Anak ambil lemak-lemak tu macam piranha. 😂

Namun begitu, semua kaedah perancangan keluarga bukanlah 100% berkesan. Peratusan untuk hamil masih ada walaupun kita sangat berdisiplin dengan kaedah pilihan. Disebabkan itu juga, ada ibu yang terpaksa menukar kaedah berkali-kali sebelum menemukan kaedah paling sesuai untuk dirinya. 

Jadi, buat ibu-ibu baru, jangan risau sangat kalau period lambat datang lepas bersalin. Ia sangat normal terutamanya bagi ibu yang menyusu. Walaupun kurang subur, amalkan langkah-langkah perancangan keluarga supaya kita dapat menjarakkan kehamilan. Ini penting untuk kesihatan fizikal dan mental ibu bapa dan juga memberi peluang kepada anak untuk mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya. 

Wassalaam. 

2 comments:

  1. sy plak lps branak terus period mcm bse..
    lain org lain gayanya kan.. hehe

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bagus
    boleh lah tambah ilmu untuk kaum adam

    ReplyDelete