Monday, June 22, 2020

Selamat Hari Raya 2020- Raya Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak pernah-pernah kot aku memasak jamuan raya tapi kali ni Allah dah tentukan yang aku kena memasak untuk raya. Raya dalam PKP memang lain dari yang lain. Kalau korang nak lebih detail kelainan dia, korang dengar lagu raya Didi and Friends ye. Aku pun gorenglah bihun sikit, ayam sikit. Nik buatkan air. Umi, abah, adik beradik yang available datang rumah yang aku stay dengan Nik, Nazhan dan Nazeem. Yup, rumah umi yang tak de orang duduk tu. Sekarangkan, aku dah rasa sense of belonging la kat rumah tu. Rasa macam rumah aku punya. Sorry mi, but that house is mine. Lalala.

NoPhoto Phase

Betul, raya tahun ini sangat berbeza. Raya tahun lepas, semua orang ada. Tahun ni, Huda tak de, Sumayah tak de, Umar pun tak de. Padahal, Huda dengan Sumayah yang selalu excited nak kumpulkan semua orang untuk lengkapkan yearly family picture. Yelah, kitorang dah besar ni baru nak start this tradition. Kecil-kecil dulu, camera pun non hado. Kalau ada pun, rosaklah apa. Sedih. Raya kat sekolah? Tak de sambutan tahun ni.

Raya Haji ni, tak boleh ambil gambar macam ni. Insya Allah, Raya Puasa tahun depan ada rezeki.

Bab tak de orang beraya rumah kami, tak rasa sangat sebab memang jarang orang datang. Haha. Rumah kitorang sebelum ini di tingkat atas klinik umi. So, kitorang yang selalu ziarah rumah atuk, nenek, mak pak saudara, sepupu sepapat. Tahun ni, alhamdulillah, ada jugalah orang yang datang rumah aku. Opps, rumah umi yang aku duduki. Umi, get the hit please. Hehehe


Sepanjang PKP, aku memang paranoid. Jejak tanah pun tidak. Bila Nik nak keluar beli groceries, jantung aku dup dap dup dap. Aku pun annoyed dengan diri sendiri. Memula PKP, sampai tak lalu makan punya anxiety aku menyerang. Dah la kena menyusu Nazeem, memang lemah lembek badan. Tapi aku kuatkan jugalah untuk anak-anak. Sorry, Abang. Saya banyak menyusahkan.

Tak de gambar berdua dengan Nik. Boleh tak aku crop gambar ni je? Hmmm... 

Bila abah datang jenguk, aku tak boleh buka pintu pagar. Aku risau, abah dah tua. Aku pula ada anak-anak kecil. Hopefully, abah tak hurt by me too much. It's about new normal. Cepat-cepatlah ubah dan vaksin yang betul-betul berkesan dijumpai. Aku selalu risau umi kat klinik yang jumpa berpuluh-puluh pesakit sehari. Mmmm T_T


The great news is, puasa kali ini memang buat saiz aku turun daripada big M to small M. Get it? Hehehe. Bila berbuka, ala kadar aje sebab aku dengan Nik je pun. Anak-anak lain cara makannya. 7kg loss tau. Alhamdulillah. I hope aku tak gain balik that 7kg sebab I really feel much better being lighter. Baju lama boleh pakai balik. tak cepat mengah. Lagi energetic. Nik pun happy. You knowlah dia kan suka jaga badan nak kesihatan. Aku pun kenalah ikut. It is a good thing after all. :)

If only you know, how much I think of you everyday..

Umi, you have 7 children; 5 girls, 2 boys. Do know that, your eldest loves you the most. Tu je kak nak bagitahu. Hehe

The first one is alway the most favourite one, kan?

The first and the last.

Saiz M dah too loose for me and that guys, is the best thing to feel in the whole world!

Buat dosa tak henti-henti. Minta maaf pun tak boleh berhenti k..

Bermulanya PKPB


Bila dah PKPB, anxiety aku dah berkurang. Kita pun dah boleh keluar walaupun masih terhad. Aku adalah juga pergi makan-makan di rumah Pak Teh. Best tau pergi rumah dia coz belakang rumah dia ada sawah padi. Sangatlah strategic untuk sesi photography. Kalau nasib baik, siap ada kambing, ayam, itik, lembu. Bolehlah ajak selfie. Kih3




Semua baju raya beli online and this one is my favourite.

The first one might be a favourite but that doesn't mean I love you less. NO no NO.

Nik was right when he said candid ones are the best ones.

I don't have much left to write. Hopefully, raya tahun depan akan balik menjadi raya tahun lepas-lepas. No more such thing as 20 people at a one time. Wassalam.

2 comments:

  1. Sambutan hari raya yang cukup berbeza kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt. Hrp2 no longer like this tahun depan. Amiin

      Delete